Wednesday, March 30, 2011

Kau betul, kau salah.. kedua-duanya kau kalah...

Kes 1.


Kes 2..Mangsa ?, aku pun konfius macam bangla pun ada..,macam india pun ada ...

 Myvi ni amoi yang bawak...bila ramai bagitau mamat motor yang salah, timbul juga rasa simpati pada dia, bumper myvi pecah..tapi bila aku cuba dengar cerita dari pihak dia dah cakap tinggi suara dan mencarut.., erm wa terus blaah angkat kaki...menyampah..! harap muka je cantik...

Dua senario berbeza tapi hasil yang serupa. Mangsa motorsikal tergolek dan tercedera mengalami patah kaki barangkali kerana kedua-dua mangsa terpaksa diusung untuk di bawa ke kelinik.

Dua foto di bawah adalah kemalangan yang sempat aku tangkap pagi tadi 31 Mac 2011-Kes 2, manakala gambar teratas sekali-Kes 1, telah beberapa hari tersimpan dalam galeri handphone aku. Kedua-dua kemalangan berlaku di taman tempat aku.

 Kes 1, aku berpendapat pemandu  kereta yang salah., sebab kereta nak keluar simpang. Motorsikal tu berada di jalan utama , tapi yang cedera mamat motorsikal..

Kejadian pagi tadi, kalau ikut cakap orang di situ mamat motor yang silap sebab  beliau nak masuk simpang tak pandang kiri kanan, manakala pemandu kereta di laluan dia..

Tapi bila aku amati cakap-cakap saksi yang berada di tempat kejadian, kes no 2 susah juga nak beri salah seratus peratus pada mamat motor tu...Kes sebegini memang kerap terjadi di jalan empat lorong...lebih kurang beginilah yea.. Dua biji kenderaan dilaluan bertentangan. Satu kenderaan lorong tengah memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan kepada motor  untuk masuk simpang, manakala kenderaan satu lagi di lorong kiri tidak dapat baca niat pemandu kereta yang memperlahankan kenderaan serta tidak perasan pulak kehadiran motor yang terlindung , bila mamat motor melintas maka bertembung la dua kenderaan ini...dan yang pasti mamat motor tu jugak yang tergolek..

Walaubagaimana diolah kes ini yang pasti penonggang motorsikal jadi mangsa...Jadi kepada rakan bikers di luar sana berhati-hati ok..Kepada pemandu-pemandu  kenderaan lain ..simpatilah pada kami hu..hu....


Tuesday, March 29, 2011

Apa sudah jadi..?





Setiap kali aku terpandang signboard macam ni mesti hati aku pedih...semakin banyak papantanda seumpama ini di sepanjang lebuhraya dan ditempat awam lain....Kenapa tiada tindakan diambil sedangkan papan tanda seperti ini semua orang terpandang termasuk penguatkuasa., bukankah papan tanda ditempat awam mesti mendahulukan Bahasa kebangsaan. Apa yang aku tengok, takda sebutir pun perkataan bahasa kebangsaan yang dipaparkan. apa sudah jadi? Diorang memang semakin kurang ajar...

AZABNYA BERMOTORSIKAL KALAU...

Yea memang betul, Allah jadikan setiap sesuatu didunia ini mesti berpasangan..Jika sebelum ini aku pernah menulis berkenaan nikmatnya bermotosikal,kali ini aku cuba senaraikan yang termampu, azabnya bermotorsikal, sekadar menjadi peringatan dan pengajaran..Kalau ada sesapa mahu tambah, silalahh yea..

Korang pernah ke mengalami situasi ini..? Baju basah walau hari tidak hujan.. riders sering terkuyup dengan simbahan air lopak oleh kenderaan besar lain yang tidak bertimbang rasa..kena pula hari itu ada mesyuarat..pergh azabnya bermotorsikal..

Tertinggal baju hujan memang mengazabkan..sedang menunggang tetiba hujan lebat.,tempat berteduh jauh lagi pula..Kalau hujan sewaktu ke tempat kerja habis basah pakaian luar dan dalam..alamak..!

Aku sering bertemu dengan riders yang menolak motor dalam terik matahari..motor pancit,kehabisan minyak atau rosak di lebuhraya..Kalau sesama riders tidak berkerjasama alangkah azabnya..Motor kecil boleh lagi.. Motor besar..? Adakah riders seperti kami tidak layak mendapat simpati trak penunda percuma lebuhraya..? Ya memang azab..

Tayar pancit dalam perjalanan. Talifon pomen alamat kena sembelih laa..Tampal cacing kalau dibengkel Lima ringgit..Tampal di jalanan, tuu dia.. Minima RM20 ..Kena pula masa tu dalam poket cuma ada sepuluh ringgit..Tidak ke azab..?


Kena halau Jaga tol plaza..Kekadang aku sering terlajak memasuki lorong kenderaan besar..Bila tiba tol plaza kena tahan dengan Jaga dan disuruh pusing balik..Alamak langsung tidak boleh lebih kurang laa..


Lampu merah lambat bertukar hijau..Kalau bersauna pun ada had masa.. Lama sangat menunggu sampai hangit bau badan..Kena pulak orang berkereta pakat jeling-jeling..Naik motor kecik boleh tahan beb..motor besar..? Saja dapat kutukan percuma..ha.ha azab..azab.

Sunday, March 27, 2011

Betul ke awak Sdr Hadi...?




Korang kenal brader ni..? inilah Sdr Hadi yang banyak kali aku sebut dalam tulisan aku sebelum nih. Aku terserempak dia semasa singgah di bengkel motor Two Wheel Garage milik Sdr Azman di Shah Alam baru-baru ni...Sebelum ni hanya bersua di alam maya., memang la berbeza bila jumpa di alam nyata. Aku koreklah serba sedikit rahsia xpdc dia sebelum ni. Beliau merupakan sukarelawan UN. Kebanyakkan ceruk tempat yang mengalami bencana seperti perang dan bencana alam dia pernah pergi seperti tsunami di Acheh, gempa di Padang, perang di Afgahnistan, Selatan Filifina, Iraq dll. Semasa dalam perjalanan ke London dia sempat membantu mangsa banjir di Pakistan. Boleh tahan jugak kos ke London selama 6 bulan dekat 100 ribu lah gak. Dia ada projek besar selepas ni..dia tak cerita nak ke mana.., tapi aku agak nak sambung keliling dunia dengan motor kecik gak. Motor apa pun tak jugak dibagitau bergantung kepada siapa yang sanggup sponsor.
Berdasarkan pengalaman beliau , saiz tangki minyak akan diubah suai untuk mencapai jarak perjalanan sehingga 400km. Botol-botol tambahan minyak sangat menyusahkkan dan memerlukan ruang yang banyak. Tips menarik ni..

Menurut beliau sepanjang xpdc berjalan lancar. Paling penting minyak enjin dan filter mesti dijaga., tukar setiap 2000km. Pakaian jangan bawak banyak, bawa yang perlu saja. Tayar pun hanya ditukar sekali sepanjang perjalanan sejauh 25000km. Pengetahuan pasal enjin dan motor perlu ada untuk xpdc yang jauh ni. Beliau menyarankan supaya 'membaraikan' enjin dan pasang semula sehingga jadi supaya mahir berkenaan motor yang akan dibawa..Buat 2 kali cukup, nescaya kita akan mahir pasal enjin dan fungsi-fungsinya.. Betul jugak erk..Ini kalau nak xpdc sorang-sorang la, kalau berxpdc secara berkumpulan ada sorang pomen pun ok juga..Tapi bagus juga ikut saranan dia. Kena ada pengetahuan asas pasal motor ni, takdelah mengharapkan pomen seratus persen. Buat permulaan ni aku nak cuba jugak. tapi tak maulah aku terus baraikan motor aku..aku nak cuba pada mesin rumput aku...yaa aku nak cuba..Ha ha..

Thursday, March 24, 2011

Aku ingat dia dah mati....!


Mamat baju biru ni begitu asyik mengambil data tambahan semasa taklimat ..klik sana..klik sini...

Tak perasan ada perangkap maut....
Umur masih panjang....


Prapp. Tetiba kami dengar benda jatuh. ergh--ergh ada orang terjatuh... bila aku jengok dari lubang ada orang tertiarap tak bergerak langsung...cepat-cepat  aku snap gambar..habis .habis .! mati wei...! kami berkejar turun tangga...sampai bawah alhamdulillah dia bergerak..pergh panjang umur.!  mujur tersangkut pada tray kabel yang belum berfungsi kalau terus terjatuh tertungging kepala dulu, mau hilang nyawa.

Kejadian berlaku di ruang sub station Pusat beli belah Pavilion KL 22hb Mac 2011 baru ni. Kami menghadiri taklimat lawatan tapak TNB. Sedang asyik mendengar taklimat pegawai TNB, tetiba seorang peserta terjerlus lubang kabel dari tingkat atas ke tingkat bawah...lubang kabel tiada penghadang, sedang peserta asyik memandang sekeliling tak sedar perangkap lubang ternganga...Taklimat  dibatalkan serta merta. Peserta tersebut pengsan  dalam 2-3 minit dan mengalami patah jari telunjuk, tulang tersembul beb..Beliau  dihantar ke hospital...hai..malang tak berbau..

Tuesday, March 22, 2011

River Cruising Sg Melaka...







Hari biasa pun sesak, hujung minggu lagi la...

Kincir air lama yang terdapat di Sg Melaka..







Menyusuri perkampongan  tradisional melayu Melaka  di Kg Morten.




 Rumah tradisional melayu Melaka Kg Morten.


Kekadang kita pun naik heran, ada negeri/negara hasil semula jadi takdalah seberapa, tetapi macamana negara/negeri itu boleh lagi maju dari negara.negeri yang dikurniakan sumber asli semulajadi yang melimpah ruah...Mungkinkah bila dah terbiasa dengan sumber asli yang banyak menjadikan rakyat malas berfikir kerana terbiasa dengan zon selesa....ambil contoh air ok. mungkinkah disebabkan kita dah terbiasa menerima hujan sepanjang tahun, manakala kawasan tadahan pun masih luas jadi kita malas nak berfikir macamana nak mengoptimumkan penggunaan air..?

Alangkah baiknya kalau sumber semulajadi pun banyak  ditambah pula dengan kepala hotak yang hebat bertambah makmurlah negeri/negara itu...ha ha panjang mukadimah aku...sebenarnya aku nak tulis pasal River cruising di Sg Melaka je...Semua negeri./negara ada sungai , sesetengah sungai menjadi sumber liabiliti seperti dijadikan tempat pembuangan sampah, toksik dan berbagai pencemaran lain dan sebahagian  pulak menjadi sumber rezeki seperti di Melaka ni...

Aku berpendapat adalah ok menciplak idea negara/negeri lain yang dah terbukti berjaya hanya perlu disesuaikan dan nenonjolkan  ciri-ciri unik setempat. Ada orang cakap idea river cruising Sg Melaka ni meniru idea river cruising di Vanice..so what.. Aku tabik usaha kerajaan negeri Melaka mengindahkan sepanjang tebing Sungai Melaka disamping mengekalkan keunikan yang terdapat disepanjang sungai seperti Kg Morten yang telah diserlahkan menjadi muzium hidup. Nilai keunikkan tu yang mahaal..., Tempat orang lain pun ada keunikan tersendiri tetapi kelebihan kepala hotak dan keberanian kerajaan negeri Melaka telah menjadikannya sumber ekonomi negeri.

Baru-baru ni telah diumumkan bahwa akan diwujudkan  perkhidmatan tram di bandar Melaka untuk  mengurangkan kesesakan jalanraya disamping menjadikan sumber tarikan pelancongan baru ke negeri itu.Aku harap penampilan tram disesuaikan dengan keunikan setempat, mesti best kann... macam bas yang ada di trengganu tu...!

River cruising diwaktu malam memang mengasyikkan. Aku bukan syok sorang ok. aku tengok ramai pengunjung pun sibuk tangkap gambar membuktikan mereka pun syok  menghayati pemandangan sepanjang sungai....Kepada sesiapa yang ke Melaka ambil lah peluang bercruising...yang belum pergi tu segeralah pergi...ha ha..

Monday, March 21, 2011

Menara Taming Sari-Terkena lagi kami ha ha...

Deretan gerai menjual cenderahati...aku beli replika basikal klasik..ha ha..



Puncak Menara Tamingsari tanpa dek pemerhati...

Jambatan lama bila dihias dengan penataan lampu boleh jadi sangat menarik...sungguh kreatif..


;

Fuyo berkaler-kaler...bila sekilas pandang nampak macam kavadi plaak...1 jam 40 ringgit..



Dulunya tapak terminal bas...kedudukan strategik ditepi sungai ..sungguh menarik diwaktu malam dihiasi lampu lip-lap..



Perkarangan Menara Tamingsari...


Pemandangan Bandar Melaka dari menara pemerhati Tamingsari...





' Takpa bang..takpa ..kami ambik gambar untuk rekod je..'.Kami  anak beranak pun berposing le depan kamera diorang..bila kami hulurkan kamera kami..diorang tunjukkan notis larangan mengambil foto menggunakan kamera sendiri...ok2..Ini adalah pertama kali kami berkunjung ke Menara Taming Sari...Geliga jugak idea pembinaan menara seumpama ni ...Syabas..! seingat aku dulu pun ada yang menentang...terkena kawasan arkealogi la dsb..Paling tidak dapatlah juga mewujudkan peluang perkerjaan kepada anak-anak muda, itu belum kira kesan limpahan lain seperti kepada pengusaha hotel, ejen pelancongan, ,pengangkutan, pengusaha kedai makan  dsb.

Kami dibawa menaiki pelantar berputar sehingga ketinggian 80m dari aras tanah., aku ingat adalah dalam 10-15 minit di atas menara tu...Dapat meninjau seluruh pelusuk  bandar Melaka dari menara. . Tambang dewasa RM20, kanak2-RM10. Kalau berkumpulan dewasa RM15/org . Ada perkhidmatan menyewa binokular RM10 sebuah. Bila musim cuti sekolah..pergh sikit punya ramai pengunjung yang berbaris nak naik. Masa turun dan masa nak keluar nilah kami dipelawa oleh anak-anak muda untuk melihat photo yang diambil tadi sebelum menuju menara..'.Takpa bang, kak..kami tak paksa beli...tapi kalu nak beli RM30 je...kalau sepasang dengan  pemberat tindih dokumen ni harga istemewa RM50'. Pergh..! Bila dibelek-belek macam berbaloi jugak beli untuk kenang-kenangan...Photo disisip kemas di katalog menarik, berserta coretan  Menara Tamingsari...boleh gantung di dinding rumah nanti..Aku tengok ramai yang tidak melepaskan peluang membeli..,menarik beb...! Pandai diorang buat strategi pemasaran...idea canggih ni yang  patut kita tiru...kita dengan rela membeli...he he..terkena lagi kami.. Dulu masa kami ronda Beijing strategi sama diorang gunakan...anak2 muda turut sama disepanjang trip kami. dan diakhir lawatan mereka menunjukkan photo-photo yang diambil dengan menyisip kemas photo di buku katalog bergambar  menceritakan tempat-tempat menarik yang kami lawati...Ramai yang membeli ...termasuk aku...ha ha..

Saturday, March 19, 2011

Malaysiaku indah-Melaka...

Memang kami dah lama tak melawat Melaka. Melewati Melaka kerap la dalam perjalanan  pulang ke kampong di Yong Peng. Jadi dalam waktu yang terbatas kami mengambil keputusan  melawat Melaka memanfaatkan baki cuti sekolah yang tinggal beberapa hari saja. Lagipun masa nilah dapat berkumpul bersama anak-anak sebelum masing-masing membawa diri ke dunia U/sekolah masing-masing. Itupun anak aku no 2  tak dapat join sebab kolej beliau tidak cuti. Sengaja kami pilih hari biasa kerana dikhabarkan kalau berkunjung dihujung minggu bersedialah menghadapi kesesakan kenderaan dan orang ramai.

Menginap di hotel di Banda Hilir. Pusing punya pusing dapat gak sampai sebelum jam 6. Banyak sangat jalan sehala itu yang terpusing-pusing...bila dah pusing-pusing ni baru tau melaka ni kecik saja rupanya...he he mahaf yea orang melaka...walaubagaimanapun syabas kepada mereka walaupun kecik tapi tahun lepas saja menerima kunjungan pelancong melebihi 10 juta orang...Kreativiti memanfaatkan sumber sediada disamping mewujudkan tarikan-tarikan baru patut ditiru oleh negeri-negeri lain. Tarikan baru yang menonjol adalah River cruising sepanjang Sg Melaka dan Menara Taming Sari. Tengok..! dengan tambahan dua produk pelancongan pun sudah cukup untuk menenarik ramai pelancong, bayangkan kalau banyak lagi produk lain yang di tawarkan.

Apa kata kalau kerajaan negeri  buat kereta kabel dari tanah besar menghubungkan  pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Besar ,Pulau kecil dsb. ataupun buat terowong kaca merentasi laut ke pulau-pulau terpilih , pengunjung mesti suka sambil lalu dapat menikmati panorama kehidupan dasar laut. disamping itu wujudkan taman tema dipulau terpilih. Pergh..! Aku ingat mesti gempak. Kos memang mahal, tapi pelaburan seperti ini aku rasa berbaloi untuk jangka masa panjang. Kadang-kadang kita kena gila baru menjadi...Pasti akan ada yang menentang tapi percayalah kalau manfaat mengatasi keburukan lambat laun semua orang akan menerima pelaburan itu...Cuba kita ambil contoh idea gila orang dulu..Pembinaan piramid, tembok besar China, angkor wat, taj mahal dsb...Walaupun dulu binaan tersebut dibina bukan berpaksikan pelancongan tapi sektor ini yang paling banyak mendapat  manfaat dari idea gila mereka ...

Aku pernah terbaca ada rancangan  untuk membina replika jambatan ternama dunia merentasi sungai di Perak tak silap aku, tapi rancangan ini terpendam gitu saja. seeloknya di teruskan. Tengoklah replika bangunan ternama di Taman Tamadun Islam di Trengganu. mula-mula dulu  memang ramai menentang sekarang kan dah mula reda... Tapi promosi dan penjagaan mesti berterusan...baru jadii..Betul kan..?


Thursday, March 17, 2011

Tips hidup bahagia...

Tips ini aku perolehi semasa mendengar kuliah magrib di masjid taman aku baru ni..jadi elok diperpanjangkan untuk dikongsi bersama. Semoga sama-sama mendapat manfaat.


Imam Ghazali rahimullah memberitahu untuk memperolehi hidup yang bahagia, dalam sehari hendaklah berusaha mengamalkan 4 perkara dan meninggalkan perkara ke 5.


1. Luangkan masa untuk berzikir kerana Allah. Antara zikir yang elok diamalkan sesudah solat sunat suboh atau sesudah solat suboh adalah


Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil azim, astaghfirullah.


Insyallah rezeki akan dipermudahkan untuk kita.


2. Berusaha menambahkan ilmu samada melalui pembacaan atau menghadiri kuliah dsb


3. Berusahalah mencari rezeki yang halal.


4. Berilah bantuan kepada orang yang beriman


dan hindarilah perkara berikut


5. Berdengki,berkhianat dsb sesama manusia dan makhluk Allah


Nescaya hidup kita akan berbahagia..Insyallah semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkannya..Amin.

Wednesday, March 16, 2011

1Keluarga1Syarikat

Bila aku baca komen-komen pembaca di blog-blog yang aku lawati baru-baru ini berkenaan senarai individu terkaya di Malaysia, rata-rata memberi reaksi.

1. Individu melayu boleh dikira dengan jari yang tersenarai.
2. Kekayaan negara masih dikuasai oleh bukan melayu.

Aku berpendapat  memang takda cara lain untuk mengatasi jurang perbezaan ini selain menggalakkan orang kita berniaga..Orang kita belum ramai tersenarai kerana pengelibatan orang kita dalam perniagaan masih sedikit. Walaupun  terdapat peningkatan yang melibatkan diri dalam perniagaan tetapi bilangan itu  masih jauh kurang berbanding orang lain. Kalau diteliti dari senarai individu terkaya kesemuanya berlatarbelakangkan perniagaan. Selagi orang kita lebih selesa menunggu gaji dihujung bulan,  selagi itulah kita akan menjadi alat untuk menjadikan  orang lain yang kaya... Selagi itu juga setiap kali keluar senarai  orang terkaya di Malaysia reaksi yang sama akan kita baca. Kita nak salahkan siapa kalau kita sendiri tak memulakannya..Orang kita memang boleh berniaga .Mereka yang tersenarai telah membuktikannya.

Salah satu cara adalah dengan menggalakkan salah seorang ahli keluarga kita melibatkan diri  dengan perniagaan. Suburkan kempen 1Keluarga1Syarikat. Aku yakin walaupun bukan mudah, sedikit demi sediikit budaya berniaga akan terpupuk dikalangan orang kita dan generasi berikutnya. Bila budaya berniaga semakin subur  maka semakin ramai majikan dilahirkan. Bukankah kita  selalu dengar rungutan sukarnya anak bangsa mendapat pekerjaan di syarikat bangsa lain...Masalah ini dengan sendiri akan dapat dikurangkan bila majikan dikalangan kita semakin ramai dan mengambil graduan-graduan baru bernaung dibawahnya.

Aku berpendapat waktu terbaik untuk anak-anak muda memulakan perniagaan adalah 2,3 tahun sesudah tamat pengajian. Lagi awal lagi bagus. Dikala ini tanggungan perbelanjaan tidak besar. Bayangkan kalau lewat umur baru nak bermula ., bukan tidak boleh.. tapi selalunya kita takut keluar dari zon selesa sebab dikala itu perbelanjaan sudah membesar. Kita takut mengambil risiko kerana telah terbiasa berada di zon selesa.

Mulakanlah perniagaan menurut minat anda. Walaupun bermula dengan bermodalkan kecil, tapi seiring dengan peningkatan usia perniagaan anda, insyaallah perniagaan anda akan turut berkembang.

Aku teringat suntikan kata-kata  semangat  kawan-kawan aku yang telah awal berniaga..

 'Anda hanya boleh memotong kenderaan dihadapan anda hanya bila anda menukar haluan..., selagi anda mengekori kenderaan dihadapan tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk memotong selagi itulah anda akan berada dibelakangnya sehingga ke destinasi akhir'.  Betul jugak kann? Bila sudah berada di laluan berbeza ada le peluang untuk anda  memotong  dan MUNGKIN juga untuk anda terus tertinggal .  Keputusan ditangan anda.

Begitu juga dengan kita, selagi kita mengharapkan majikan untuk memberi  gaji bulanan dan tidak berusaha untuk keluar dari bayangan majikan  selagi itu kita akan kurang kaya  dari majikan kita.. Bila sudah berada di luar  bayangan majikan , baru le ada  peluang untuk lebih kaya  atau setidak-tidaknya sama-sama kaya... fikir-fikirkan...

Monday, March 14, 2011

Mempersenda azan...?

Korang ada tengok klip video pasal apik yang mempersenda azan tuhh...? Dah banyak kali aku dengar pasal mempersenda agama ni...tapi perkara ini masih berlanjutan. satu tenggelam yang lain pulak muncul. selagi tiada tindakan tegas diambil selagi tulah perkara seumpama ni akan berpanjangan.

Kalau dah tak suka agama nih, bukan setakat yang bukan beragama islam, hatta yang mengaku islam pun ada yang turut mempersenda. tapi la kan kalau aku tengok dari segi penampilan apik tuh, aku yakin,dia ni memenuhi ciri-ciri berikut

1. Kaki auta
   Gaya dia bercakap memang jenis kaki merapu,...tambah syok bila yang mendengar turut mengiyakan sambil pakat gelak-gelak..

2. Kaki berpeleseran
 Cuba korang check poket dia aku ingat tiket 4D, TOTO dan  lain tiket tikam-tikam ekor mesti akan terjumpa. Aku tak heran kalau apik ni pun kaki minum dan bermacam-macam kaki lagilah...

3. Kaki tidor lewat
 Biasanya orang jenis ini pukul 12 malam masih dirasakan awal lebih-lebih lagi bila hujung minggu...bila dah tidur lewat biasalah bangun pagi mesti liat. Itu yang dia hangin semacam bila dengar azan suboh-suboh... Cuba perhati mata apik  tuu, aku tengok mata dia beraat semacam je nak bukak..antara bukak dengan tak bukak..susah nak bangun pagi beb..!

Apik nih mestii hidup dengan dunia dia..sedangkan aku tengok sekarang pukul 5.30 pagi ramai orang dah  berduyun-duyun berjogging di taman-taman..sesetengah tempat, siap dah pasang muzik di tempat lapang untuk bertaichi...korang agak lah orang seperti ni akan mempertikai azan ke..? Pasti mereka turut menghargai kerana mengejutkan diri untuk bangun...lagi pun azan berkemundang antara 5.30 pagi-6.15 pagi. memang waktu untuk bangun tidur kalau di Malaysia nih...

Aku yakin kalau apik nih beragama buddha sekalipun dia bukan jenis yang taat beragama..dia adalah jenis hoo haa..golongan macam ni kat mana-mana agama pun ada..Aku baru saja membaca buku bertajuk  ' Allah is calling'  karangan Ustaz Zainudin Hashim, himpunan kesah   individu yang mendapat hidayah memeluk agama islam. Sapa-sapa yang nak beli pun aku  boleh tolong orderkan sebab ustaz tu selalu datang beri kuliah kat masjid taman aku..Semua individu tersebut memperolehi hidayah setelah memerhati, mengkaji, membuat perbandingan sebelum membulatkan tekad memeluk islam... antaranya adalah Dr Maurice Bucaile saintis Peranchis yang mendapat hidayah setelah membaca surah Yassin,    Yvonne Ridley, bekas tawanan tentera Taliban di Afghanistan, Tatiana Fatima yang terpaut kepada islam kerana AZAN..dan ramai lagi orang-orang hebat lain..mereka dah tak peduli dah walaupun diluar sana melabelkan orang Islam dengan pelbagai label negatif..

 Cuba perhati pulak orang yang suka mempersenda agama..atau orang  yang murtad dari islam...Aku garenti mereka memiliki sifat dan perwatakan yang sebaliknya...Tak Caya ?...Percayalah..

Sunday, March 13, 2011

Hati tak syok kalau...




Tag pos laju pun masih terpasang lagi..beli setem ni RM180  Kuala Trengganu.-Rawang.

 Honda CB90 tahun 1964...lebih tua dari usia aku motor ni..


Apa nak heran, motor baru pun sakit, nikan pula motor lama..adatlah tu...ha ha ..


Apa nak buat, dah memang motor tua..keluar masuk bengkel le..kena buat post mortem lagi.. Motor aku tag pos laju pun tak tanggal lagi., bermula keluar stor pos laju dan mula start, motor ni dah menjadi tumpuan ramai., tak sorang-sorang datang menyapa..Berapa harga?, motor jenis apa?  tahun berapa?..dll Dengan kembang dada wa tonggang  keluar untuk bawak balik la..Tin..Tin.! orang ramai  tekan hon., siap menjulur kepala keluar tingkap kenderaan masing-masing...wa pun sengih-sengih jelah sambil angguk -angguk kepala..he he..

Tapi wa berpeluh satu badan bila tiba lampu isyarat , enjin terus padam..alamaak...! masa ni lain aku tak ingat dah...yang ingat cuma pesanan kekawan yang sudah pakai motor tua , kalau pakai motor tua hati kena cekal, telinga kena tebal sebab bila motor buat hal tentu ramai yang tumpang sekaki pakat-pakat kutuk...diorang nak menyakat je sebenarnya..ha ha ..nampaknya betul-betul kena kat aku kali ini...tak berani nak toleh pada orang yang lalu lalang, takut diorang terlebih ramah menegur...

Nak tak nak aku cepat-cepat  tolak  motor ke tepi kedai, cari tempat redup...aku talipon bengkel mail mintak bantuan..pendek cerita motor aku ditolak guna kaki oleh mekanik untuk bawak balik bengkel.
Periksa punya periksa api tak cukup kuat sebab  bateri lemah, mekanik bagitau sistem coil tak cukup kuat untuk recharge bateri...kena modify..'aargh buat apa yang patutlah IL...janji boleh jalan.'

Hati aku dah was-was nak bawak balik nanti bila motor dah siap. takut buat perangai lagi depan orang ramai...ish..ish ada sapa nak bagi pinjam pick-up..? kah kah.kah...!




Saturday, March 12, 2011

Bila Izrael datang memanggil 2...


inilah posisi mangsa dalam keadaan tertiarap...nampak ke..?


Keluarga mangsa mula tiba...

Keadaan motor yang remuk teruk..


Pihak polis dah tiba dan mengalihkan posisi mangsa...


Inilah di antara gambar-gambar yang dapat aku tangkap menggunakan kamera handphone..Gambar blog aku sememangnya menggunakan phone kamera sahaja tapi disebabkan gambar yang ini ditangkap diwaktu malam maka kualiti gambar taklah sama dengar kamera digital biasa. Takpalah korang teleng-telenglah gambar ini sambil-sambil tu buat lah interpretasi sendiri...ha ha ..

Friday, March 11, 2011

KALAU...



 Ok aku nak ulas sikit pasal  KALAU nih., ini adalah lanjutan dari artikel aku terdahulu 'Bila izrael datang memanggil' Aku tergerak nak menulis ni bila aku tengok ahli keluarga rapat  mangsa. meraung sambil menyebut banyak perkataan KALAU dihadapan si mati. 'Napalah kau bawak motor malam-malam, KALAU tak pergi tadi kan selamat..' ini adalah  contoh petikan . Yea mungkin tindakan mereka itu adalah secara spontan., dan kita juga berkemungkinan  bertindak yang sama bila orang kesayangan kita pergi terlebih dahulu. Jadi sementara ujian itu tidak menimpa kita jomlah sama merenung dan berfikir agar disaat menghadapi sausana seumpama itu kita mampu bersabar terhadap ujian yang diterima.

Pertama perlu diingat bahwa kematian adalah pasti . Saat dan detik akan tiba jua. hanya kita tak tau bila . Ada yang ditakdirkan mati muda...ada juga semasa didalam kandungan lagi..Ada pulak yang dah tua tapi tak mati-mati ..sebab giliran mereka belum sampai lagi. Cara menemui kematian itu hanyalah kaedah ,. ada yang mati disebabkan penyakit, ada disebabkan kemalangan, ada juga yang mati dalam tidur dan sebagainya .. Apabila kita terlalu meratapi kematian seolah-olah kita cuba menafikan bahwa saat kematian si mati telah tiba. Kalau kita yakin bahwa kematian adalah pasti, tidak akan timbul istilah KALAU ..Yea bila waktunya telah tiba, tiada siapa boleh menghalang, hatta teknologi canggih pun tidak mampu menangguh walau sesaat . semakin jelas buktinya..Tsunami yang membadai Jepun telah  mengorbankan banyak nyawa . Jadi terimalah takdir  itu dengan redha.

***Berita terkini yang aku terima. Pemandu Iswara yang terlibat dalam kemalangan malam semalam sebenarnya dalam perjalanan ke hospital menghantar isteri beliau  bersalin, dikhabarkan kandungan isteri beliau turut tidak sempat melihat dunia ini. Al fatehah untuk semua mangsa..

Thursday, March 10, 2011

Bila izrael datang memanggil...

Kemalangan malam tadi 10 Mac,memang trajis. Seorang pemuda keturunan boyan Indonesia dalam umur 20an maut  apabila motorsikalnya Yamaha sport 120 plate no WUV xxxx tak silap aku..bertembong secara berdepan  dengan Iswara , bertentangan depot bas Metro di Jalan Rawang - Bt Arang sebelum tol Plaza Rawang utara. Aku  kebetulan lalu disitu dalam perjalanan mengambil anak aku  di terminal bas Jalan Duta.  Berdasarkan kesan impak kereta dan motor  yang remuk teruk , aku agak salah satu kenderaan ni mesti dipandu laju. Masa aku sampai di tempat kemalangan keadaan  lengang, peliklah jugak tak macam kemalangan yang aku jumpa sebelum-sebelum ni yang  penuh sesak dengan orang ramai berkerumun., yang aku nampak mangsa tertiarap, mati serta merta barangkali.. rupanya kejadian tu baru saja terjadi..Kereta Iswara tu pun berada jauh dari mangsa dan motorsikal. , kalau  3 minit awal aku sampai pasti aku akan turut menyaksikan aksi stunt dan mendengar dentuman kuat kenderaan berlaga nih.. Kejadian dalam pukul 10.30 malam gitulah, jalan pun tak banyak kenderaan  sangat masa tu...

Paper harini akan keluar berita ni sebab tak lama lepas tu selain orang  ramai  mula berkerumun,  pemberita pun ada  membuat liputan.., kalau nampak yang berpelekat kat gambar nanti..akulah tu..he he..Aku dapat juga tangkap gambar mangsa di kedudukan tertiarap tu..tapi guna kamera handphone..mana le jelas...lagipun malam..gelaap.

Tak sorang-sorang ahli keluarga datang, iyalah mangsa tinggal di taman sama tempat aku yang tak jauh dari tempat kemalangan. Tapi yang tak syok tengok mereka-meraung-raung meratapi mangsa, terutama yang perempuan..aku yang turut disitu dengarlah ratapan pilu yang  banyak menyebut perkataan KALAU..kalau kau tak pergi, kalau itu, kalau ini dll...dan aku ingat aku nak menulis juga pasal KALAU ni di post akan datang..nak tulis sekarang panjang sangaat..tunggu lah yea..





                    

Wednesday, March 9, 2011

Adilkah kita pada pada orang kita...?

Kadang-kadang kita terlalu prejudis terhadap orang kita. Apa saja tindakan orang kita sentiasa dipandang dari sudut negatif. Bukannya tak bagus kita menilai kelemahan diri , tetapi dibimbangi apabila terlalu menilai dari sudut kelemahan, kita akan mngalami krisis keyakinan diri dan keliru...sedangkan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi kita perlu ada keyakinan diri yang tinggi dan fokus. Kalau anda kurang percaya apa yang aku cakap ..jom tengok antara senarai prejudis-prejudis yang sering ditujukan terhadap 'orang kita' berbanding 'orang lain'..

Apabila berkereta mewah

Katalah orang kita  memandu Ferari, Porshe atau kereta supersport  kita akan beranggapan orang itu mesti suka bermewah-mewah dan membelakangi kepentingan  lain .,senang cakap tak mampu tapi cuba menunjuk-nunjuk.

tapi bila orang lain pakai kita tanpa berfikir panjang bersangka baik orang itu mesti kaya raya dan layak memandunya

Kalau kaya tapi  hidup bersederhana


Orang kita dicop kedekut, tapai kalau orang lain kita cakap mereka berhemah.


Banyak mulut semasa mesyuarat

Bila orang kita terus dicap cerewet perihal remeh temeh, tapi bila orang lain kita beranggapan orang itu perihatin dan teliti

Gagal menyiapkan projek

Buruk usahawan kita yang dibesar-besarkan, tapi kalau 'orang lain' mesti disebabkan oleh  klien juga yang bermasalah sehingga menyukarkan usahawan itu gagal menyiapkan projek

Memiliki kekayaan luarbiasa

Orang kita mesti dituduh mempunyai kroni sedangkan kalau orang lain  dianggap berkemampuan berdikari

Berpolitik

Bila calon yang diharapkan menang tapi kalah disebabkan oleh faktor kita, kita akn dicap mengundi membuta tuli. Tapi bila orang lain  jadi faktor penentu kita kata orang dia pandai mengolahkan kemenangan atau kekalahan..

Menjual barang

Bila orang kita meminta wang pendahuluan, kita dicap sengkek . tapi kalau orang lain mintak bayaran sepenuhnya dia dianggap berwaspada...

Jadi persoalannya adakah kita adil pada orang kita...?


Sebenarnya banyak lagi senarai prejudis yang boleh kita temui dalam kehidupan seharian yang menyebabkan orang dia naik muka kerana kita mengadili yang baik-baik saja untuk mereka berbanding orang kita..

Kisah berikut mungkin boleh dijadikan pengajaran.. baik buruk sesuatu perkara tu sebenarnya bergantung dari sudut mana kita menilai sesuatu perkara itu...Kalau dilihat dari sudut negatif ..akan terserlah keburukannya. dan kalau dilihat dari sudut positif maka terserlahlah kebaikannya...

Dua anak beranak Bapa dan Anak bersama seekor kaldai menyusuri 3 kampong..

Situasi pertama di kampung 1

Bapa menunggang kaldai, anak berjalan

Akan ada penduduk kampong yang menuduh si bapa tidak bertimbang rasa terhadap anaknya kerana membiarkan si anak berjalan manakala si bapa bersenang-senang diatas kaldai

Situasi kedua di kampong2

mendengar kritikan tersebut maka si bapa menyuruh si anak pulak duduk di atas kaldai..

Pastinyan kedapatan suara-suara sumbang penduduk kampong2 yang menyoal kewajaran si anak yang masih muda bertenaga membiarkan si tua berpenat lelah berjalan kaki. 'Kurang ajar punya anak..!

Situasi ketiga dikampong 3.

Setelah merasai kritikan dikedua-dua kampong sebelumnya, maka apabila melalui kampung ke 3, mereka memutuskan untuk berjalan kaki saja membiarkan kaldai  tanpa penunggang.

Reaksi sebahagian penduduk kampong 3. 'Apa punya bangang bapak /anak ada kaldai dibiar berlenggang..bukankah elok ditunggang sama-sama atau paling tidak bersilih ganti..!

Ditakdirkan kalau mereka melalui kampong ke 4 dengan kedua-duanya  menunggang kaldai sudah tentu akan ada yang menemplak kerana menyeksa kaldai ..'Hoi takdak hotak ke...! mentang-mentanglah kaldai tu binatang...!

Inilah nasib orang kita... sentiasa dipandang dari sudut yang negatif.. Moga kita segera berubah...perubahan bermula dari kita sendiri..renung dan fikir-fikirkanlah....






Monday, March 7, 2011

Jom ingat mengingati...

Ustaz yang datang masjid beri kuliah di taman aku selalu ingatkan jemaah supaya bawak buku catatan bila ada kelas pengajian., tapi lebih 90 peratus datang tangan kosong,,termasukle aku..bukan apa ustaz terlupa laa...ustaz pun tak tau nak peringatkan macamana lagi...kekadang tu sampai dia sebut...sepatutnya anak murid yang kena bawak  buku/kitab ini terbalik, ustaz pulak yang bawak sebeban  buku. anak murid datang berlenggang..Maaf ustaz yea   . Jadi sementara aku ingat ni maka aku tulis disini diantara kandungan kuliah magrib tadi untuk rujukan aku  dan dalam masa yang sama dapat dikongsi dengan pembaca diluar sana . semoga sama-sama bermanfaat.

Petikan hadis nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah r.a lebih kurang maksudnya apabila matinya anak adam maka terputus semua amalan kecuali tiga

1. Sedekah jariah- orang  cerdik suka bersedekah jariah. . Kelebihannya semasa di alam barzakh sementara menunggu dibangkitkan pada hari kiamat pahala akan diperolehi berterusan selagi mana amal jariah kita tadi dimanfaatkan oleh mereka yang masih hidup.

2.Ilmu yang bermanfaat- apa jua ilmu bermanfaat patut dikongsi bersama. Walaupun sedikit, mana tahu dengan asebab ilmu sedikit yang kita kongsikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.., kita juga yang untung..

3.Anak yang soleh- eloklah kita biasakan bersama anak-anak  berdoa untuk emak ayah, atok nenek. semoga dengan latihan ini, anak anak kita jadi terbiasa untuk mendoakan kita semasa kita sudah tiada didunia ini nanti..

Sebenarnya panjang ulasan ustaz tadi tapi aku tulis mana yang aku ingat lebih kurang macam inilah. kalau tersalah fakta tu mohon diperbetulkanlah yea..semoga juga dengan aku memanjangkan apa yang aku dengar ni termasuk juga dalam kategori berkongsi ilmu yang bermanfaat. Wallahualam

Sunday, March 6, 2011

RIDE SORANG ATAU BERKONVOI

Berkonvoi sudah tentulah lagi baik..,kalau terjadi apa-apa boleh le teman membantu..Ride sorang ni faham-faham jelah..sendiri mau tanggung..Kalau lalu tempat sunyi, hutan kiri kanan, dah nak gelap pulak tu nak toleh belakang pun seram takut ada pulak yang menumpang..,.Tapi kalau dah urusan kerja, sorang pun sorang lah..Yang seronok ride sorang-sorang ni tak payah nak kesah dengan hal orang lain, kita tentukan hal kita.. nak ride laju,nak ride slow..berhenti lama, nak pusing balik semula, takda orang kesah..Sebab tu dalam banyak keadaan, aku suka ride sorang-sorang ..Cuma keyakinan untuk ride jauh luar negara masih belum ada..Tapi kalau macam siam tu aku rasa aku berani sebab dah beberapa kali aku ke sana..Aku risau motor buat hal..Kena pulak meragam dikawasan tak berpenghuni..pergh tak ke naya..

Jadi aku tabik pada saudara Hadi yang boleh ride sorang-sorang pergi London. Cukup tinggi keyakinan dia. Campaklah di tempat mana pun lepas ni, aku yakin dia boleh menempuhi rintangan. Semangat ini yang aku nak tiru...



Bila ride sorang-sorang tak syok pulak takda teman bersembang...makan pun pulun laju-laju...Kak...Kira..! cepat saja nak belaah...


tidur pun tak berteman. tapi yang best pagi-pagi buta kalau tidur di resort yang ada kolam renang tak payah ajak kawan-kawan..bawa tuala terus terjun kolam ...ha ha ..


Nak duduk lama tepi jalan perhati budak-budak PLKN berbaris pun takda sapa kesah...ini batch anak aku no 2. tapi dia tak perpilih...

Friday, March 4, 2011

Kita hebat...!

Ini pandangan peribadi aku ok. aku tertarik dengan komen salah sorang forumer di web permotoran. dia bagitau TS Syed Bukhari (TSSB)tersenarai dalam kelompok 10 rakyat terkaya Malaysia sebab ada orang tolong. ikut istilah sekarang ada kronilah ni...tapi yang aku heran kenapa TSSB saja yang ada ada dalam benak pemikiranan penulis itu. Padahal yang lain tu pun serupa juga mana boleh berada pada kedudukan sekarang kalau mereka pun tak punyai kroni. sabagai contoh Robert Kwok dari dulu lagi dah berkroni dengan pemimpin-pemimpin terdahulu bila dapat lesen borong gula, Ananda krishnan dapat lesen telekomunikasi, Pengasas Public bank, Hong leong bank dapat lesen perbankan..begitulah seterusnya..TS Azman Hashim pun dapat lesen perbankan dan dia buktikan orang kita pun boleh cuma BELUM masuk senarai ke sepuluh., dia berada dikedudukan ke 11.

Aku rasa istilah kroni ni timbul bila orang kita dah mula pandai berniaga. Sedangkan orang lain dah lama menikmati laba berkroni ni, tapi bila monopoli tu dah mula tergugat timbullah istilah kroni-kroni ni...seolah-olah menafikan kehebatan orang kita berniaga...Tapi yang pasti kita mesti tabik pada mereka semua ni...Mereka memang orang yang hebat. Mereka mendapat peluang dan bantuan dan mereka berjaya memenfaatkan peluang yang diberikan. Berapa ramai orang yang punya peluang didepan mata tapi terlepas begitu saja...

Berbalik pada TSSB beliau billionir termuda berbanding yang lain dalam senarai kelompok 10 tu...nak buktikan yang orang kita lagi hebat bila diberi peluang. Orang kita masih baru dalam bisnes tapi dalam waktu yang singkat sudah mampu masuk senarai 10 terkaya. , sepatutnya dari sudut positif ini yang kita tengok. Yang jadi masalah kita terlalu lama disogokkan dengan kelebihan orang lain sehinggakan kita macam tak caya pulak dengan kehebatan orang kita yang tiba-tiba muncul.

Kita sebagai orang kebanyakkan perlu bertindak adil pada usahawan-usahawan kita. Kelompok kita masih belum begitu ramai, (tapi aku percaya sedang meningkat.)berbanding orang lain. Kegagalan dipihak kita lebih mudah dikesan berbanding orang lain sebab kelompok yang masih kecil ini. Dipihak lain bukannya tak gagal tapi kelemahan usahawan yang gagal dapat ditutup dengan kelebihan usahawan-usahawan berjaya yang lain yang ramai dipasaran.


Perspektif yang lebih kecil. Aku akan hantar kenderaan dibengkel usahawan kita. walaupun terdapat sedikit sebanyak kelemahan tapi aku boleh terima..argh kat bengkel orang lain pun serupa je, tak hebat mana pun..dan berapa ramai yang dah terkena. tapi disebabkan kebanyakkan bengkel-bengkel lain pun orang dia punya., jadi kita terlupa yang kita dulu pun pernah terkena dibengkel orang dia.

Kita perlu sokong usahawan kita, kalau kita tak percaya dan beri peluang macamana nak lahirkan ramai lagi usahawan kita. Kalau dah ramai masuk senarai orang berjaya nanti takdalah terbit istilah 'orang melayu masih boleh dikira dengan jari' Fikir-fikirkan...

Thursday, March 3, 2011

Yang ini berkenan..yang itu pun berkenan ish..ish..


Motor hitam belakang tu nampak lagi mengancam erk...milik pomen Pok Topa. dok amboh jua pulok..argh tapi dapat yang kaler merah pun ok dah. Aku akan lenjan keliling Malaya nanti motor nih..ada sapa nak join..?

Lampu belakang kepala rimau...bila tekan brek mata kaler hijau menyinar wei... bior nampak garang supaya orang belakang  tak sondol motor aku nanti...top speed cuma dapat 90km/jam saja...


he he nilah dia pomen Pok Topa...

Yes... motor tua wa dah siap. Lelah 2 tahun lebih menunggu akhirnya terubat bila dapat melihat dan mencuba sendiri menunggangnya. Macam orang beranak. bila dengar bayi menangis terus rasa hilang sakit masa meneran..ha ha..Kalau boleh ikat atas motor, nescaya aku bawak balik jugak Ahad baru ni..Nak tunggu pomen pos tak tau lah pulak apa masalah yang bakal dihadapi nanti.

Nampaknya bertambah lagi lah aktiviti hujung minggu aku nanti..Layan geng motor klasik pulak..ada bagusnya bila ramai geng ni...selain boleh meramaikan kenalan, dapat lah juga beralih selera bila dah jemu nanti.. takdalah layan benda yang sama je..dan boleh lah wa beralasan kalau tak dapat menyertai mana -mana aktiviti geng yang lain.

Vespa klasik nyaris-nyaris aku terbeli baru-baru ni...nak ikut nafsu memang aku sangat berkenan dengan vespa nih,mujur cepat-cepat urut dada., sebab kalau banyak sangat motor tua bawah garaj nanti, bila masa pulak nak bagi hidup enjin. Cukuplah motor cb90 ni mewakili motor tua aku. lagipun skuter x9 dah boleh masuk dengan geng vespa. Sekarang ni dah ada 3 bijik motor yang aku terpaksa bersilih ganti menggunakannya. ish.ish. Anak lelaki aku tak berkenan pulak dengan motor-motor ni. tapi anak pompuan aku yang no 2 tu jangaan dipelawa..pantang di beri peluang..silap-silap motor besor aku pun di tonggangnya. he he...

Tapi ada satu lagi motor yang aku sangat-sangat berkenan...motor apa tak maulah wa cerita selagi angan-angan tak menjadi kenyataan..tu juga antara sebab wa gugurkan vespa dari senarai motor idaman wa...Cukuplah empat...ha ha..

Tuesday, March 1, 2011

XPDC Kepulauan Sumatera...

Semalam aku dah bincang dengan geng motor aku, nampaknya dapat respon baik. Setakat ni 3 orang dah menunjukkan isyarat positif.,dan 2 orang je lagi aku nak cari untuk merealisasikan perancangan ini...kami perlukan jumlah peserta yang kecil saja untuk lebih melancarkan pengembaraan.,tapi kalau tak dapat 5 orang, 3 orang ni pun aku ingat boleh diteruskan juga. Yea Projek XPDC Kepulauan Sumatera dengan menaiki skuter. Kami ingin beralih arah ke destinasi berbeza. Antara tempat-tempat yang ingin sangat kami lawati adalah Acheh yang dibadai tsunami juga perkampungan yang hilang ditelan/ditenggelamkan banjir lumpur... semoga dengan melawat sendiri tempat bencana/bala boleh menginsafkan diri kami nanti..InsyaAllah xpdc akan dibuat pada bulan Jun nanti. Tunggu kemunculannya.

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK