Ok aku nak ulas sikit pasal KALAU nih., ini adalah lanjutan dari artikel aku terdahulu 'Bila izrael datang memanggil' Aku tergerak nak menulis ni bila aku tengok ahli keluarga rapat mangsa. meraung sambil menyebut banyak perkataan KALAU dihadapan si mati. 'Napalah kau bawak motor malam-malam, KALAU tak pergi tadi kan selamat..' ini adalah contoh petikan . Yea mungkin tindakan mereka itu adalah secara spontan., dan kita juga berkemungkinan bertindak yang sama bila orang kesayangan kita pergi terlebih dahulu. Jadi sementara ujian itu tidak menimpa kita jomlah sama merenung dan berfikir agar disaat menghadapi sausana seumpama itu kita mampu bersabar terhadap ujian yang diterima.
Pertama perlu diingat bahwa kematian adalah pasti . Saat dan detik akan tiba jua. hanya kita tak tau bila . Ada yang ditakdirkan mati muda...ada juga semasa didalam kandungan lagi..Ada pulak yang dah tua tapi tak mati-mati ..sebab giliran mereka belum sampai lagi. Cara menemui kematian itu hanyalah kaedah ,. ada yang mati disebabkan penyakit, ada disebabkan kemalangan, ada juga yang mati dalam tidur dan sebagainya .. Apabila kita terlalu meratapi kematian seolah-olah kita cuba menafikan bahwa saat kematian si mati telah tiba. Kalau kita yakin bahwa kematian adalah pasti, tidak akan timbul istilah KALAU ..Yea bila waktunya telah tiba, tiada siapa boleh menghalang, hatta teknologi canggih pun tidak mampu menangguh walau sesaat . semakin jelas buktinya..Tsunami yang membadai Jepun telah mengorbankan banyak nyawa . Jadi terimalah takdir itu dengan redha.
***Berita terkini yang aku terima. Pemandu Iswara yang terlibat dalam kemalangan malam semalam sebenarnya dalam perjalanan ke hospital menghantar isteri beliau bersalin, dikhabarkan kandungan isteri beliau turut tidak sempat melihat dunia ini. Al fatehah untuk semua mangsa..
No comments:
Post a Comment