click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, July 29, 2011

Nak cerita pasal bola lagi ke...?


Nak cerita pasal bola pun, mesti dah banyak sangat cerita tu dimana-mana. Malaysia dah kalah nak buat macamana..? Kat facebook pun penuh komen pasal bola saja.., apa nak buat belum kesampaian untuk beraksi untuk peringkat ke 3...perbaiki dan cuba sajalah lain kali...Tumpukan untuk kelayakan olimpik pulak..Daripada kita pening dengan perkara yang sudah berlalu jom kita layan yang ini...

Mula -mula aku ingat dia bersembang dengan seseorang dalam kereta tu..bersungguh-sunguh dia berbicara..bukan slow.., tapi kuaat..! dibelek-belek dan ditunjuk-tunjuk dokumen di tangan. siap mendongak-dongak pandang langit lagi..Dikeluarkan lagi kertas-kertas dari dalam karong plastik tuh...pergh..aku ingat dia ni dulu juruaudit kot...tak pun bookie bola..he he..

Sesetengah orang cakap, alaa kesiannya...tapi sebenarnya ada juga untungnya..dosa takda beb..kecuali dosa masa waras dululah...Kita yang serba waras ni lagi kena berwaspada terhadap dosa-dosa kita berbanding orang seperti ini....Buatlah macamana teruk...selamat dunia akhirat...!


Thursday, July 28, 2011

Trailer terbabas lorong bertentangan...


Tempat kejadian di Lebuhraya Elite bertentangan dengan Wisma Rozali Shah Alam. Trailer arah Kuala Lumpur telah merempuh penghadang besi jalan dan masuk ke lorong menghala Klia. Masa kejadian, tengahari Rabu semalam..Ketika kejadian aku dalam perjalanan ke Jenjarum Banting dari Kuala Kubu Baru, bila masuk susur ke Lebuhraya Elite dari Plaza Tol Bukit Jelutong tetiba jalan sesak teruk..Mujur aku bawak motor boleh menyelit celah-celah kenderaan. Tak taulah apa punca trailer tu boleh terbabas macam ini.., tayar pecah kot..nasib baik terbabas ke kanan, nasib baik juga tak melibatkan kendaraan lain ..kalau terbabas ke kiri , sah trailer akan terjunam ke bawah jejambat nun. Tak pasti juga melibatkan kemalangan jiwa ke tak kerana setiba nya aku disitu, pemandu dah tak da...sempat ambil gambar sekejap terus beredar..berhenti lama nanti takut semakin sesak pulak kedua-dua hala laluan..Berpandukan keadaan lori, aku rasa selamat pemandu tu...

Bila bawak kenderaan terutamanya motorsikal di jalanraya, kejadian sebegini yang paling aku takut.., tetiba je kenderaan dihadapan  melintang makan jalan...masa tu pulak kita berada di belakang atau di sebelahnya...Apa yang anda boleh buat...? Orang lain punya masalah kita turut menerima musibah...sistem keselamatan canggih macamana pun tetap tak guna bila kejadian sebegini berlaku secara tiba-tiba...Pasrah dan redha sajalah..

Ya Allah selamatkan  kami ...Aminn..

Wednesday, July 27, 2011

Jom join kami...!


Berikut petikan mesej kawan aku Ar Mastor yang ride bersama di Sumatera baru ni dan sekarang sedang kemaruk untuk berxpdc lagi. Dia pulak baru je sambar Bandit 1200 dari Naza..ha ..ha geng Suzi nih..Sekarang ni dia mempunyai pogram fakulti beliau di Kalimantan. sambil tu tinjau-tinjau laluan..

"
Assalamualaikum,sekarang sedang naik bas ekspress dari Pengkalan Bun ke Plangkaraya, esok jam 4 pagi baru sampai. jalan ok tapi banyak yang rosak, ada yang masih dalam pembinaan, terpaksa naik flight, kalau motor boleh naik feri, nak bawak V strom atau Bandit rasa sayang...mungkin kena bawak KTM atau KLR, pertamina tak banyak tapi minyak botol ada banyak tepi jalan- Mastor

Aku dah sampai Plangkaraya..jalan lebih baik dari kat Riau tapi tak sebaik Sumatera Barat..Kenderaan tak banyak., Ada stretch dalam pembinaan sebab selama ni tak pernah ada jalan daraat, banyak jalan air samada sungai atau terusan tapi takle sehebat Holland, aku rasa KLR atau KTM sangat sesuai..Mastor

Asalamualaikum..Firdaus Naza kata Bandit dah siap, insyaallah saya akan ambik Sabtu depan. Sekarang saya berada di Banjarmasin sedang recce untuk konvoi rentas Borneo.. Nak join kembara nanti boleh bagitau..Laluan tak teruk sangat macam di Sumatera tapi ada tempat yang tak boleh dihubungi dengan jalan darat, kena naik bot. Petang ni akan fly ke Balikpapan dan recce ke Samarinda dan Tenggarang dan lepas tu terbang ke Tarakan dan naik feri semula ke Tawau. Balik KL ikut KK- Mastor"

Pergh best..best..Destinasi xpdc berikut kami Insyaallah adalah Trans Borneo..Yea..yea tunggu kehadiran kami..Ada sesapa nak join..?

Monday, July 25, 2011

Siapa lagi boros berbelanja...?

Antara berita hangat minggu lepas adalah pasal taikun Malaysia Robert Kuok dikatakan membeli yact peribadi bernilai USD4.5b..Hampir keseluruhan badan yact disaluti emas...lagipun berbanding material lain, untuk masa mendatang harga yact beliau garenti akan meningkat seiring dengan kenaikan harga emas...aku terus capai kalkulator USD 4.5b bahagi USD35 b...argh baru 12.86% dari nilai kekayaan dia..kira oklah.. itu belum kira pendapatan harian dia lagi..pada aku dia masih bersederhana..lainlah kalau dia membeli lebih dari 70 peratus dari nilai kekayaan dia..mungkin boleh dikatakan berlebih-lebihan...dia ingin berbelanja untuk dirinya , duit banyak makan garenti tak habis..lagipun umur dia dah nak masuk 90an. argh berbelanjalah  tauke..!

Dalam sedar tak sedar orang kebanyakan macam kita yang berlebih-lebihan berbelanja sebenarnya...cuba korang tengok yea...katalah pendapatan isirumah dalam RM5000 sebulan. , simpanan lain langsung takda.,kecuali duit KWSP yang ciput tu... tapi kita berbelanja besar untuk kenderaan...kereta baru  yang paling murah dipasaran pun sudah melewati harga RM30000...sudah berapa kali lebih besar dari nilai kekayaan kita...itu belum kira perbelanjaan bulanan yang lain seperti  duit bil handphone/broadband , duit tv berbayar, duit melaram, duit sewa//beli rumah ..duit makan....duit minyak..duit tol, duit anak-anak...bla..bla...

Kita yang boros berbelanja  sebenarnya...!


Sunday, July 24, 2011

Bola..bola..bola...!

Hari ni punya cerita hangat pastinya pasal bola....Malaysia lwn Singapura..Piala Copa Amerika pun dah tenggelam sejak pasukan Brazil dan Argentina tercicir..Anak pompuan darjah 6 aku yang tak pernah kesah pasal bola pun malam tadi pun sibuk tengok bola..kira oklah ..kalau tidak mesti berebut 'remote control' nak tengok saluran tv masing-masing. tapi biasalah budak pompuan sedang meningkat remaja..,tengok tu memang tengok tapi komennya lebih terarah..." eei hensemnya penjaga gol Malaysia...! ..," alaa... napa asyik fokus kat gambar Que lee..tak ensem langsung... !"...Ha.ha..

Walaupun kalah  3-5 tapi takpa-takpa bola itu bulat..kita ada masa paling kurang 90 minit lagi...Go Malaysia Go...!


Saturday, July 23, 2011

Hangat-hangat taik ayam...?

 Sempena hari Sabtu, hari beriadah aku nak tulis pasal peralatan beriadah nih....sudi-sudikanlah membaca yea..

Sebelum dapat memang semangat. Walaupun mahal pelbagai alasan diberikan untuk mewajarkan sesuatu pembelian. bila dah dapat selalunya untuk 2 bulan pertama tu hari-hari berkepit dengan barang/peralatan baru..Masuk bulan ke3 mula kerap pastu jarang-jarang pastu kadang-kadang dan kesudahannya bersawang..ha ha..beginilah nasib peralatan sukan yang ramai jugak tak kira  lelaki atau pompuan berebut-rebut membeli dulu...selepas 6 bulan, cuba cari kat mana barangan tersebut berada...ada yang bawah tangga, dalam stor  bawah katil dsb..

Mujur program 'AS SEEN ON TV' dah takda..kalau ada lagi ntah berapa banyak lagi produk lain akan terbeli untu mencuba keberkesanannya pula..Dulu pogram ni kan kerap mempromosi barangan/peralatan sukan/kesihatan. .eazy glider la, treadmill la, bola besar la..sauna la..argh macam-macam lagilah.. aku yakin ramai yang membeli kerana terpegun dengan model model yang memiliki potongan badan cantik setelah menggunakan produk tersebut.. Tapi percayalah takda sesuatu perkara yang diingini boleh dimiliki hanya dengan usaha hangat-hangat taik ayam saja..model-model tu berjaya kerana telah melalui modul-modul senaman sistematik berterusan. sebab tu hasilnya memang menakjubkan..tapi kalau mencuba peralatan ikut sempat saja..ermm aku yakin ramai yang akan kecewa separuh jalan kerana hasil yang diharapkan tak sebagaimana yang diingini....Bagi yang dah terbeli jomlah guna semula barangan tersebut...ha ha..

Pssst..psst...bini aku pun banyak juga membeli peralatan tersebut...tapi kini bila ada promosi macam tu di TV cepat-cepat dia tukar siaran sebab takut nanti aku mula berkhutbah panjang..kah..kah..kah...

Friday, July 22, 2011

Tahukah anda...?

Cuba korang ingat berapa banyak sikat yang korang dah beli..,.sekejap-sekejap hilang...begitu juga dengan ketip kuku.. lebih-lebih lagi bila anak ramai..bila tanya semua tak mengaku..., biasanya bila nak guna masa tuu lah cari tak jumpa..dan bila cari barang lain masa tuu lah, tak satu- satu bendalah ni terjumpa...bila dikumpul menimbun banyaknya....tapi sejak aku cuba cara ini..ia sungguh berkesan...seingat aku dah lebih sepuluh tahun sikat aku tak hilang-hilang..he he...



Tapi sekarang aku ada masalah baru..cermin mata, handphone dan kunci pulak yang selalu hilang...ish..ish handphone tu kalau kat mode biasa senanglah jugak nak cari...yang leceh bila bateri habis atau terletak dalam 'silent mode'...sikit punya haru nak mencari...ada sesapa nak bagi tips kat aku ha..ha...

Thursday, July 21, 2011

Mana keperihatinan kita...?

Aku tak tau, tetiba je darah aku menyirap..".Hallo kawan kalau wa campak sampah depan rumah lu, lu marah tak..?!"...Mujur bila ditegur dikutip balik sampah yang dibuang tu...ada ke selamba je apik muda ni  campak poster yang digumpal-gumpal atas jalan..macam takda hotak langsung..,.hangin betul aku tengok...aku kebetulan disitu sedang tunggu kawan apa lagi melaser le mulut aku...aku pun heran lah takkan perkara asas sebegini langsung takda kesedaran sivik... Produk sekolah mana la apik ni...?

Wednesday, July 20, 2011

Tips hidup senang 3



Berikut adalah sambungan garapan tips hidup senang...semoga sama-sama bermanfaat..

8. Bersolat Dhuha.

Amalan yang barangkali ramai terlepas pandang. Lagipun hanya solat sunat. sedangkan yang wajib pun ramai yang tak kesah, inikan pula yang sunat..Untuk maklumat lanjut perihal solat ni dan kelebihan type saja Solat Dhuha di enjin carian, nescaya berderet-deret maklumat perihal solat tu keluar diinternet. Ramai juga yang kata, orang tak solat pun rezeki melimpah ruah...? ada sikit kebenaran.., tapi kita sebagai orang islam bukan saja kita mau bahagia didunia..kita mau bahagia diakhirat juga...

9. Bersedeqahlah dan berzakat

Orang kedekut bukan setakat rugi didunia.. bahkan diakhirat nanti...antara alasan yang kita rayu kepada Allah SWT supaya kita dihidupkan dan kembali semula ke dunia adalah untuk memperbanyakkan sedeqah. Allah dan janji takkan rugi orang yang bersedeqah dan berzakat bahkan akan ditambah lagi dengan rezeki yang lebih baik tapi syaitan sering memperdaya kita.

10. Paling penting... Jauhi maksiat dan taat perintah Allah SWT

Kita insan lemah, oleh itu jomlah berdoa dan menjuruskan kita menjadi orang yang taat perintah Allah..Amin...

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk diri aku dan pembaca sekelian...

Tuesday, July 19, 2011

Lagi eksiden di laluan bayangan maut...

Mintak izin kepada Sdr Sham, Ondscene sebab guna istilah beliau..aku tunggu-tunggu juga kot-kot ada berita bergambar dari blog beliau.....kemalangan melibatkan geng skuter aku...penonggang patah kaki, pembonceng, anak beliau kritikal di ICU Hospital Sg Buloh. Kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas berdekatan jalan susur Bukit Tagar...

Menurut geng-geng lain yang berkonvoi bersamanya memberitahu skuter Piaggio x9 500cc hilang kawalan semasa aksi kejar mengejar dengan motor ER6N...yang tak best nya skuter ni dipinjam dari sahabat aku juga ...Untuk pengetahuan skuter ni dah 3 kali terlibat kemalangan besar...pertama dulu semasa ride dengan aku di Jalan Tapah ke Cameron Highland...tersenggol dengar Hilux bawak durian...masa ni cubaan memotong diselekoh, gagal...fork bengkok teruk langsung tak boleh jalan..mujur orang selamat...kedua semasa ride ke Frazer Hill, skuter terjun longkang konkrit...juga semasa ambil lap diselekoh dan ke tiga yang ini. Dengar khabar skuter 'total lost'.

Skuter ber CC besar memang sedap bawak, tapi karakter skuter tak sama macam motor biasa...sebab tayar dia kecik dan kedua-dua brek depan dan belakang adalah menggunakan tangan maka mudah sangat membuang semasa membrek cemas...ini ciri-ciri skuter yang aku tak berapa suka...Tapi kalau dah nak jadi, sistem canggih macamanapun tetap akan jadi...tak kita yang salah, orang lain pulak yang buat salah...

Kepada geng aku tu semoga cepat sembuh dan anak beliau kembali normal...Kepada pengguna jalanraya lain termasuk aku, berhati-hatilah dijalan raya...Tak payahlah nak tunjuk handal dijalanraya..kalau ada yang cucuk mencucuk tu usah dilayan sangat.biarkan saja mereka berlalu pergi..Kalau dah berhati-hati tapi terjadi juga perkara tak diingini...kita pasrahlah sajalah..

Monday, July 18, 2011

Jom kumpul mata ganjaran...

Ramai yang tak ambik kesah...mungkin nampak remeh..tapi percayalah untuk jangka masa panjang memang menguntungkan...

Sekarang ni banyak kad ganjaran ditawarkan...seperti bonuslink, kad mesra, kad smile, plusmiles dsb. jangan lepaskan peluang memilikinya. Aku baru saja tebus MP4 jenama PHILIPS..tak silap aku bernilai lebih RM150 lah jugak..kira ok lah untuk anak aku yang kat asrama tu...MP3 pun ramai lagi yang berkenan, kalau tak takkan mp3 yang disimpan dalam locker asrama pun kena umpil kunci dan dirembat kawan. MP3 tu pun hadiah ganjaran satu-satunya kad kredit yang aku pakai..sebenarnya dah banyak hadiah yang aku tebus melalui mata ganjaran kad kredit ...kekadang kita tak perasan pun dah menimbun mata ganjaran..lagi pulak kebanyakkan perbelanjaan memang aku guna kad kredit saja..yang mana boleh autodebit aku buat autodebit saja..dari bayaran bil air,letrik, telifon , belian minyak petrol, barang dapor dsb...tapi masa membayar kena displinlah..disebabkan ghairah nak tebus mata ganjaran takut terlepas pandang caj baki kad yang jauh lebih mencekik darah..langsong tak berbaloi.. lagipun senang nak urus perbelanjaan guna satu saluran.. kita boleh periksa perbelanjaan melalui penyata yang diterima...

Bukan ke ada pepatah menyebut, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

Friday, July 15, 2011

Bulan duit terbang...

Bateri motor pun mahal ...! Usia 2 tahun sudah kena tukar...Bila on enjin lampu dashboard  langsung tak menyala, sistem cut off secara automatik...mekanik bagitau sistem memang macam tu untuk mengelakkan kerosakkan sensor pada motor..macam kawan aku kena..sensor brek ABS dia terus kondem sebab power bateri lemah...kalau nak tukar RM9000! ho ho..

 Hose minyak kereta dari tangki bocor...hose dah 11 tahun dipaksa tukar..


Banyak duit terbang bulan ini...hu..hu..

Minyak enjin/hitam kereta meleleh-leleh..Tukar valve sebelum oil filter- RM1250
Repair kusyen panel pintu -RM370
Repair bumper kereta dan cat semula sebab anak aku sondol tiang-RM250
Polish dan cuci bahagian dalam kereta-RM400
Tukar fuel filter dan hose bocor, minyak petrol meleleh-leleh -RM355.
Motor aku, bateri langsung kong, kena RM330...mujur pilih jenama koyoko, kalau jenama asal diorang mintak RM900...
Tukar 4 biji tayar mpv 2050...

Kejap tadi bini wa telifon bagitau kereta tak boleh start...ish ish ...mekanik dah ingatkan baru ni bateri dah sampai masa kena tukar..hu.hu.huu..duit lagiii.!

Wednesday, July 13, 2011

Ride Santai UPSI, Tanjong Malim...

Acara tertutup, kawan aku Acong  kebetulan kenalan rapat penganjur...kalau acara terbuka mau mencecah ribuan peserta.., penyertaan percuma..makan percuma..ada cabutan bertuah...trek best..kira berbaloi lah join walaupun jauh...


2 in 1...sedar-sedar air parit ni bertukor kaler..wei ko kencing yea...?!

Antara rintangan yang disajikan ditrek ini...


Tak larat tolak...jangan menaya diri...kita ride santai..

Pompuan sekarang memang handal-handal belaka...aku dah mengengkang tolak basikal naik bukit..diorang masih sengih-sengih berlari lagi...ha haa...Syabas...

Cepat-cepat...! kat hulu dah mula hujan..nanti ada yang hanyut ke kuala...kena bedal kepala air deras...!

Daripada hampir 500 peserta, wa takdalah jauh tertinggal ..dapat gak top 300..not bad apa...mereka semua orang muda..daripada ramai yang bertegur sapa boleh katakan majoriti panggil wa abang...yea..yea memang wa  lebih senior.., takpa..takpa...korang jalanlah dulu...kah..kah..

Tuesday, July 12, 2011

Saja gatal...

Tak taulah korang nampak tak apa yang aku nampak...kalau  perhati betul-betul korang akan nampak penoreh sedang menoreh...he..he.. carilah penoreh itu...
Diorang tinggal di bangsal ni yang jauh di pendalaman...aku caya permit pun takda pekerja asing nih...rumah di taman pun banyak nyamuk..kat sini lagi la maha banyak...sesapa nak lari dari hiruk pikuk kota boleh lah pacakkan bangsal disini juga...

 Stalaktite dari susu getah ..ha.haa..dia punya panjang dari alor torehan sehingga cawan lebih 2 meter ni ..entah berapa persen getah yang berjaya sampai ke cawan erk...kesian jugak kat penoreh tu kalau banyak susu  hilang kat tengah jalan...kena pulak masa tu musim daun luruh dan  kemarau ...lagi naya kalau angin kuat...silap-silap getah kering di pertengahan jalan sebelum sampai ke cawan..hu hu..huu..

Aku pun tak tau apasal gambar yang aku upload ni belang-belang tak jelas...samada komputer atau kamera aku..dah suruh anak bini tolong adjust pun serupa je hasil... Korang layan jelah gambar cacat tu lah yea...

Masa ni saja je aku nak layan badan yang dah tak larat nak sambung kayuh..kasi rehat sikit badan dan minda..ambik gambar yang bukan-bukan macam ni...ha ha..Bila kayuh kuat sikit terasa otot peha rasa meneggang semacam..,dah lumur minyak panas hampir  melecet kulit, kekejangan masih juga terasa..daripada terus jem lebih baik aku rehat sekejap. Hari Ahad baru ni aku dapat join berbasikal di trek UPSI Tanjong Malim sejauh 25 km. Dekat 500 peserta jugaklah terlibat..Trek best....!  turun naik bukit, rentas kebun kelapa sawit, getah, hutan ,sungai dsb..tapi  nak upload gambar tak mengancam langsung macam gambar di atas tu..jadi aku tangguh dulu..Last sekali ride teruk sebegini adalah 2 bulan lepas di Tasik Puteri, Rawang. sebelum aku ronda-ronda Sumatera dulu.. lepas tu terus simpan basikal tak kayuh-kayuh patut pun rasa nak tercabut kepala lutut...

Hujung bulan ni kami ada ride lagi di Broga.Semenyeh...Jomlah join..!

Monday, July 11, 2011

Insan misteri..2-samb...

Berbalik pasal kawan aku yang nampak garang tapi sempoi tu...Dia ni memiliki ciri-ciri yang aku tulis dalam tips bagaimana nak hidup senang...Membeli hartanah..., dan yang aku tak sangka hartanah yang dia beli bukan yang murah-murah..setiap satu lebih 200ribu keatas..dan itu harga 9-10 tahun dulu tau...dia bagitau dia nak tambah 2 lagi untuk cukupkan 6 supaya setiap sorang anak dia dapatlah rumah sorang sebijik nanti...Hartawan ni...! ish..ish sebab tu jangan pandang sebelah mata orang yang naik kapchai buruk..dan jangan terbeliak mata dulu kalau tengok orang berkereta canggih,berkasut kilat serta bertie dsb...pandangan zahir kekadang hanyalah ilusi...

Sebiji rumah dia yang dibeli pada harga 220 ribu di Pulau Mutiara dulu kini ditawarkan 3.5 juta oleh expatriate Perancis disebabkan lokasi yang sangat strategik...itu yang aku katakan dulu nilai harta dia melebihi 4 juta...!

Wallahualam...

Saturday, July 9, 2011

Ini pendirian aku pasal Bersih...

Aku dulu sering berbeza pendapat dengan bapak aku pasal ketegaran beliau menyokong parti pemerintah...dia sering membangkitkan budak zaman sekarang tidak pernah merasai keperitan berada dalam keadaan tidak aman dibawah penjajah..komunis dll, berbanding dia..., sebab tu bapak aku, walau bagaimana pun pendapat aku..masuk telinga kiri keluar telinga kanan...dia tak mau memperjudikan nasib cuba-cuba menukarkan keadaan yang sudah sediabaik/aman...

Bila keputusan pilihanraya ke 12 lepas..baru aku sedar betapa benarnya cakap-cakap bapak aku...riak-riak negara bergolak mula terasa seperti pergolakan politik di Perak...dan yang paling aku benci bila puak-puak ni mula mendapat kuasa..mereka mula gila kuasa..,mula besar kepala.. mula demand sana ..demand sini...walaupun begitu aku masih berpegang bahwa pembakang diperlukan untuk mengimbangi parti pemerintah...

Berbanding Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan banyak negara lain ..bertukar-tukar parti pemerintah tak jadi masalah kerana penduduk peribumi mendominasi landskap politik negara tersebut ...pendatang pun berjaya diasimilisasikan dengan penduduk tempatan sehingakan kita pun sukar mengenal mana peribumi dan mana pendatang...orang cina siam lebih siam dari siam...berbanding di Malaysia pendatang masih nak berpegang kuat dengan aspirasi masing-masing...nak bahasa sendiri, sekolah pun sendiri-sendiri tak mau campur dengan orang dsb..pada aku dah beri betis nak peha...Parti politik masih memperjuangkan keperluan etnik-etnik tertentu dan sanggup membelakangkan aspirasi nasional demi mendapat undi...

Sebab tu bila diorang nak berhimpun pasal Bersih..hmmm ..menyampah aku...!

Friday, July 8, 2011

Insan misteri-2

Harap-harap anda tak jemu membaca tulisan ini. Aku nak sambung cerita pasal insan misteri semalam..Kali ni pasal kenalan aku yang sorang ni...impresi pertama sapa-sapa saja bila bertemu dengan dia mesti tak berapa selesa tapi bila dah mula kenal akan dapat menerima sifat dia.. orangnya serius saja. Aku yang kerap berurusan dengan dia pasal kerja..pun masih merasakan dia ni cukup misteri..tak banyak cakap.,aku ingat sesapa yang kerja bawah dia mesti kecut perut..orangnya berperawakan garang..ha..ha..

Pasal penampilan dia...cukup sempoi. ber t shirt lusoh dan sandal burok saja. Pakai seluar pun terlondeh hujung kaki menyeret tanah..Tak taulah samada memang stail dia macam tu atau kebetulan semasa aku jumpa dia, dia berpakaian begitu..naik jeep cherokee 4.6 liter..beli harga 13 ribu...handal jugak berani bawak 4wd enjin cc besor..sebelum ni dia selalu bawak kancil yang ekszos pun rasa macam nak tanggal...minggu lepas aku berkesempatan sembang lama dengan dia...hari tu pun kebetulan hujan jadi daripada aku kuyup bawak motor aku ajak dia minum kat gerai di Saujana Utama, Sg Buloh..

Laa baru aku tau anak-anak dia hebat jugak pencapaian akedemik...yang sulong lelaki bakal pilot di British Airway dan belajar di England..yang no 2 perempuan buat medik di Singapura dan yang lain ada yang balajar disekolah berasrama...pendek kata terer-terer anak dia...walaupun penampilan zahir nampak macam toya .. hakikatnya dia ni hebat...sangat mengambil berat pasal pelajaran anak-anak.. hujung minggu digunakan untuk melawat anak-anak diasrama untuk memeriksa sendiri kerja sekolah anak-anak..!.he he..aku anak yang dirumah pun jarang tengok apatah lagi yang diasrama...kena tiru macam dia nihh...

Lagi, dia sangat mengambil berat pasal pelajaran agama anak-anak...untuk kelas fardu ain walaupun mendaftar tapi tak dibenarkan anak-anak pergi kesekolah agama, sebaliknya dipangil ustaz/ustazah datang kerumah mengajar ikut silibus sekolah..alasannya..anak-anak dapat tumpuan lebih berbanding dikelas yang murid tersangat ramai... dengan cara ini juga perbelanjaan akan jauh lebih murah...canggih juga kepala otak kenalan aku nih...iyalah duduk rumah mana perlu pakai seragam sekolah, duit tambang, duit poket..kalau dah 2, 3 orang anak bersekolah berapa banyak dah jimat..disamping tu ahli keluarga lain boleh memperoleh manfaat bila ustaz/ustazah mengajar dirumah..walaupun kelas tak pernah datang, bila periksa memang sah anak dia skor...bagi yang tak tau memang pening kepala..

Garang tak garang dia nih..bila anak lelaki balik bercuti dari England dia akan bawak sendiri budak tu pergi kelinik buat urine test nak tau betul ke tak anak dia cakap tak menghisap rokok...padahal dia sendiri penghisap rokok tegar...alasan dia kat anak-anak, jangan tiru macam dia...dia sudah terjebak ..daripada duit dibazirkan membeli rokok sekotak dekat RM 10 lebih baik duit simpan ..kalau sehari 10, sebulan dah berapa..? setahunn..dua tahun..ha .ha lu pikirlah sendiri...

Argh meleret pulak tulisan aku...jom ikuti sambungan di entry akan datang...walaupun bertshirt lusuh dan bersandal buruk tapi dia ni hartawan..kan aku dah bagitau sebelum ni, dia nilah yang mempunyai aset berupa hartanah melebihi RM4 juta...

Thursday, July 7, 2011

Insan misteri...1


Dah beberapa hari tertangguh untuk menulis tajuk ini, sehinggalah lah semalam bila bertemu lagi dengan insan yang aku anggap misteri...misteri menurut kacamata aku lah yea...Yang aku maksudkan misteri ini adalah penampilan seseorang tu langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar terutamanya dari segi kewangan..ada orang memang sangat berduit tapi penampilannya saangat sederhana dan ada orang sangat sengkek tapi cuba menonjolkan dirinya hebat..aku rasa ramai insan-insan seperti ini diluarsana.

Tapi yang yang pertama tu yang aku nak cerita..orang-orang seperti ini hanya terbuka rahsianya bila kita dapat bersembang lama dengan dia dan nanti sikit-sikit mula lah tau kedudukan sebenar orang tu...Sekali imbas pandang, susah nak nilai dia. mamat bangla bawak mangkok tingkat pergi kerja kilang pun nampak lagi bergaya...Insan-insan seperti ini mengajar aku untuk mempercayai 'Don't judge book by its cover..'..

Semalam aku kebetulan berjumpa dengan pesara TUDM ni di Bank Persatuan Shah Alam...pesara tentera ni bukan macam pesara awam yang lain umur 56 baru pencen..tapi tentera selepas 21tahun berkhidmat dah boleh pencen sebab tu pesara yang aku jumpa ni muda lagi..Mamat ni hanya bersandal dan berkapchai saja dari Melaka untuk urusan di KL dan singgah di Shah Alam. Saja aku tanya napa tak berkereta..." nak jimat..." simple je jawabnya...kebetulan di Bank tu hanya aku berdua je pelanggan waktu tu, kami bersembang lah lama..

"Banyak simpan di sini..?"...saja wa korek lagi..he he.." adalah..10 ribu...itu pun maksima yang bank benarkan..kalau boleh lebih nak juga tambah. kebetulan tahun ni saham boleh ditingkatkan 2 ribu lagi.., jadi dividen tahun ni ingat nak tambah pegangan.." ha ha kan jujur brader tu jawab..dia bagitau dah 7 tahun jadi pelanggan bank ni dan pulangan tak kurang 10 peratus setahun, seperti bank rakyat dividen kena keluarkan tak boleh dilabur semula kecuali bank buat tawaran tambahan saham...

Aku tau, duit 10 ribu tu bagi dia sedikit saja...sebab dia pernah kerugian 200 ribu lebih pada 2007 melabur saham disebuah koperasi yang tak diiktiraf bank negara...pernah juga dalam 4 hari duit dia lebur 24 ribu main forex...tapi itu dulu, sekarang dia cakap dah serik nak melabur ditempat yang bukan-bukan...simpan tempat selamat..sikit-sikit lama -lama jadi bukit.."Pulangan macamana..?" tanya aku lagi..", " boleh laa..sebahagian pelaburan lepaslah juga bayar bank duit kereta dan motor bulan-bulan..." Memang berduit mamat ni..itu belum duit pencen lagi..

"Jomlah beli motor besar macam saya..." saja aku nak test..he he dia cakap dia belum mahu..dia ada target lagi. melabur..melabur..dan melabur...lepas umur 50 baru nak menikmati hasil tanpa berkira lagi.. dia nak round the world..

ha ha..korang nampak tak..orang seperti ini ada wawasan..sebab tu mereka tak kesah pun penampilan sekarang dan tak tergoda dengan pujuk rayu perabih duit...peduli apa orang mau cakap..yang penting bulan-bulan duit masyuuk...!



Ikuti sambungan Insan misteri 2... kesah mamat yang dah lama aku kenal cuma minggu lepas je baru aku tau dia ni bertaraf hartawan..nilai asset rumah dia sudah melebihi RM 4 juta...

Tuesday, July 5, 2011

Kalau ku tahu...

Mekanik Bob sedang memasang besi perlindung enjin yang sangat mahal...

Helmet Shoei Multitech- dapat diskaun menarik beli di Big Bike Shop Puchong milik sdr Shahril
Mesh jacket- Beli kat Naza beli dapat harga staf..
Besi pelindung enjin-RM1200 beli on line.. Germany

Inilah barangan yang aku beli guna sebahagian duit jual skuter aku baru ni...paling tak berpuas hati beli besi pelindung enjin motor aku..dah aku survey kalau beli disini dan beli online..kalau beli disini barangan pun ambik masa lama nak dapat sebab motor suzuki aku tu berapa kerat je yang minat..jadi stok aksesori terhad..bila check di internet pulak harga memang tak jauh berbeza..jadi klik confirm jelahh beli online.. tapi aku terlupa cukai kastam memang gila...korang tau berapa cukai asal dikenakan kat besi pelindung tu..? RM460 beb..! gila..."Biar betul tuan.."...aku tunjukkan besi penghadang enjin kat pegawai kastam..."ni haa.. cuba tengok.." ., kalau peralatan canggih tu aku boleh terima, ini hanya besi penghadang enjin..!..logik ke cukai hampir sama dengan harga barang...kalau setakat 10 peratus aku boleh terima...argh mengarutlah..

Inilah masalah beli barang diluar. Silap percaturan sangat tak berbaloi membelinya...Nak salahkan kastam 100 persen pun tak boleh juga..diorang ikut buku panduan..Aku terpaksa berjumpa pegawai dari bilik ke bilik merayu supaya diturunkan cukai besi aku tu...Pihak kastam tak sepatutnya menaksir cukai barangan termasuk bayaran kos penghantaran...Dalam kes aku harga penghadang 152 Euro , postage 55 euro jumlah 207 Euro.. kastam kenakan caj asal 35% sebab silap menaksir barangan dibawah aksesori kereta. Dekat 460 tu..! Bila di ubah ke aksesori motor 25%...masih juga tinggi dekat Rm360...Rayu punya rayu dikeluarkan harga postage dari taksiran...tapi terkena juga bayar RM260...hendak tak hendak bayarlah juga...

Mujur masa aku beli tong dulu diorang taksirkan ikut kategori beg..kenalah 10 %.,kalau ikut kategori aksesori motor...naya aku..kena cukai dekat seribu tuu...! kalau macam ni punya mahal lebih baik beli dari pembekal tong PLUS yang diorang guna untuk pungut sampah kat highway..ataupun beli dari pembekal yang penoreh guna angkut getah buku..design pun tak banyak beza..he he..

Apa nak buat dulu laju je KLIK...menyesal pun tak guna...

Monday, July 4, 2011

Mungkinkah ini hasilnya...

Untuk kebanyakkan sekolah seminggu dua ini adalah hari yang sibuk. banyak sekolah mengadakan hari terbuka membincangkan prestasi pelajaran anak-anak., hari sukan sekolah dan pada hari Sabtu baru ni pulak diadakan larian 1Malaysia untuk semua sekolah.. Kami berkesempatan menghadiri hari terbuka sekolah anak aku darjah enam..tahun ini UPSR..sementara menunggu giliran bertemu guru kelas, dapat bersembang dengan penolong kanan sekolah dan beberapa orang bapa lain. Dalam banyak-banyak topik, topik ni menarik minat aku..saja aku tanya berkenaan bilangan guru lelaki dan perempuan.. kerana bila masuk perkarangan sekolah amat kurang kelihatan kelibat cikgu lelaki.."kebanyakkan sekolah guru lelaki hampir pupus"..bagitau cikgu tu..he he..nisbah cikgu perempuan jauh mengatasi bilangan guru lelaki..macam sekolah anak aku dari 94 guru hanya 13 lelaki...

Pergh nampaknya fenomena perempuan mengatasi lelaki terjadi dimana.mana...aku sebagai lelaki bimbang sebenarnya. Bimbang bila perempuan menguasai semua bidang akan menimbulkan lebih banyak masalah... ikut pandangan aku laa..kesan ketara dalam institusi perkahwinan, aku menjangkakan akan meningkatkan kadar perceraian.. Andartu dan antertu? (he he anak teruna tua) akan semakin ramai. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku...

Ini pendapat aku ok..mungkin tak sama dengan pendapat orang lain... kadar perceraian akan meningkat dengan ketara..? mengikut penilaian aku, kuasa lelaki makin terhakis...dalam sesebuah keluarga, lelaki adalah ketua keluarga. Sebagai ketua mereka mesti menguasai institusi tersebut. Bila perempuan mula berkedudukan dikebanyakan bidang diluar sana sedikit sebanyak sikap sebagai seorang ketua terbawak-bawak dalam institusi perkahwinan..dapat pulak suami yang bukan sekufu/sama taraf..perselisihan rimih akan melarat menjadi kronik...masing-masing mula menonjolkan ego...lagi pun untuk berpisah sudah tidak menjadi trauma bagi kebanyakan wanita kini kerana kedudukan ekonomi mereka yang kukuh...ringan saja mulut menuntut cerai...

Adalah lumrah bagi suami menanggung anak isteri bila isteri menjadi surirumah.. kedengaran pelik kalau suami mengungkit-ungkit tanggung jawab tersebut...Cuba korang bayangkan kalau si wanita pulak mula menjadi pencari rezeki utama...agak-agak apa terjadi...?

Wanita atau keluarga wanita/lelaki secara tak disedari akan semakin memilih bila wanita berkedudukan sementara lelaki pulak semakin takut dengan perempuan berkedudukan...ini adalah fitrah.. jadi bilangan andartu dan 'antertu' akan meningkat..dikhuatiri bila pasangan sesuai semakin sukar ditemui akan meningkat gejala tak sihat...Itu belum cerita pasal belanja perkahwinan yang semakin mahal, seiring dengan kedudukan perempuan yang semakin tinggi...ish..ish..

Sekali lagi ini pendapat aku ok..tak taulah dengan pendapat korang ...

Saturday, July 2, 2011

Tips hidup senang ..2

Ikuti sambungan tips hidup senang sebelum ini

5. Belilah hartanah

Ramai anak muda yang silap memberi keutamaan. Mereka lebih rela berhabis untuk bergaya berbanding melabur untuk kesenangan akan datang. Ramai yang sering bertukar-tukar handphone canggih seiring dengan model baru hatta sanggup berhutang kerananya. Tapi kalau dengan memiliki peralatan canggih ini akan lebih mendatangkan pendapatan..kenapa tidak..Seorang usahawan yang pakcik berpeluang menemuinya, memiliki 2 buah helikopter., selain untuk kegunaan peribadi kenderaan yang dimiliki itu dapat menjana pendapatan mewah beliau.

Ramai yang rela menyewa flat/apartmen daripada membeli sedangkan zahirnya memiliki kenderaan yang lebih mahal dari flat/apartmen itu sendiri. Elok saja duit yang terbazir melalui merokok...bergaya tak tentu hala, dikumpul untuk membayar pendahuluan membeli hartanah... Ketahuilah pelaburan yang tak akan rugi adalah hartanah. Ramai kawan-kawan pakcik yang hidup senang kini kerana membeli hartanah semasa muda...bukan 1, 2.. bahkan ada yang berbelas..!

6. Mempunyai Bisnes sendiri

Nabi dah bagitau 9/10 sumber rezeki berpunca dari perniagaan. Jadi pasanglah azam untuk memiliki bisnes sendiri. Mulakan semasa muda lagi kerana komitmen masih tak banyak. Pakcik gembira ramai anak muda kini yang berani memulakan bisnes sendiri. Pilih lah bisnes yang dekat dihati kerana anda akan seronok menguruskannya. Anda akan seronok bila telah menceburkan diri dalam bisness kerana sumber pendapatan akan masuk tak tentu masa..berapa ramai anak muda yang telah menjadi jutawan senyap..lebih-lebih lagi dizaman internet nih..Tapi perlu ingat dalam bisnes pun ada turun naik sebab tu tabungan amat penting..

Kalau dengan menyertai MLM pun boleh menjana pendapatan lebih...kenapa tidak...? selidik kesesuaian dengan jiwa anda..

7. Bersegera membayar hutang.

Berhutang memang lazat, tapi nak membayar semula adalah azab..Hanya dengan kesungguhan, hutang boleh dilangsaikan.. Masalahnya ramai yang buat-buat lupa bila berhutang...Samada hutang sedara mara, sahabat handai atau dengan institusi bank..Untuk berdaya maju mesti membuang sifat bertangguh membayar hutang.. dengan cara itu orang-orang disekeliling turut membantu memberikan modal berupa kredit terutamanya dalam bisness. Percayalah kalau adik-adik liat membayar hutang semua orang akan menjauhkan diri dari anda...nak berkembang macamana...?

Semoga Pakcik jua memperolehi manfaat dari tulisan ini..

Ikuti sambungan lagi dalam entry akan datang...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK