Tuesday, July 26, 2011

Jom join kami...!


Berikut petikan mesej kawan aku Ar Mastor yang ride bersama di Sumatera baru ni dan sekarang sedang kemaruk untuk berxpdc lagi. Dia pulak baru je sambar Bandit 1200 dari Naza..ha ..ha geng Suzi nih..Sekarang ni dia mempunyai pogram fakulti beliau di Kalimantan. sambil tu tinjau-tinjau laluan..

"
Assalamualaikum,sekarang sedang naik bas ekspress dari Pengkalan Bun ke Plangkaraya, esok jam 4 pagi baru sampai. jalan ok tapi banyak yang rosak, ada yang masih dalam pembinaan, terpaksa naik flight, kalau motor boleh naik feri, nak bawak V strom atau Bandit rasa sayang...mungkin kena bawak KTM atau KLR, pertamina tak banyak tapi minyak botol ada banyak tepi jalan- Mastor

Aku dah sampai Plangkaraya..jalan lebih baik dari kat Riau tapi tak sebaik Sumatera Barat..Kenderaan tak banyak., Ada stretch dalam pembinaan sebab selama ni tak pernah ada jalan daraat, banyak jalan air samada sungai atau terusan tapi takle sehebat Holland, aku rasa KLR atau KTM sangat sesuai..Mastor

Asalamualaikum..Firdaus Naza kata Bandit dah siap, insyaallah saya akan ambik Sabtu depan. Sekarang saya berada di Banjarmasin sedang recce untuk konvoi rentas Borneo.. Nak join kembara nanti boleh bagitau..Laluan tak teruk sangat macam di Sumatera tapi ada tempat yang tak boleh dihubungi dengan jalan darat, kena naik bot. Petang ni akan fly ke Balikpapan dan recce ke Samarinda dan Tenggarang dan lepas tu terbang ke Tarakan dan naik feri semula ke Tawau. Balik KL ikut KK- Mastor"

Pergh best..best..Destinasi xpdc berikut kami Insyaallah adalah Trans Borneo..Yea..yea tunggu kehadiran kami..Ada sesapa nak join..?

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK