Monday, July 18, 2011

Lagi eksiden di laluan bayangan maut...

Mintak izin kepada Sdr Sham, Ondscene sebab guna istilah beliau..aku tunggu-tunggu juga kot-kot ada berita bergambar dari blog beliau.....kemalangan melibatkan geng skuter aku...penonggang patah kaki, pembonceng, anak beliau kritikal di ICU Hospital Sg Buloh. Kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas berdekatan jalan susur Bukit Tagar...

Menurut geng-geng lain yang berkonvoi bersamanya memberitahu skuter Piaggio x9 500cc hilang kawalan semasa aksi kejar mengejar dengan motor ER6N...yang tak best nya skuter ni dipinjam dari sahabat aku juga ...Untuk pengetahuan skuter ni dah 3 kali terlibat kemalangan besar...pertama dulu semasa ride dengan aku di Jalan Tapah ke Cameron Highland...tersenggol dengar Hilux bawak durian...masa ni cubaan memotong diselekoh, gagal...fork bengkok teruk langsung tak boleh jalan..mujur orang selamat...kedua semasa ride ke Frazer Hill, skuter terjun longkang konkrit...juga semasa ambil lap diselekoh dan ke tiga yang ini. Dengar khabar skuter 'total lost'.

Skuter ber CC besar memang sedap bawak, tapi karakter skuter tak sama macam motor biasa...sebab tayar dia kecik dan kedua-dua brek depan dan belakang adalah menggunakan tangan maka mudah sangat membuang semasa membrek cemas...ini ciri-ciri skuter yang aku tak berapa suka...Tapi kalau dah nak jadi, sistem canggih macamanapun tetap akan jadi...tak kita yang salah, orang lain pulak yang buat salah...

Kepada geng aku tu semoga cepat sembuh dan anak beliau kembali normal...Kepada pengguna jalanraya lain termasuk aku, berhati-hatilah dijalan raya...Tak payahlah nak tunjuk handal dijalanraya..kalau ada yang cucuk mencucuk tu usah dilayan sangat.biarkan saja mereka berlalu pergi..Kalau dah berhati-hati tapi terjadi juga perkara tak diingini...kita pasrahlah sajalah..

2 comments:

  1. Menjadi peringatan semoga kita sentiasa berwaspada dan berhati hati dijalanraya. Tak kira sekecil atau sebesar mana motor kita, bahaya tetap ada. Semoga saudara kita dan anaknya cepat sembuh. Amin

    ReplyDelete
  2. betul to bro azmi...u pakai motor apa? kalau ikut tengok stail helmet mcm DP je betul ke..?

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK