click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, July 9, 2011

Ini pendirian aku pasal Bersih...

Aku dulu sering berbeza pendapat dengan bapak aku pasal ketegaran beliau menyokong parti pemerintah...dia sering membangkitkan budak zaman sekarang tidak pernah merasai keperitan berada dalam keadaan tidak aman dibawah penjajah..komunis dll, berbanding dia..., sebab tu bapak aku, walau bagaimana pun pendapat aku..masuk telinga kiri keluar telinga kanan...dia tak mau memperjudikan nasib cuba-cuba menukarkan keadaan yang sudah sediabaik/aman...

Bila keputusan pilihanraya ke 12 lepas..baru aku sedar betapa benarnya cakap-cakap bapak aku...riak-riak negara bergolak mula terasa seperti pergolakan politik di Perak...dan yang paling aku benci bila puak-puak ni mula mendapat kuasa..mereka mula gila kuasa..,mula besar kepala.. mula demand sana ..demand sini...walaupun begitu aku masih berpegang bahwa pembakang diperlukan untuk mengimbangi parti pemerintah...

Berbanding Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan banyak negara lain ..bertukar-tukar parti pemerintah tak jadi masalah kerana penduduk peribumi mendominasi landskap politik negara tersebut ...pendatang pun berjaya diasimilisasikan dengan penduduk tempatan sehingakan kita pun sukar mengenal mana peribumi dan mana pendatang...orang cina siam lebih siam dari siam...berbanding di Malaysia pendatang masih nak berpegang kuat dengan aspirasi masing-masing...nak bahasa sendiri, sekolah pun sendiri-sendiri tak mau campur dengan orang dsb..pada aku dah beri betis nak peha...Parti politik masih memperjuangkan keperluan etnik-etnik tertentu dan sanggup membelakangkan aspirasi nasional demi mendapat undi...

Sebab tu bila diorang nak berhimpun pasal Bersih..hmmm ..menyampah aku...!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK