click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, July 4, 2011

Mungkinkah ini hasilnya...

Untuk kebanyakkan sekolah seminggu dua ini adalah hari yang sibuk. banyak sekolah mengadakan hari terbuka membincangkan prestasi pelajaran anak-anak., hari sukan sekolah dan pada hari Sabtu baru ni pulak diadakan larian 1Malaysia untuk semua sekolah.. Kami berkesempatan menghadiri hari terbuka sekolah anak aku darjah enam..tahun ini UPSR..sementara menunggu giliran bertemu guru kelas, dapat bersembang dengan penolong kanan sekolah dan beberapa orang bapa lain. Dalam banyak-banyak topik, topik ni menarik minat aku..saja aku tanya berkenaan bilangan guru lelaki dan perempuan.. kerana bila masuk perkarangan sekolah amat kurang kelihatan kelibat cikgu lelaki.."kebanyakkan sekolah guru lelaki hampir pupus"..bagitau cikgu tu..he he..nisbah cikgu perempuan jauh mengatasi bilangan guru lelaki..macam sekolah anak aku dari 94 guru hanya 13 lelaki...

Pergh nampaknya fenomena perempuan mengatasi lelaki terjadi dimana.mana...aku sebagai lelaki bimbang sebenarnya. Bimbang bila perempuan menguasai semua bidang akan menimbulkan lebih banyak masalah... ikut pandangan aku laa..kesan ketara dalam institusi perkahwinan, aku menjangkakan akan meningkatkan kadar perceraian.. Andartu dan antertu? (he he anak teruna tua) akan semakin ramai. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku...

Ini pendapat aku ok..mungkin tak sama dengan pendapat orang lain... kadar perceraian akan meningkat dengan ketara..? mengikut penilaian aku, kuasa lelaki makin terhakis...dalam sesebuah keluarga, lelaki adalah ketua keluarga. Sebagai ketua mereka mesti menguasai institusi tersebut. Bila perempuan mula berkedudukan dikebanyakan bidang diluar sana sedikit sebanyak sikap sebagai seorang ketua terbawak-bawak dalam institusi perkahwinan..dapat pulak suami yang bukan sekufu/sama taraf..perselisihan rimih akan melarat menjadi kronik...masing-masing mula menonjolkan ego...lagi pun untuk berpisah sudah tidak menjadi trauma bagi kebanyakan wanita kini kerana kedudukan ekonomi mereka yang kukuh...ringan saja mulut menuntut cerai...

Adalah lumrah bagi suami menanggung anak isteri bila isteri menjadi surirumah.. kedengaran pelik kalau suami mengungkit-ungkit tanggung jawab tersebut...Cuba korang bayangkan kalau si wanita pulak mula menjadi pencari rezeki utama...agak-agak apa terjadi...?

Wanita atau keluarga wanita/lelaki secara tak disedari akan semakin memilih bila wanita berkedudukan sementara lelaki pulak semakin takut dengan perempuan berkedudukan...ini adalah fitrah.. jadi bilangan andartu dan 'antertu' akan meningkat..dikhuatiri bila pasangan sesuai semakin sukar ditemui akan meningkat gejala tak sihat...Itu belum cerita pasal belanja perkahwinan yang semakin mahal, seiring dengan kedudukan perempuan yang semakin tinggi...ish..ish..

Sekali lagi ini pendapat aku ok..tak taulah dengan pendapat korang ...

2 comments:

  1. Nampaknya itulah masalah yang sedang kita hadapi sekarang dan mungkin keadaan akan bertambah kronik pada masa akan datang...

    Lelaki perlu cepat belajar menyesuaikan diri.

    Apa pun peranan wanita terhadap pembangunan negara semakin diiktiraf sewajarnya :D

    ReplyDelete
  2. kaedah pembelajaran dan penilaian melalui peperiksaan lebih sesuai dengan orang perempuan barangkali...fitrah perempuan lebih tekun, sabar dan teliti berbanding lelaki... ank2 lelaki ni mgadap buku lama sikit dah mula lenguh kaki, lengoh otak...he he..anak-anak saya pun mcmtu..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK