Wednesday, July 27, 2011

Trailer terbabas lorong bertentangan...


Tempat kejadian di Lebuhraya Elite bertentangan dengan Wisma Rozali Shah Alam. Trailer arah Kuala Lumpur telah merempuh penghadang besi jalan dan masuk ke lorong menghala Klia. Masa kejadian, tengahari Rabu semalam..Ketika kejadian aku dalam perjalanan ke Jenjarum Banting dari Kuala Kubu Baru, bila masuk susur ke Lebuhraya Elite dari Plaza Tol Bukit Jelutong tetiba jalan sesak teruk..Mujur aku bawak motor boleh menyelit celah-celah kenderaan. Tak taulah apa punca trailer tu boleh terbabas macam ini.., tayar pecah kot..nasib baik terbabas ke kanan, nasib baik juga tak melibatkan kendaraan lain ..kalau terbabas ke kiri , sah trailer akan terjunam ke bawah jejambat nun. Tak pasti juga melibatkan kemalangan jiwa ke tak kerana setiba nya aku disitu, pemandu dah tak da...sempat ambil gambar sekejap terus beredar..berhenti lama nanti takut semakin sesak pulak kedua-dua hala laluan..Berpandukan keadaan lori, aku rasa selamat pemandu tu...

Bila bawak kenderaan terutamanya motorsikal di jalanraya, kejadian sebegini yang paling aku takut.., tetiba je kenderaan dihadapan  melintang makan jalan...masa tu pulak kita berada di belakang atau di sebelahnya...Apa yang anda boleh buat...? Orang lain punya masalah kita turut menerima musibah...sistem keselamatan canggih macamana pun tetap tak guna bila kejadian sebegini berlaku secara tiba-tiba...Pasrah dan redha sajalah..

Ya Allah selamatkan  kami ...Aminn..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK