Sunday, July 17, 2011

Jom kumpul mata ganjaran...

Ramai yang tak ambik kesah...mungkin nampak remeh..tapi percayalah untuk jangka masa panjang memang menguntungkan...

Sekarang ni banyak kad ganjaran ditawarkan...seperti bonuslink, kad mesra, kad smile, plusmiles dsb. jangan lepaskan peluang memilikinya. Aku baru saja tebus MP4 jenama PHILIPS..tak silap aku bernilai lebih RM150 lah jugak..kira ok lah untuk anak aku yang kat asrama tu...MP3 pun ramai lagi yang berkenan, kalau tak takkan mp3 yang disimpan dalam locker asrama pun kena umpil kunci dan dirembat kawan. MP3 tu pun hadiah ganjaran satu-satunya kad kredit yang aku pakai..sebenarnya dah banyak hadiah yang aku tebus melalui mata ganjaran kad kredit ...kekadang kita tak perasan pun dah menimbun mata ganjaran..lagi pulak kebanyakkan perbelanjaan memang aku guna kad kredit saja..yang mana boleh autodebit aku buat autodebit saja..dari bayaran bil air,letrik, telifon , belian minyak petrol, barang dapor dsb...tapi masa membayar kena displinlah..disebabkan ghairah nak tebus mata ganjaran takut terlepas pandang caj baki kad yang jauh lebih mencekik darah..langsong tak berbaloi.. lagipun senang nak urus perbelanjaan guna satu saluran.. kita boleh periksa perbelanjaan melalui penyata yang diterima...

Bukan ke ada pepatah menyebut, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK