Wednesday, July 6, 2011

Insan misteri...1


Dah beberapa hari tertangguh untuk menulis tajuk ini, sehinggalah lah semalam bila bertemu lagi dengan insan yang aku anggap misteri...misteri menurut kacamata aku lah yea...Yang aku maksudkan misteri ini adalah penampilan seseorang tu langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar terutamanya dari segi kewangan..ada orang memang sangat berduit tapi penampilannya saangat sederhana dan ada orang sangat sengkek tapi cuba menonjolkan dirinya hebat..aku rasa ramai insan-insan seperti ini diluarsana.

Tapi yang yang pertama tu yang aku nak cerita..orang-orang seperti ini hanya terbuka rahsianya bila kita dapat bersembang lama dengan dia dan nanti sikit-sikit mula lah tau kedudukan sebenar orang tu...Sekali imbas pandang, susah nak nilai dia. mamat bangla bawak mangkok tingkat pergi kerja kilang pun nampak lagi bergaya...Insan-insan seperti ini mengajar aku untuk mempercayai 'Don't judge book by its cover..'..

Semalam aku kebetulan berjumpa dengan pesara TUDM ni di Bank Persatuan Shah Alam...pesara tentera ni bukan macam pesara awam yang lain umur 56 baru pencen..tapi tentera selepas 21tahun berkhidmat dah boleh pencen sebab tu pesara yang aku jumpa ni muda lagi..Mamat ni hanya bersandal dan berkapchai saja dari Melaka untuk urusan di KL dan singgah di Shah Alam. Saja aku tanya napa tak berkereta..." nak jimat..." simple je jawabnya...kebetulan di Bank tu hanya aku berdua je pelanggan waktu tu, kami bersembang lah lama..

"Banyak simpan di sini..?"...saja wa korek lagi..he he.." adalah..10 ribu...itu pun maksima yang bank benarkan..kalau boleh lebih nak juga tambah. kebetulan tahun ni saham boleh ditingkatkan 2 ribu lagi.., jadi dividen tahun ni ingat nak tambah pegangan.." ha ha kan jujur brader tu jawab..dia bagitau dah 7 tahun jadi pelanggan bank ni dan pulangan tak kurang 10 peratus setahun, seperti bank rakyat dividen kena keluarkan tak boleh dilabur semula kecuali bank buat tawaran tambahan saham...

Aku tau, duit 10 ribu tu bagi dia sedikit saja...sebab dia pernah kerugian 200 ribu lebih pada 2007 melabur saham disebuah koperasi yang tak diiktiraf bank negara...pernah juga dalam 4 hari duit dia lebur 24 ribu main forex...tapi itu dulu, sekarang dia cakap dah serik nak melabur ditempat yang bukan-bukan...simpan tempat selamat..sikit-sikit lama -lama jadi bukit.."Pulangan macamana..?" tanya aku lagi..", " boleh laa..sebahagian pelaburan lepaslah juga bayar bank duit kereta dan motor bulan-bulan..." Memang berduit mamat ni..itu belum duit pencen lagi..

"Jomlah beli motor besar macam saya..." saja aku nak test..he he dia cakap dia belum mahu..dia ada target lagi. melabur..melabur..dan melabur...lepas umur 50 baru nak menikmati hasil tanpa berkira lagi.. dia nak round the world..

ha ha..korang nampak tak..orang seperti ini ada wawasan..sebab tu mereka tak kesah pun penampilan sekarang dan tak tergoda dengan pujuk rayu perabih duit...peduli apa orang mau cakap..yang penting bulan-bulan duit masyuuk...!



Ikuti sambungan Insan misteri 2... kesah mamat yang dah lama aku kenal cuma minggu lepas je baru aku tau dia ni bertaraf hartawan..nilai asset rumah dia sudah melebihi RM 4 juta...

2 comments:

  1. Rasanya ramai orang yang seperti ini sekarang.. "Low profile" :D

    Kadang-kadang mereka ini digelar golongan yang tidak menikmati kesenangan hidup..

    Apa pun yang pastinya mereka ini ada "target" yang sedang dikejar.

    ReplyDelete
  2. pastinya mereka tahu apa yang diingini...nak kata tak menikmati kesenangan ..tak juga nif..cuma tidak berlebihan dan menonjol...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK