Saturday, November 29, 2014

Seminar Pengurusan Harta PNB...

29hb November 2014 Sabtu. Hotel De Palma Inn Kuala Selangor...




Tak pasti jumlah sebenar  kehadiran peserta, tapi boleh tahan ramai.. Peserta seminar yang dijemput oleh pihak PNB cawangan Kuala Selangor berdasarkan cabutan rawak sistem komputer. Majoriti peserta adalah bumiputra sekitar 97 peratus. Peserta yang dijemput datang dari kawasan pemantauan cawangan  yang menjangkau sehingga Kuala Kubu Bahru. Aku dari Rawang menjadi antara peserta yang terjauh hadir..  Hadir secara ad hoc, membuat pendaftaran hanya sebelum seminar dimulakan, sedangkan mengikut kad jemputan peserta perlu memberi jawapan sebelum tarikh seminar..Aku tak pasti dapat hadir kerana tarikh seminar bertembung dengan perkara lain yang tidak kurang pentingnya.. Dapat membuat keputusan disaat akhir setelah berjaya  mengatasi halangan. Seminar yang berbaloi dihadiri..

 Pengisian seminar lebih kepada pendedahan bagaimana untuk menambah nilai pelaburan juga bagaimana mengurus pelaburan ditakdirkan berlaku kematian ke atas pelabur...

Unit -unit saham yang diuruskan oleh PNB kini mencecah 190 Bilion. Sebahagian besar pelabor dimaklumkan memilih  saham amanah yang memiliki NAB ( Nilai Aset Bersih)  tetap seperti ASB, ASIM, ASW dsb yang ditetapkan pada kadar RM1 seunit. Peserta turut didedahkan dengan  pelaburan berdasarkan NAB  berubah-ubah sebagaimana pasaran saham menurut sentimen pasaran semasa    tapi dalam persekitaran yang lebih selamat seperti  ASN2 dsb yang dikhabarkan mampu memberi pulangan lebih lumayan berbanding NAB tetap..Dalam pelaburan NAB berubah-ubah ini pelabur berpeluang mendapat keuntungan dari dividen juga peningkatan NAB.  Namun perlu  ingat sebagaimana saham jika ada peningkatan NAB pasti ada penyusutan NAB .  Kelebihan  lain NAB berubah ubah adalah dividen dikira berdasarkan baki terkini semasa penutupan urus niaga, berbanding dividen NAB tetap yang dikira berdasarkan purata baki bulanan...Pelabor bijak sering mengambil kira faktor ini semasa membuat transaksi tambahan atau pengurangan pelaburan...

Aku punya pendapat sendiri berhubung perkara ini terutamanya berkaitan peningkatan/penyusutan NAB...Benarlah ungkapan.., lebih tinggi risiko lebih peluang cerah untuk untung dan jangan juga lupa lebih cerah untuk rugi atau kurang untung..  Untuk pelabor awam macam aku yang memiliki sedikit pengetahuan  pasaran saham  pilih saja NAB yang tetap . Pulangan ASB dalam bentuk dividen dan bonus pun boleh tahan lebih tinggi dari simpanan biasa. Pelabor boleh saja berpeluk tubuh dan hujung tahun mengharapkan pulangan yang boleh tahan lumayan.  Namun jika mempunyai dana tambahan dan  inginkan pulangan lebih bolehlah mencuba dengan NAB yang berubah ubah tapi dalam kes ini pelabor tidak boleh menyerah bulat bulat tugasan memantau kepada agen..perlu turut aktif memantau....

Untuk memahami maksud pelabor perlu turut aktif .., Contoh kiraan ini mungkin boleh membantu...

NAB Tetap RM1

Katalah Nilai Pelaburan 1000 utk 3 tahun.

Untuk memudahkan kiraan, dividen dan bonus tahunan adalah 10 peratus

Tahun pertama

dividen + Bonus 100
Jumlah pelaburan kini 1100

Tahun kedua

dividen + Bonus 110
jumlah pelaburan kini RM 1210


Tahun ketiga

dividen + Bonus 121
jumlah pelaburan kini RM1330

 Sekarang kita tengok jika melabor berdasarkan NAB berubah ubah...

Permulaan nilai pelaburan yang sama 1 ribu unit dengan NAB awal katakan RM 1

Katakan Tahun pertama terdapat peningkatan NAB RM 1.10 semasa penutup urusniaga

 Nilai semasa pelaburan 1000 x 1.1= RM1100.

Keuntungan dari dividen.

Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga  = RM 110


Jumlah pelaburan kini  RM1220


Tahun kedua NAB melonjak lagi ke 1.3

 Nilai semasa pelaburan 1220 x 1.3= RM1586.

Keuntungan  dari dividen.

Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga  = RM 158.6

Jumlah pelaburan kini  RM1586 + 158.6= RM1744.6..!

Tahun ketiga katakan NAB merudum 0.6seunit

 Nilai semasa pelaburan 1744.6 x 0.6 = RM1046.8

Keuntungan dari dividen.

Katalah dividen 10 % semasa penutup urus niaga  = RM 104.7



Jumlah pelaburan kini  RM1046.8 + 104.7  =RM1151.46

Purata keuntungan/ kerugian untuk 3 tahun

NAB tetap (330/1000 x 100)/3 = 11 peratus setahun

NAB berubah-ubah (151.5/1000 x 100)/ 3 tahun= 5.05 peratus setahun.


Hah cuba tengok dua senario  pelaboran di atas..ternyata NAB tetap walaupun peningkatan sedikit tapi selamat berbanding yang kedua perolehan memang tinggi.. namun jika dibiarkan tanpa pemantauan tiada jaminan memberikan pulangan lebih lumayan......walaupun dalam tahun 2 yang awal terdapat lonjakan besar keuntungan untuk NAB berubah-ubah tapi keuntungan ini dimakan semula oleh penyusutan NAB di tahun ke 3...Ermm inilah peranan pengurus dana supaya pelaburan tidak terjebak dengan kerugian dengan dibantu oleh pemantauan pelabor sendiri...

Penulisan ini adalah berdasarkan pemahaman aku..mungkin berbeza atau salah dilihat dari kacamata mereka yang pakar...

Ikuti sambungan di entri akan datang...

Thursday, November 27, 2014

Hartanah Lelong...

Membeli rumah baru memang mahal. Ada alternatif beli rumah lebih murah dari harga pasaran. Rumah Lelong..Cuma kena set target berapa nilai rumah yang mau dibida. Ini penting untuk mengetahui kos keseluruhan memiliki hartanah tersebut setelah mengambil kira kos untuk membaik pulih  sehingga boleh diduduki. Kena tau  juga jumlah kos-kos tersembunyi seperti caj penyelenggaraan, cukai pintu dsb. Kekadang kos ini perlu ditanggung oleh pembeli..dan kekadang ditanggung sepenuhnya oleh pelelong.,Kena rujuk terma dan syarat diborang lelong.

Selalu juga terjadi harga lelong menjadi lebih mahal dari harga pasaran apabila ramai yang mengingini hartanah tersebut. Mungkin berbaloi sekiranya hartanah tersebut  dibeli untuk kegunaan sendiri tapi aku berpendapat  kurang berbaloi jika hartanah dibeli sebagai pelaburan..Elok saja menunggu peluang yang lain...Dalam kes hartanah lelong peluang datang banyak kali...Masalah lain dalam membeli hartanah lelong adalah pembiayaan... Tempoh masa 3 bulan diberi untuk mendapatkan pembiayaan.. Berbanding rumah yang dibeli dari pemaju, yang kekadang pembeli hanya perlu menyediakan wang pendahuluan 10 peratus dari harga hartanah, dalam kes hartanah lelong keistimewaan ini sukar diperolehi.  Pendek kata kena ada duitlah jika ingin membeli hartanah lelong...Walaupun pelaburannya besar tapi jika kena gaya, nilai yang diperolehi adalah sangat berbaloi...

Monday, November 24, 2014

Medan Ikan Bakar Pernu., Melaka



16hb November 2014




Daerah daerah di Melaka yang terletak di persisiran pantai memang terkenal dengan medan –medan ikan bakar. Pekan-pekan yang terletak di muara-muara sungai menghadap Selat Melaka sangat strategik untuk aktiviti tersebut. Sambil makan-makan pengunjung boleh menikmati keindahan  Selat Melaka.  Umbai, Serkam, Alai, Pernu sekadar menyabut beberapa nama memang sudah terkenal dengan medan ikan bakar. Baru-baru  ini kami ke Medan Ikan Bakar Pernu.

Berbanding medan makan di Umbai, Medan di Pernu beroperasi lebih awal.. Jam 5 petang sausana telah meriah…

Keindahan semula jadi juga cantik…Bot-bot nelayan atau bot penambang  memenuhi muara sungai. Di sini terdapat jeti untuk pengunjung melawat ke Pulau Besar






. Kedapatan tumbuhan paya bakau di persisiran pantai yang jika dieksploitasi boleh menyerlahkan lagi keindahan kawasan. Terdapat usaha meambah baik kawasan dengan landskap. Cuma aku berpendapat masih jauh untuk mencapai taraf nasional apatah lagi internasional. Perlu diwujudkan factor ‘wow’ untuk dinikmati pengunjung..





Bagi aku, kekemasan, kebersihan dan keceriaan kawasan dibawah  4 bintang dari keseluruhan 10.. Dicadangkan pihak penguasa tempatan menjalankan pertandingan rekabentuk untuk menaik taraf semula semua kawasan tumpuan yang boleh dipromosi kepada pengunjung dalam dan luar negara. Aku percaya ramai pengunjung  mengimpikan sausana seperti di resort percutian..Perlu dielsploitasi kehadiran pengunjung dalam dan luar yang ramai mengunjungi Melaka bersejarah untuk berhabis duit pula di medan-medan selera.

Malam itu kami berkunjung ke Gerai Paramiswara..Servis ok 6 bintang. .Tidak lama menunggu pelayan datang..,Menunggu makanan dan minuman tiba juga tidak lama.  Jika pelayan yang mengambil tempahan lebih murah dengan senyuman aku tak teragak agak member penarafan 8 bintang..hehe










. Keenakan sajian  aku beri 4 bintang.. Pari asam pedas tidak seenak yang pernah aku rasa.. Begitu juga dengan ikan kerapu masak masam manis .. Lain-lain makanan seperti ketam  sambal,  sotong , udang goring bersalut tepung maupun kerang bakar berserta kuah ok tidak menghampakan.  Harga juga berpatutan 6 orang dengan pelbagai hidangan makanan laut dan pelbagai jus buah  dikenakan caj 150…Secara keseluruhan… Sangat bernilai untuk wang anda..

26 hb November ini sesudah mengambil anak yang tamat peperiksaan SPM di Jasin, InshaAllah kami akan berkunjung  lagi ke sini  dalam lawatan ke Pulau Besar pula, pulau yang kali terakhir aku kunjungi 33 tahun dahulu…Nantikan coretan kami…


Sunday, November 23, 2014

Tragedi Tasik Biru Kundang...



Setelah lama menyepi disebabkan masalah talian internet kini dapat mengemas kini catatan diari lagi...

Sabtu , 15 Nov 2014.. beriadah berseorangan di laluan biasa. . menyusuri jalan ke Kuandang-Kuang dan kembali semula ke taman.. Adalah jarak kayuhan dalam 25k-30 km. Sebagaimana anggota manusia akan meragam apabila sesekali dikerah, begitulah terjadi dengan basikal aku..Memang agak lama tidak berkayuh..,dalam 10km terakhir, tayar mengalami kebocoran.. Terpaksa menelefon bantuan untuk meneruskan perjalanan.








Malang tidak berbau.. Kekadang semua aspek keselamatan telah kita ambil, tetapi kemalangan tetap juga berlaku.., bukan kerana  kecuaian kita, tapi orang lain. Begitulah apa yang terjadi dengan kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan basikal baru baru ini. Riadah berbasikal, melalui laluan paling tepi jalan, di pinggiran Tasik Biru Kundang  tetap mengundang kemalangan.


 Menurut saksi di tempat kejadian, anak muda bermotorsikal yang menonggang secara berbahaya merempuh penonggang basikal seorang wanita awal 20an. 


Akibat kejadian itu yang pelik penonggang basikal secara zahirnya mengalami cedera ringan tetapi penonggang , motorsikal mengalami patah tangan serta kecederaan berdarah di muka dan dahi..


Kedua dua mangsa dibawa ke Hospital Sg Buluh menaiki ambulan yang dihubungi oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Iktibar yang boleh diambil dari kejadian ini.. Bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan.. Mulakan perjalanan dengan doa.. Hanya Dia yang mempu memelihara keselamatan kita.



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK