click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, July 8, 2025

Avocado dan Durian

Hasrat bercamping di Kebun kawan Hulu Bernam 6 Julai tak kesampaian..Beliau balik Melaka untuk mengambil benih avocado Ahad itu.




Jadi tak dapat mencuba keselesaan set up baru CamperKembara yang diringkaskan.

Set up terbaru tak buang masa memasang rangka tempat tidur, cukup sekadar membaringkan tempat duduk penumpang.  Seat belakang sememangnya telah ditanggalkan untuk ruangan kargo  jadi tempat perbaringan boleh dapat rata.. Bahagian lompong seat depan letak tong supaya kaki boleh dijulurkan..Untuk tambah keselesaan alas toto dan bantal..Siap





Tak dapat bercamping tetap mengunjungi kebun keesokan hari Isnin 7hb. Rakan kebun menerima tetamu wartawan Media Selangor untuk temuramah berkenaan penananan pokok Avocado. 

Sementara menerima tetamu kita meronda dulu kebun..



Terdapat lebih 100 pokok avocado pelbagai spesis yang ditanam bersesekali dengan pokok durian dan buahan lain.





Berkongsi pengalaman ternyata pokok avocado jauh lebih mudah ditanam berbanding pokok durian..Melihat barisan pokok durian dan avocado dikebunnya ternyata pokok avocado jauh lebih sihat biarpun  penjagaan yang sama...Durian  perlukan regim  penjagaan penuh displin  pengairan, baja, kawalan penyakit  jika inginkan pokok yang subur lagi sihat...

Avocado boleh berbuah seawal 2 tahun setengah..kurang musuh tanaman, pasaran tinggi..spesis  premium harga RM 20-50 sekilo...

Kelebihan pokok avocado lagi buah pahit ketika muda jadi kurang mendapat perhatian monyet.


Rakan kebun turut menjual anak pokok avocado. Sepokok bermula dari Rm90.

Sebagai pekebun yang turut menanam berpuluh pokok durian dan bilangannya tetap menyusut biarpun telah disulam beberapa kali, ternyata benar apa yang dikongsikan. Jadi mana-mana pokok durian yang terbantut tu nampaknya bakal disulam  dengan avocado ataupun nangka yang lebih mudah dijaga..

Pokok cempedak pun susah..biarpun berkepung tayar dan jaring, babi tetap menyondol sehingga tercabut maupun patah anak pokok  hingga tiada berbaki di kebun..

Kita berkebun bukan sangat untuk berkomersil tapi lebih kepada untuk beraktiviti...Tak perlu buang masa, yang hidup akan terus dibelai yang tak serasi kita ganti..





Friday, July 4, 2025

Enggang dan Pipit...Realiti Kehidupan..


Dalam kehidupan bersosial, kita kena tahu mengukur baju di badan sendiri. Betul lah kata enggang sama enggang, pipit sama pipit...Selalunya enggang boleh bergaul dengan pipit tapi susah bagi pipit mengikuti rentak enggang...Pasti akan terbit rasa rendah diri..ini lumrah, dalam berpasangan pun disarankan mencari pasangan yang sekufu atau sama taraf.

Dalam beraktiviti melayan minat sekalipun tak dapat lari dari berkasta, jadi hati kena kental, telinga kena tebal.

Berbasikal, bermotor, kereta, bercamping dll pasti akan ada simtom ini...Kasihan jika tak tau mencari rakan sekufu...samada terpaksa berhabis mengikut rentak enggang, makan hati atau terus hilang minat dan berhenti.

'Basikal ko ni berat ada 40 kilo..?'

Hehe sekadar contoh usikan  rakan- rakan jika kita bermain basikal...Kena pula yang mengusik itu memang  enggang yang dikenali., biarpun  sekadar mengusik tapi usikan itu pasti terngiang giang dan mulalah mencari basikal ringan...

Dalam berCampercar kita dah tau kemampuan cuma setakat kenderaan yang diubahsuai sendiri, memang mencari penyakit jika cuba bergaul dengan mereka yang bermotorhome harga  puluhan apatah lagi ratusan ribu. Padahal kalau nak diikutkan kemampuan kenderaan, yang canggih tak semestinya padu...Kadang-kadang yang simple/ diubahsuai  lebih memberi kepuasan  dalam pelbagai situasi..dalam bandar boleh, ke hutan steady...

Paling penting kriteria utama mengembara mesti dipenuhi. Tempat tidur wajib selesa, keperluan lain seperti tandas boleh menggunakan tandas awam atau tandas mudah alih..memasak boleh diluar..

Penulis berpengalaman bermotor berminggu di negara orang samada menggunakan motor berCC besar atau kapcai ermm ternyata semasa mengembara dengan kapchai   jauh lebih enjoy...tapi cuba lah kita kapchai  bergaul dengan mereka yang berCC besar..gerenti pedih telinga...

Jadi enggang biarkan bersama enggang, pipit bersama pipit..


Tapak Camping Bukit Fraser

Rutin Jumaat berendam kolam air panas KKB. Solat subuh singgah di masjid dalam perjalanan ke sana..Suka berendam awal pagi sebab orang tak ramai. Bila tak ramai, satu kolam kita yang punya..nak berkuak lentang, terjun tiruk dll tak ada orang kesah. 

Biarpun kolam awam, kebersihan persekitaran terjaga, Ada kontraktor pembersihan. Setiap Khamis air kolam dikeringkan untuk pembersihan kolam.


Sebelum 8 pagi dah selesai berkubang, setengah jam hingga 40 minit sudah cukup. Sesudah itu merayau mencari tempat sarapan, di KKB ada beberapa tempat  bersarapan favorit, jemu bersarapan di tempat sama merayap jauh sikit, kekadang sampai ke Tg Malim sekitar 20 minit pemanduan.



Harini merayap ke Bukit Fraser, bersarapan sambil meninjau tempat bercamping. Sebelum itu sudah melihat perkongsian para campers di Utube.


Satu spot camperIriz percuma telah dikenal pasti tidak jauh dari kawasan tumpuan dan tandas awam namun bergantung kepada kekosongan. Setakat bercamping di dalam kereta tiada masalah, banyak lagi spot-spot lain cuma tidak dibenarkan memasang khemah luar.




Fuh jumpa dah salah satu tempat bercamping berbayar di bawah pengurusan Majlis Daerah Raub, harga sepetak cuma Rm30, di sini boleh memacak khemah di luar, cuma perlu tempahan awal. Sehingga September tiada lagi kekosongan..

Ketika kami datang para campers sedang bersiap untuk beredar..Mereka bermalam di sini selama 3 hari...


Otai otai lebih 30 tahun memilih gaya hidup begini ketika berkelapangan. Kenderaan  luaran nampak simple tapi lengkap.  Pakdin yang kini berCamperKembara pernah berkenderaan darat ke London.  Selain CamperKembara beliau juga mempunyai koleksi  camper  Toyota LandCruiser serba lengkap untuk pengembaraan  luarnegara.  



Tapak perkhemahan bawah MDR boleh ditempah melalui nombor tertera...



Selain MD Raub , Tourism Malaysia juga menyediakan tapak perkhemahan, cuma harga lebih mahal...

Balik dengan penuh semangat membara.

Ahad 6hb malam Isnin, mengulangi bercamperKembara di Puncak Serigala, kebun rakan di Hulu Selangor. 18-21hb berCamperIriz di Mersing.




Singgah di Empangan Sungai Selangor. Spot cantik untuk bercamping juga.



Sekarang ni musim durian..kita pekena durian dulu . Durian kawin sekilo Rm20... Pokok usia lebih 30 tahun..Walaupun kita orang kebun kita tak kenal jenis durian..Yang penting isi tebal,  rasa sedap lemak berkrim...


Fuh tak sabar nak bercamping ..



Wednesday, July 2, 2025

CamperIriz...



CamperKembara untuk bercamping di hutan atau kebun, CamperIriz untuk kawasan perkelahan awam yang lebih mudah di akses. Berbanding CamperKembara, CamperIriz lebih yakin untuk dibawa ke destinasi jauh. Kembara biarpun kuat, adat kenderaan lama, pergerakan tidak lagi lincah...jika dibawa mendaki berliku penukaran gear auto sangat lembab, marah orang yang mengekori di belakang...



Setakat bercamping berseorangan kereta kecil sudah memadai, yang paling penting boleh berbaring kaki lurus untuk tidur yang selesa...


Iriz hanya perlukan sedikit ubah suai untuk dijadikan campercar ringkas., pengalaman membuat CamperKembara dijadikan pedoman. Banyak kelengkapan seperti katil lipat boleh dibeli online.

Keperluan camping Kembara  boleh dimanfaatkan.


Untuk melindungi pemandangan luar gunakan langsir..




Berkesempatan bersembang dengan kaki campervan, mereka memaklumkan untuk tidur yang selesa hanya perlukan pengaliran udara di dalam kabin. Jadi cukup perlukan buka sedikit cermin tingkap dan alirkan  udara panas keluar dari kabin menggunakan kipas/exhaust fan. 3,4 jam awal pengaliran udara menggunakan kipas/exhaust fan  bateri sudah memadai. Apabila malam makin larut persekitaran akan semakin dingin begitu juga dengan  kabin.

Keselesaan CamperIriz akan diuji pada 18-21hb ini di Mersing..Bercamping bersama 3 orang lagi rakan.

Siapa kata untuk bercampercar perlukan modal yang besar..



Tapi kalau ana kaya mau jugak bercampervan camni..

Tapi itulah ..Kalau






Tuesday, July 1, 2025

Rezeki Burung dan Tupai...


Kalau dah nama bukan rezeki, biarpun hampir dimulut akan terlepas juga.



Minggu lepas buah pisang ini masih utuh...ditongkat supaya buah sempat masak di pokok. Minggu ini menjenguk ermm habis setandan berbaki 3 biji buah saja..Kedudukan pokok yang agak terkedalam menyebabkan tak perasan buah telah ranum dan menjadi rezeki burung maupun tupai barangkali.

Rambutan pun sama...tak merasa lah kali ini..buah- buah  nak mengkal berbaki kulit..yang muda tinggal beberapa tangkai..tak berbaloi memanjat mengutip beberapa biji yang tinggal...


Pokok ini dipinggir jalan terselamat dan dituai, sebiji telah ranum dipokok. Kalau dibiarkan tak bertebang pemangsa akan beralih ke sini pula..

Tuaian terdahulu masih ada lagi sebekas, telah terlalu masak dan disejuk bekukan..bila nak buat cekodok nanti boleh dinyahbeku terlebih dahulu.



Ada sepokok lagi yang seusia yang dibiarkan dulu dalam 2,3 hari lagi sebelum ditebang...

Setandan berkongsi rezeki bersama haiwan liar, masih berbaki ini  berkongsi rezeki bersama jiranlah.

Sunday, June 29, 2025

3H2M-Ipoh D2

Bila datang ramai menginap di homestay lebih berbaloi. Berkumpul satu rumah berbanding hotel, bilik berasingan. Lagipun kemudahan homestay kini sesetengahnya sudah menyamai taraf hotel. Kini banyak apartmen servis yang dipajak menjadi rumah-rumah penginapan percutian cantik lengkap dengan kolam renang, gym dll



Homestay yang kami sewa di tengah bandar Ipoh. Pemandangan boleh tahan cantik.. 

Di tempat yang sering dikunjungi kalau tak mau merayap, masa diisi dengan melepak di rumah atau berkubang di kolam. Di Ipoh tak taulah apa lagi yang nak dikunjungi.

Berjalan di dalam negara pastinya tak sama ke tempat yang pertama kali sampai seperti luarnegara...Di luar sana terasa rugi jika pergi jauh sekadar melepak di bilik. Waktu terisi dengan jadual lawatan.




Di sini kita meluangkan  masa bersantai sambil cari tempat makan- makan..


Tempat tempat-makan selain port favorit akan merujuk dulu  carian internet..mana yang mendapat maklumbalas positif dan rating tertinggi ke situlah yang kami tuju.
 
Tengahari makan  di  Kosiswa Jalan Laksamana..Port makan tepi sungai dengan bermacam- macam juadah serta kuihmuih. 



Malam ke 2 meraikan team futsal hospital dari Perak yang mendapat tempat ke 2 dan ke 3 dari 24 pasukan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.




Hari ke 3 sesudah subuh terus bergerak balik. . Hari Ahad jika terlewat akan menempuh kesesakan bila warga kota mula kembali ke tempat masing masing..

Saturday, June 28, 2025

3H2M Ipoh...

Jumaat 27hb adalah cuti awal Muharam. Perancangan asal tidak meronda ke mana-mana memberi peluang orang lain menyesakkan jalanraya. Kita orang kebun tidak terikat dengan waktu pejabat boleh saja berpergian bila- bila masa. Bila cuti bersambung dengan cuti hujung minggu jalanraya ke semua arah akan padat.


Rupanya anak cucu Bagan Serai akan ke Ipoh mengikuti ayah yang mempunyai pogram kejohanan futsal antara hospital peringkat kebangsaan. Tak jauh dah sekitar 2jam dalam keadaan trafik biasa, kita pun mengambil kesempatan bertemu dengan cucu-cucu jauh..

Sementara menunggu cucu Wangsamaju dikirim, meneruskan rutin Jumaat berkubang air panas KKB.

 Bawak yang besar usia 4 tahun,  yang lelaki berusia 2 thn tak  bawak, tak sanggup memantau 2 orang.



Sesudah Jumaat bergerak. . Menuruti saja keinginan dengan membuatkan khemah di tempat duduk  belakang. Itupun tetap  ke depan dan ke belakang. Hah bawa sorang pun sudah bermacam kerenah bayangkan jika bawa berdua pada usia sedang lasak. 


Kepenatan/kebosanan lama sangat dalam kenderaan sehingga tertidur. Pemanduan biasa 2 jam , kalini dekat maghrib baru sampai di homestay Ipoh melebihi 4 jam pemanduan..pergh..



Anak cucu utara telah lama tiba...Gembira dapat bertemu sesama mereka...Sampai terus diajak berkubang..


 

Tak tau lagi apa nak dibuat sepanjang disini nanti, mengikuti saja pogram anak yang susun..Malam pertama tiada mood nak keluar, makan pun tempah online, dah jelak duduk lama dalam kesesakan tadi. 

Jadi kita bergolek awal..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK