click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, February 22, 2021

Kenapa AC Berais...

Dulu penulis  sering cemas bila pekerja beritahu AC kedai tidak sejuk. Terbayang dah duit yang bakal terbang. Selalunya tak lari 3 hingga 7 ratus bila memanggil orang AC datang untuk menyelenggara 2 unit AC di kedai., bergantung kepada apa yang dicadangkan untuk diservis atau menukar alatganti. Bila ilmu tiada, kita main angguk sajalah.

Sejak belajar melalui utube dan mencuba sendiri menyelenggara AC dirumah dan berjaya, perasaan cemas itu dapat ditangani dengan sedikit tenang...

Bila budak mengadu atau kita sendiri merasai AC tidak sejuk, terus cuba mengenal pasti punca ketidaksejukan itu..Biasanya mintak kena servislah tu.

Kali ini seunit AC kedai terdapat lapisan ais pada permukaan sirip indoor unit..

Merujuk Utube disyaki unit terbabit mengalami perkara berikut

1. Keadaan penapis, sirip indoor dan outdoor terlalu kotor menyebabkan udara sejuk dan panas tidak dapat di bebaskan dengan lancar

2. Blower lemah untuk meniup udara sejuk keluar dari evaporater.

3. Sensor tidak lagi sensitif untuk memberi isyarat kepada kondensor untuk menghentikan kompresor dari terus berkerja. Mengatasi masalah ini, sensor dalam bentuk rod tembaga boleh digosok dengan kertas pasir atau jika masalah masih berterusan, elok ditukar rod sensor itu..

4. Kemungkinan gas kurang pun boleh menyebabkan terbentuknys ais. Selalunya jika gas kurang dalam sistem, selain permukaan sirip indoor, paip tekanan rendah dikondensor turut akan berais...

Setelah meneliti kebarangkalian diatas, penulis berat untuk menuju perkara 1. Bermakna penyelengaraan mencuci penapis, sirip dan evaporator dan kondensor sudah memadai.

Sejak pkp 1 AC belum lagi diservis

Pengalaman servis AC dirumah dan kini sejuk yang amat, sangat  menyuntik keyakinan menyelenggara AC dikedai pula.


Ditambah dengan anak menghadiahkan penyembur air tanpa wayar, berkobar-kobar seawal 8 pagi menuju kedai..


Setelah dibersihkan, AC masih tidak sejuk juga. Semasa membersihkan unit luaran/kondensor terpandang sambungan paip  basah dan  berminyak, memungkinkan ada kebocoran gas pada sistem. 

Memandangkan tiada peralatan dan kepakaran menambah atau mengganti gas maka terpaksalah memanggil orang AC datang. 

Apabila diperiksa dan menguji tekanan gas, sah dibagitau terdapat kebocoran gas pada sistem.. Setelah pembaikan dan gas ditambah, AC kini berfungsi dengan baik..

Walaupun terpaksa juga mengeluarkan wang membaikpulih setidaknya kita tau apa yang dibaiki.

Tidak rugi belajar ilmu baru di musim PKP..





Sunday, February 21, 2021

Sup Ayam PKP...


Sekarang cuaca agak panas..Minggu ni rasanya baru sekali hujan awal pagi, itupun sekejap. Pokok bunga dalam pasu mudah terkulai layu jika tidak disiram. Daun-daun pokok dewasa pun mula berguguran.


Tengok ayam direban, terbayang keenakan dan kesegaran sup AKK bela sendiri. Letak lebih daun sup, daun bawang,  bawang goreng, dan tauge..Wah wah lazat di lahap tengah-tengah hari..


Tak tau apa rasa ayam batch kaliini..Ayam dewasa diberi sepenuhnya nasi dan jagung rebus. Sesekali dicampur sayuran.

Mau mengurangkan kebergantungan dengan dedak. Harga dedak sudah sangat mahal Rm120 untuk seguni 50kg.


Musim panas ni hampir 2 minggu, ayam betina tak ada seekor yang bertelur . Sebelum ini paling kurang dapatlah 4-5 biji sehari dari 6 ekor induk. Berterusan begini mau saja dijadikan lauk.


Batch baru 16 ekor telah dibawa masuk. Selama sebulan ini kenalah diberi makan dedak untuk tumbesaran. Setelah remaja diet pemakanan akan ditukar.


Lebih senang membeli benih anak ayam...Inkubator nampaknya semakin berkulat asyik disimpan dalam stor huhu..

Friday, February 19, 2021

Penutup Bumbung Kancil...

Aksesori kancil pun mahal. Penutup bumbung terpakai berharga antara 100-300 belum upah pasang lagi

Ada masa musim PKP ni cuba nak buat sendiri.

Tengok di kedai online harga bahan seperti berikut:-

Pvc leather 1.5m x 1.5m -rm30

Gam Dunlop Rm16

Span rm30 terbeli lebih. Sepatutnya rm 15 sudah mencukupi, 10 keping 300x450

Berus cat rm6

Kabel liner Rm10

Jumlah rm92...


Setelah mendapat anggaran ukuran, span dan pvc leather di gamkan

Huhu inilah hasil terbaik setelah bertungkus lumus selama 2 hari memasang penutup bumbung..

Nampak macam senang...rupanya tak semudah yang dijangka. Menampal penutup bumbung sangat sukar mendapatkan kemasan yang rata kerana sesudah span melekat dibumbung tersangat sukar untuk dibetulkan melainkan ditanggalkan semula sepenuhnya...huhu.

Separuh jalan terdetik juga penyesalan kenapa tidak saja dihantar ke kedai...Bila teringat kos dikedai lebih rm200 dengan bahan dari kain biasa, terubat juga penat lelah, walaupun hasil tak seberapa...

Kelebihan menggunakan pvc leather, selain mudah dibersihkan ianya juga penebat haba dan penebat bunyi yang bagus.

Bahagian berkedut digambar kelihatan sangat ketara walhal yang sebenar taklah seteruk itu...Mungkin boleh diperbaiki lagi jika ada alat pengering rambut.



Dengan penggunaan minyak hampir 15km seliter, oklah meronda dengan si Kancil. Dipandu santai sambil layan lagu...Paling syok berkancil nih, bila lenguh boleh julurkan kaki di dashboard...

Yang tak syoknya lori-lori suka sangat cucuk belakang...Taulah kereta kecik.

Dan lagi tak sanggup nak bawak meronda jauh kerana kelajuan selesa sekadar 90-100km sejam...Lebih dari itu bergegar satu badan macam duduk atas mesin urut ogawa huhu..

Wednesday, February 10, 2021

Servis AC Kancil Mudah

Praktikal menyelenggara AC kini di buat di kereta kancil. 

Jika kebiasaan servis, cooling coil dan condensor  ditanggalkan, cucian kalini ini dipermudahkan walaupun mungkin hasilnya nanti tidaklah sebaik menanggalkannya.

Banyak penjimatan  kerana dilakukan sendiri selain tiada gas terbuang disebabkan tidak membuka komponen AC.

Tanpa perlu membuka dashboard kereta, cooling coil boleh di akses melalui lubang blower yg terletak dibawah stereng 


Manakala sebelah pemuka lagi, melalui ruangan laci dashboard. Laci perlu ditanggalkan terlebih dahulu.

Peralatan yang digunakan adalah

1. Penyembur air
2. Blower elektrik
3. Lampu picit
4. Campuran pencuci

Untuk memudahkan memeriksa dan mencuci., tebuk lubang kecil di kotak cooling coil. 


Inilah dia rupa cooling coil sebelum dibersihkan.. 

Semburkan dengan cairan pencuci dan biarkan dalam 15-30 minit..

Sesudah itu sembur dengan air sehingga bersih

Gunakan blower elektrik untuk mengeringkan cucian

Cooling coil sesudah dibersihkan...Barulah AC boleh bernafas.


Tutup semula lubang yang ditebuk menggunakan kepingan plastik.

Jika ingin menyelenggara AC akan datang buka semula lubang ini.

Sementara menunggu cairan bahan kimia menanggalkan kotoran degil di komponen AC, manfaatkan waktu itu dengan mencuci seat kereta.

Kereta berusia, seat penuh dengan daki. Gunakan buih pencuci dan waterjet untuk menanggalkan kotoran degil.
 
Bahagian dalam  dibersihkan juga dan di vacum.


Huh...sudah siap nanti boleh bersiar siar dengan kancil yang comel. Hehe..

Tuesday, February 9, 2021

Memahami Fungsi Enjin...

Pada pandangan penulis, sebuah kenderaan secara asasnya mesti terdiri dari 2 sistem utama

Sistem enjin dan
Sistem penyejukan

Dari dua sistem ini ianya berkembang dengan cabang sistem lain sehingga kenderaan boleh dipandu dijalan raya .

Untuk sebuah enjin petrol asas berfungsi

1. Mesti ada campuran bahan api dan udara. Bahan api disalurkan ke kebuk pembakaran melalui sub sistem, ignition, starter dll

2. Berlakunya pembakaran  diblok pembakaran melalui mampatan bahanapi dan percikan spark plug.. Banyak sub sistem terlibat untuk proses mampatan berlaku.

3. Sebelum/semasa/sesudah, pembakaran berlaku, bagaimana suhu dan tekanan dikawal. Ketika ini sub sistem penyejukan dan ekzos berperanan.

Bila faham konsep ini, otak mudah memahami fungsi komponen- komponen sepanjang jalur sistem tersebut. 

Walau secanggih macamana pun sistem itu., kita mudah memahami fungsi penambahbaikan yang dibuat keatas  komponen asas disetiap jalur.

Owh mcam tu..owh macam ini dll

Pengguna memang kena belajar memahami asas  sistem kenderaan berfungsi.

Jika jahil, ketika kenderaan bermasalah yang reti dibuat cuma buka bonet., pandang enjin namun gelap tak tau apa yang nak ditengok. Penulis termasuk dalam kategori ini..huhu

Bila dah belajar..Setidaknya kita tau apa nak di agak bila kenderaan bermasalah.. Taklah tersalah tuju. Yang bermasalah sistem penyejukan, tapi dituju bahagian palam pencucuh/spark plug yang berada di jalur sistem berlainan. 

Kekadang yang bermasalah cuma kerosakan kecil seperti kabel longgar dan boleh dibaiki sendiri..jadi tak perlulah menunggu trak penunda datang.

Bila belajar, otak semakin jelas.

Ada yang cakap tidak semua orang boleh memahami sistem kenderaan asas berkerja, itu sebenarnya SALAH. Bila mengikuti penerangan di UTube dilengkapi dengan animasi, kita akan faham..sangat simple sebenarnya...

Namun untuk mengenal pasti kerosakan dan membaiki komponen-komponen kenderaan memang kena belajar lagi kerana tingkatan ilmunya berbeza...Ilmu teori dan praktikal adalah jauh berbeza. .

Untuk orang awam memahami konsep/teori sudah memadai.

Sunday, February 7, 2021

Bagaimana Sistem Enjin Kenderaan Berfungsi...

Malam tadi rasanya terlelap betul sekitar jam 4 pagi...sebelum tu tidur-tidur ayam...Semangat belajar pasal enjin kenderaan pula.
Macam best jer..

Sebelum ini belajar memahami bagaimana sistem penyejukan enjin berfungsi. Sekarang dah faham kenapa kereta kancil penulis overheat. Dah tau komponen apa perlu diperiksa dan diganti.

Setelah belajar pasal enjin dah mula faham macamana STARTER berkerja...iaitu mekanisma untuk menghidupkan enjin

2. Ignition system ...apa yang berlaku untuk memulakan pembakaran bahan api di blok pembakaran

3. Combustion system ..bagaimana pembakaran campuran bahanapi berlaku diblok, sehingga boleh menggerakkan kenderaan

4. Exhaust system...memahami pembuangan sisa sesudah pembakaran di kebuk/blok

5. Sekarang sedang belajar macamana carburator berkerja..Bagaimana campuran bahan api dan udara dibekalkan ke kebuk pembakaran.

6. Berikutnya injection system berkerja...perubahan teknologi dari penggunaan kaburator ke injeksi

7. Akan mendalami bagaimana Gear berfungsi.. manual dan auto

8. Sistem Brek dll

Musim PKP ni kita manfaatkan waktu terluang lah yea..


Friday, February 5, 2021

Servis Blower AC Mudah...

Servis AC semudah mencuci kenderaan.. Servis sistem luaran tidak melibatkan sistem enjin/komputer maupun cairan/gas AC.

Semua orang boleh melakukannya..

Berpandukan tutorial AC UTube, harini penulis menyelenggara Blower atau Evaporater AC. Kondenser luar alhamdulillah berfungsi dengan baik setelah diservis.

Setiap jenama AC mempunyai langkah untuk membuka penutup dan meleraikan bahagian-bahagian dalaman. Perlu dibuat dengan teliti kerana pin penyangkut selalunya mudah patah.

Gunakan utube sebagai panduan.

Skru yang ditanggalkan disimpan dan diingati dibahagian mana supaya mudah memasang semula nanti.



Untuk pencucian  maksimum leraikan semua komponen kecuali bahagian papan komputer.

Tutup bahagian enjin/komputer dengan plastik supaya tidak terkena semburan air.

Semburkan bahan kimia dalam bentuk buih pencuci dan biarkan 15-30 minit. Buih pencuci boleh dibeli di MrDiy dengan harga rm12.90 setabung.

Sembur setiap komponen  dengan air menggunakan penyembur bertekanan supaya senang tanggal kotoran..

Gosok dengan cermat menggunakan berus supaya sirip tidak terkepit . Sirip sirip ini berfungsi seperti rongga hidung. Jika tersumbat sukar untuk menyerap dan membebaskan haba.

Cuci juga komponen lain seperti penutup dll

Pasang semula semua komponen.

Selesai... Mudah bukan..

Servis AC terdapat dua kategori, minor dan major..

Kategori minor tidak melibatkan peleraian komponen..Cuci penapis dan sirip luaran blower dan kondensor saja. Biasanya menggunakan blower angin. Dipasaran harga sekitar rm90.

Servis major semua komponen dileraikan dan dicuci menggunakan bahan kimia. AC domestik, caj antara 120-150 bergantung kepada Horse Power AC.

Biasanya unit-unit dibawa turun untuk dicuci.

Jika diuji dan terdapat pengurangan tekanan, disarankan menambah gas dengan caj tambahan. Walaupun tambah tapi caj seolah menukar keseluruhan gas.

Jika unit-unit diturunkan memang dijangka gas akan berkurangan kerana kita telah mengusik sistem piping gas semasa menutup/membuka valve gas untuk menurunkan unit tersebut melainkan dilakukan dengan cermat.

Jika kita faham bagaimana AC berfungsi, semuanya boleh dilakukan sendiri tanpa perlu menurunkan unit unit terlibat untuk tidak menganggu sistem piping AC.

Melainkan terpaksa seperti AC berada di kedudukan sukar, barulah kita panggil orang luar untuk servis.

Namun jika berlebihan duit, tidak salah memanggil orang luar melakukannya supaya kegiatan ekonomi semakin rancak.

Pilihan ditangan masing-masing..







Wednesday, February 3, 2021

Bagaimana Aircond Berfungsi..


AC  terdiri dari dua komponen utama. Kompresor (unit luaran) dan Evaporater  (unit dalaman), kekadang dipanggil juga Blower 

Dengan menganggap AC berkeadaan baik,
2 perkara utama yang harus diketahui mengenai sistem AC berkerja. 


1. Tekanan didalam sistem piping dalaman dan luaran. 

2. Sistem pernafasan melalui kebersihan unit dalaman dan luaran.




Cairan/gas mengalir dari kompresor-kondensor-Evaporator-kompresor.

Dalam keadaan AC /kompresor OFF. Tekanan dipipe dalaman dan luaran adalah SAMA.

Setelah AC/ kompresor ON . Tekanan di piping Luaran akan lebih tinggi berbanding piping dalaman.

Apabila gas AC dimampatkan pada tekanan tertentu didalam kompresor ianya berubah sifat kepada cecair.

Cecair berserta haba panas mengalir melalui kelok-kelok pipe tembaga dan haba panas dibebaskan ke persekitaran luar.

Memasuki pipe dalaman Evaporator, terdapat injap sempit , ketika ini cecair tersembur dan 25 peratus cairan berubah sifat semula kepada gas dan mula membebaskan suhu sejuk dan menyerap udara panas bilik. Ketika ini pipe dalam evaporater, berada pada tekanan rendah.

Mengalir seterusnya dikelok kelok pipe tembaga evaporator, baki 75 peratus cairan bertukar sepenuhnya kepada gas.

Memasuki semula kompresor.

Kitaran ini berulang-ulang.

Ramai orang tersilap konsep, jika AC tidak sejuk pasti disebabkan gas yang kurang dan perlu ditambah. Ini tidak selalunya tepat.

Jika tiada kebocoran sistem tiada keperluan menambah gas. Jika terlebih gas, sistem tidak akan berfungsi dengan baik dan AC tetap tidak sejuk.

Servis AC cukup dengan hanya membersihkan unit kondensor (luar) dan evaporator (dalam) untuk membaiki sistem pernafasan..

Jika sirip-sirip kondensor kotor, haba panas sukar dibebaskan..sebahagiannya dibawa semula ke piping dalaman.

Diburukkan lagi sirip evaporator pun kotor, udara panas bilik tidak dapat diserap oleh sistem.

Bayangkan jika hidung tersumbat. Bukankah sukar untuk bernafas..

Oleh demikian amat penting AC diservis/dibersihkan.

Jika terdapat kebocoran dalam sistem barulah gas ditambah. Sebagaimana terlebih gas tidak baik, terkurang gas juga tidak baik.

Jika faham konsep ini mudah untuk menyelenggara AC.




Monday, February 1, 2021

Servis Aircond Mudah.....

Harini berkunjung ke MrDiy mencari barang untuk servis penghawa dingin rumah..Setelah mempelajari teori di UTube tiba masa untuk membuat praktikal.


Benar seperti kata UTubers yang berkongsi ilmu...Jika kita pandai pegang alat untuk membuka skru, tiada alasan untuk tidak pandai membuat servis AC sendiri.

Zaman ini kita bertuah sebab ramai yang berkongsi ilmu di internet dengan pelbagai bahasa, Melayu, Inggeris, Tagalog..Telegu..Hindi, Indon dll ..Tak faham bahasa, sekadar ikuti keterangan bergambar. Mau atau tidak saja untuk belajar.

Setelah
Mengikuti perkongsian ilmu, didapati sistem fungsi AC paling mudah difahami.

Jika faham sistem..Ketika membeli AC, ianya boleh dipasang secara DIY, bermula dengan pendawaian, memasukkan dan menguji tekanan gas.

Memeriksa dan menguji tekanan gas, juga tidak sukar. Peralatan boleh dibeli dengan harga mampu milik.

Jika PCB (computer board) rosak..ramai juga berkongsi ilmu bagaimana menukarnya...Harga PCB universal dibeli diatas talian juga tidak begitu mahal, kurang 50 Ringgit seunit..

Cuma kena belajar bagaimana memasangnya...

Berbalik kepada servis AC.., jika pemeriksaan mendapati tiada tanda kebocoran kepada sistem piping AC, tiada keperluan untuk mengusik gas AC. Servis cukup dengan sekadar membersihkan sistem luaran sahaja.

AC bilik penulis, selain masalah suhu tidak begitu sejuk, kompresor luar juga bergegar teruk.

Pemeriksaan mendapati skru pengikat kompresor ke braket besi langsung tiada..Patut pun bila kompresor ON , ketiadaan pengikat menyebabkan unit dan braket bergesel mengeluarkan bunyi getaran membingitkan..

Masalah ini mudah saja diatasi..kompresor diikat ke braket menggunakan skru yang dilapik dengan kepingan getah...Selesai.



Untuk mudah membersihkan sirip kondenser (sirip dan paip unit luaran) dan 'evaporater' (sirip dan paip unit dalaman) dari kotoran degil, semburkan permukaan bersirip dengan buih pembersih dan biarkan seketika dalam setengah jam sebelum disembur dengan air.

Kipas kondensor perlu ditanggalkan untuk mudah menyembur buih di keseluruhan permukaan.


Sementara itu bersihkan bahagian lain dulu.

Setelah itu bersihkan sirip. Pembersihan agak lambat mengunakan penyembur bertekanan manual...

Memang kena beli penyembur elektrik tanpa wayar.

Lihat betapa kotornya sirip kondenser...

Unit luaran selesai, esok lusa akan membersihkan unit dalaman pula..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK