Harini berkunjung ke MrDiy mencari barang untuk servis penghawa dingin rumah..Setelah mempelajari teori di UTube tiba masa untuk membuat praktikal.
Benar seperti kata UTubers yang berkongsi ilmu...Jika kita pandai pegang alat untuk membuka skru, tiada alasan untuk tidak pandai membuat servis AC sendiri.
Zaman ini kita bertuah sebab ramai yang berkongsi ilmu di internet dengan pelbagai bahasa, Melayu, Inggeris, Tagalog..Telegu..Hindi, Indon dll ..Tak faham bahasa, sekadar ikuti keterangan bergambar. Mau atau tidak saja untuk belajar.
Setelah
Mengikuti perkongsian ilmu, didapati sistem fungsi AC paling mudah difahami.
Jika faham sistem..Ketika membeli AC, ianya boleh dipasang secara DIY, bermula dengan pendawaian, memasukkan dan menguji tekanan gas.
Memeriksa dan menguji tekanan gas, juga tidak sukar. Peralatan boleh dibeli dengan harga mampu milik.
Jika PCB (computer board) rosak..ramai juga berkongsi ilmu bagaimana menukarnya...Harga PCB universal dibeli diatas talian juga tidak begitu mahal, kurang 50 Ringgit seunit..
Cuma kena belajar bagaimana memasangnya...
Berbalik kepada servis AC.., jika pemeriksaan mendapati tiada tanda kebocoran kepada sistem piping AC, tiada keperluan untuk mengusik gas AC. Servis cukup dengan sekadar membersihkan sistem luaran sahaja.
AC bilik penulis, selain masalah suhu tidak begitu sejuk, kompresor luar juga bergegar teruk.
Pemeriksaan mendapati skru pengikat kompresor ke braket besi langsung tiada..Patut pun bila kompresor ON , ketiadaan pengikat menyebabkan unit dan braket bergesel mengeluarkan bunyi getaran membingitkan..
Masalah ini mudah saja diatasi..kompresor diikat ke braket menggunakan skru yang dilapik dengan kepingan getah...Selesai.
Untuk mudah membersihkan sirip kondenser (sirip dan paip unit luaran) dan 'evaporater' (sirip dan paip unit dalaman) dari kotoran degil, semburkan permukaan bersirip dengan buih pembersih dan biarkan seketika dalam setengah jam sebelum disembur dengan air.
Kipas kondensor perlu ditanggalkan untuk mudah menyembur buih di keseluruhan permukaan.
Sementara itu bersihkan bahagian lain dulu.
Setelah itu bersihkan sirip. Pembersihan agak lambat mengunakan penyembur bertekanan manual...
Memang kena beli penyembur elektrik tanpa wayar.
Unit luaran selesai, esok lusa akan membersihkan unit dalaman pula..
Nice :)
ReplyDeleteMekasih sis
ReplyDelete