Sunday, June 28, 2020

Durian Batu Kurau...

Setelah berbulan terkurung dek PKP harini berpeluang meronda ke Batu Kurau.



Kalau Tambun senonim dengan limau bali, Perlis dengan harumanis, Batu Kurau pula sangat popular dengan durian. Di sana musim durian sedang berada dikemuncak ketika ini. Peraih juga pembeli persendirian berduyun duyun ke sana sehingga seluruh kampung bagaikan pesta.



Aliran air gunung yang jernih sangat mempersonakan. Kalaulah kami tau suasana disini begitu indah dan menyegarkan nescaya kami bertolak awal pagi..Kebanyakan pengunjung berkubang setelah menikmati durian...




Suasana kampung yang sangat cantik..



Sempeneh Chalet..Dihujung kampong terdapat chalet chalet dan tapak perkhemahan untuk penginapan pengunjung, cuma perlu menempah awal kerana bilangan unit yang terhad.





Dizaman internet ini setiap peristiwa begitu cepat viral. Promosi jualan kebun mendapat sambutan hangat seluruh negara. Cuma disarankan berkunjunglah ketika hari biasa..dihujung minggu keadaan begitu sesak..

Orangramai barangkali membalas dendam menikmati kebebasan semula. Semasa balik jalanraya dan kawasan hentian RnR penuh sesak dengan orang ramai.

Mujurlah kami bermotor, namun dalam keadaan kenderaan bersesak  bumber ke bumper, mengawal pergerakan motor dicelahan kenderaan adalah sangat mencabar..Penulis tewas juga apabila gagal mengimbangi motor dan tumbang ketika sedang mencari ruangan parking dihentian RnR Simpang Pulai..Motor bertambah berat kerana tong kiri kanan dipenuhi dengan buahan..Mujur adik adik peniaga menolong mengangkat motor yang rebah...
  • Motor tumbang bodoh adalah perkara biasa dikalangan mat motor, lebih lebih lagi bila badan dan mental penat...Ditambah dengan usia yang makin meningkat huh cepat saja letihnya...


Ada alasan untuk selimutkan motor lagi...


Wednesday, June 24, 2020

Penternakan Ayam Kacuk Kampung....

PKP telah mengubah kehidupan ramai orang dan penulis tidak terkecuali..Strategi baru terpaksa disusun untuk meneruskan kehidupan. Tak guna merempuh halangan didepan mata sekiranya pilihan lain masih boleh dicuba.

Menternak ayam antara cabang  yang penulis ingin ceburi, kemahiran yang jauh menyimpang dari bidang kejuruteraan yang penulis miliki. 7 tahun dulu bidang gunting rambut  penulis teroka, bidang yang langsung tiada asas kemahiran..Bidang ini yang dirancang sebagai sebahagian sumber ekonomi utama ketika usia pencen terpaksa dikaji semula gara-gara terjejas teruk akibat covid 19.

Penternakan ayam dirasakan sesuai mengisi lompong akibat keterbatasan bidang gunting rambut dan sekiranya berjaya tidak teragak agak menjadikanya sebagai cabang utama.

Secara relatifnya penternakan ayam memiliki ciri-ciri ringkas yang penulis suka antaranya tidak memerlukan  pekerja ramai untuk menjaga . Pemantauan kewangan juga mudah kerana tidak melibatkan banyak transaksi dalam satu satu masa. Kitaran menuai juga tidak lama menjadikanya mudah diharungi..

Cabaran utama pastinya memastikan kos memelihara sentiasa rendah
...Kos makanan, kesihatan dan pasaran jika boleh ditangani in sha Allah bidang ini  dapat diusahakan dengan mudah.

Diatas kertas kelihatannya mudah., yang pasti teori dan suasana sebenar  tidak sama. 

Untuk permulaan penulis mensasarkan  2ribu ekor pengeluaran sebulan dan akan ditingkatkan sekiranya pengalaman semakin mantap..

Harini 25hb Jun 2020 pembinaan reban bermula. Untuk menjimatkan kos, reban menggunakan konsep reban terbuka. September dijangka  penuaian pertama  bakal memberi gambaran sebenar apakah teori dan praktikal ada lah sama.. 

Huhu harap-harap tidak banyak lari...



Sunday, June 21, 2020

Korban Pertama Ternakan Pasca PKP...


21hb Jun 2020...

 Sedar tak sedar sudah 50 hari penulis membela ayam..Kalau diikutkan tiada seorang menyokong membela ayam dirumah taman, tapi penulis buat tidak peduli...

Walaupun membela tak banyak tapi memadai untuk menimba ilmu membela ternakan diruangan sempit...

Cabaran utama pastinya bau dan lalat... Bau  tidak begitu menusuk cuma sesekali  menganggu juga .  Walaupun reban sering dibersihkan, dan disembur dengan cairan serai wangi, bau dari sisa taik ayam, sisa makanan dan bau badan ayam itu sendiri lama kelamaan memberi bau yang tidak enak juga..

Koloni lalat nampaknya terkawal...ada tapi tidak banyak...mungkin penggunaan dedak yang dicampur dengan makanan diperam menggunakan EM berjaya menghindari lalat..



Mangsa korban pertama ayam jantan akibat lewat memberi rawatan berkala...Cubaan memberi  rawatan disaat akhir tidak berjaya menyelamatkan ayam ini..


Sakitnya tidak begitu teruk...Walaupun monyok tapi masih ada selera makan. Saiz  badan walaupun jantan tapi lebih kecil dari ayam betina ..


Ayam disemadikan disebelah pokok sayuran , tak dapat makan ayam dapat makan sayuran dari sumber baja bangkai ayam pun jadilah..




Mujur ada seekor lagi ayam jantan...Ayam jantan ini baru 2 tiga hari pandai berkokok.

Ayam jantan ini ketika usia 40 hari beratnya sekilo...kini berusia 50hari berat telah mencapai 1.5kg..Manakala yang betina dalam lingkungan 1.2-1.3 kg saja. Seusia 60 hari beratnya boleh mencapai  1.8-2kg untuk jantan dan 1.5kg keatas untuk betina.....Berat yang sesuai untuk dipasarkan sekiranya diternak secara komersial. Jika pemakanan teratur, berat boleh mencapai lebih awal.

Penulis sedang bersemangat  untuk membela ayam skala besar...Tempat telah dikenal pasti..Cabaran pasti ada tapi kitaran membela dari anak ayam sehingga dituai berusia 50-60 hari rasanya tidak sukar...

Inilah rahmat disebalik PKP...

Monday, June 1, 2020

Ciku Mega...

 Selasa 2hb Jun 2020

Musim pkpb ni perkara yang sama diulang tulis sebab aktiviti itu saja yang masih boleh dibuat. Jika tidak bolehlah juga menulis cerita ronda ronda.. Aktiviti itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu..Dijangka 1 hingga 2 tahun  keadaan baru beransur pulih.


Durian belanda yang dibeli secara dalam talian ok alhamdulillah mula membesar, kini ciku mega pula sedang dibawah pengawasan rapi supaya boleh hidup.


Pokok yang dibeli dalam talian juga hampir saja dibatalkan pembelian kerana penjual mengambil masa begitu lama untuk menghantar pesanan disebabkan permintaan yang tinggi...

Musim pkp ramai yang membeli secara online. Pesan 3 minggu sebelum raya pokok diperolehi seminggu sesudah raya... Risau juga pokok mati ditengah jalan. Masa tiba pokok bersisa 70 peratus untuk hidup, sebahagian daun mulai kering...




Tepi rumah ini tak lama lagi bakal berubah wajah,   sausana akan menjadi lebih hijau dipenuhi dengan tanaman. Stok baja pula kini boleh cedok saja dari reban, sikit sikit lama lama menjadi bukit.



Petua mengatakan lalat tidak begitu gemar dengan bau serai...Penanaman serai disebelah reban diharap berkesan mengurangkan koloni lalat .



Walaupun penulis tak berapa gemar menanam pokok berjangka pendek tapi  paksakan diri menanam. Kawasan sempit bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam..Pokok pokok jika disusun dengan baik akan kelihatan kemas.

Keladi penulis mula hidup ditepi anak parit .



Hehe ayam lagi kini berusia hampir sebulan. Tak sangka sangat menggemari makanan yang diperam
..Sayur berdaun yang dihabiskan dahulu..

Cuma lalat yang masih menghantui penulis huhu...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK