PKP telah mengubah kehidupan ramai orang dan penulis tidak terkecuali..Strategi baru terpaksa disusun untuk meneruskan kehidupan. Tak guna merempuh halangan didepan mata sekiranya pilihan lain masih boleh dicuba.
Menternak ayam antara cabang yang penulis ingin ceburi, kemahiran yang jauh menyimpang dari bidang kejuruteraan yang penulis miliki. 7 tahun dulu bidang gunting rambut penulis teroka, bidang yang langsung tiada asas kemahiran..Bidang ini yang dirancang sebagai sebahagian sumber ekonomi utama ketika usia pencen terpaksa dikaji semula gara-gara terjejas teruk akibat covid 19.
Penternakan ayam dirasakan sesuai mengisi lompong akibat keterbatasan bidang gunting rambut dan sekiranya berjaya tidak teragak agak menjadikanya sebagai cabang utama.
Secara relatifnya penternakan ayam memiliki ciri-ciri ringkas yang penulis suka antaranya tidak memerlukan pekerja ramai untuk menjaga . Pemantauan kewangan juga mudah kerana tidak melibatkan banyak transaksi dalam satu satu masa. Kitaran menuai juga tidak lama menjadikanya mudah diharungi..
Cabaran utama pastinya memastikan kos memelihara sentiasa rendah
...Kos makanan, kesihatan dan pasaran jika boleh ditangani in sha Allah bidang ini dapat diusahakan dengan mudah.
Diatas kertas kelihatannya mudah., yang pasti teori dan suasana sebenar tidak sama.
Untuk permulaan penulis mensasarkan 2ribu ekor pengeluaran sebulan dan akan ditingkatkan sekiranya pengalaman semakin mantap..
Harini 25hb Jun 2020 pembinaan reban bermula. Untuk menjimatkan kos, reban menggunakan konsep reban terbuka. September dijangka penuaian pertama bakal memberi gambaran sebenar apakah teori dan praktikal ada lah sama..
Huhu harap-harap tidak banyak lari...
Mudah2an projek ternakan AKK akan berjaya.
ReplyDeleteMulakan dengan skala kecil dahulu sebagai percubaan dan menimba pengalaman.
Rasanya berpada dgn jumlah itu sb jika ingin menternak skala komersil paling kurang pengeluaran sebulan 10 ribu ekor..jd dpt timba pengalaman membela satu perlima harap2 membantu menambah ilmu menternak dgn betul
Delete