Sunday, December 28, 2014

Tragedi Klia 2...




25 hb Dec 2014, Khamis

Lokasi Klia 2



Selepas pemindahan LCCT ke KLIA 2 ini pertama kali menjejakkan kaki disitu. Memang macam rusa masuk kampong… Terminal jauh lebih canggih dari terminal terdahulu. 






Walaupun telah dibesarkan terminal tetap sesak dengan pengunjung.













Dalam banyak banyak pembaharuan di terminal , penambahbaikan ini yang sangat aku hargai..hehe Dah lama dah menginginkan tandas sebegini. Kebanyakan tandas ditempat awam paip disediakan ditepi dinding yang menyebabkan lantai sentiasa basah dan berlumut. Dengan menyediakan pancuran air terus dari mangkuk tandas akan  meminimumkan air membasahi lantai.. Dengan ini pekerja pembersihan taklah asyik  mengemop lantai yang sentiasa basah...Tandas taklah berbau hapak..

Sepatutnya seluruh tandas ditempat awam maupun ditempat persendirian meniru konsep ini.  Kerja penambahbaikan di R n R lebuhraya contohnya kenapa masih mengekalkan konsep tandas lama...?


Peristiwa yang bakal diingati sempena lawatan pertama ini adalah terlupa ditingkat mana kereta diletakkan. Kebiasaannya akan mengambil gambar sebagai rujukan. Tergesa-gesa menghantar pekerja pulang ke kampong, ambil mudah, sekadar mengingati no tiang. Fuh berpeluh mencari kereta dari tingkat ke tingkat. Yang lecehnya semua tingkat mempunyai tanda tiang yang sama menggunakan susunan abjad. Dalam kegusaran mencari kenderaan, rupanya ada yang mengalami nasib  sama. Hehe…Selamat mencari lah yea..


Benarlah nasihat orang tua tua..Bila sesat dihujung jalan., kembalilah ke pangkal jalan.  ..Mengingati semula menurunkan penumpang dibalai  berlepas seterusnya menuju ke tempat parking. Balai berlepas dan parking yang dituju tadi lebihkurang  sama aras…Yess . Mujur datang tadi terus saja mendapat tempat kosong.. Seandainya  aras awal penuh dan terpaksa  menuju ke aras berbeza nescaya berpinar mencari kenderaan diseluruh tingkat kawasan parking. 

Jadi kepada bakal pengunjung jangan ambil enteng mendapatkan rujukan tempat kenderaan anda. Ambil juga rujukan lift yang digunakan kerana tempat yang luas mempunyai banyak lift. Adat memasuki kawasan baru selalunya kita akan hilang arah..Ambillah langkah ini untuk mengelakkan tragedi berulang, kecuali daya ingatan anda benar-benar kuat lagi mantap ..Tapi kenapa harus mengambil risiko.. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian...

Thursday, December 25, 2014

Lagi coretan Jalan-Jalan di Gemas...


Sejujurnya banyak tempat  yang kita tidak pernah sampai di negara sendiri. Bila melalui sesuatu kawasan baru, akan kita temui nama yang sangat asing.., atau nama  yang tidak disangka mempunyai nama yang sama tapi di lokasi berbeza.. 

Dalam mencari tempat tempat menarik untuk dikunjungi di Gemas kami terpandang papantanda Kg Londah. Nama yang agak unik. Berdasarkan papan tanda di sepanjang jalan di Pekan Gemas,  kampong tersebut antara kampong –kampong  yang menawarkan pogram homestay…Ingin tahu juga apa yang menariknya di kampong tersebut.  Sayangnya setibanya kami disana kami hilang punca.. Kami tak tau ke mana harus dituju untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dua minggu sebelum itu kami pernah juga  ke Kg Pachitan di Port Dickson ..,Perkara sama terjadi . Walhal pogram homestay di kampong ini telah beberapa kali memenangi anugerah pogram homestay peringkat nasional dan pernah dibawa liputan secara langsung melalui radio aktiviti yang dijalankan di kampong tersebut.. 

Sepatutnya terdapat pusat sehenti untuk pengunjung bertanya  mengenai pogram itu.. Pusat sehenti itu seharusnya mempunyai data  peserta yang turut serta menjayakan rancangan  dan aktiviti  menarik ditawarkan didalam pogram homestay tersebut..Jika meletakkan pegawai sepenuh masa tidak ekonomikal, pampangkan saja maklumat dipapan kenyataan yang mudah diakses oleh pengunjung.  Atau memang ada tapi kami  tidak menjumpainya…Jika begitu penambahbaikan perlu dilakukan dengan memperbanyakkan  papan tanda supaya pengunjung  mudah menuju ke pusat sehenti tersebut.
  


 Dalam ralit mencari homestay kami masuk dalam kawasan sawah...Ok juga pemandangan yang menarik..Barangkali ini kot salah satu produk yang ditawarkan kepada pengunjung homestay, Merasai pengalaman bersawah..





Air untuk pengairan disedut dari sungai berhampiran menggunakan pam dan air disalirkan melalui terusan konkrit...Pengalaman dan pengetahuan baru kami yang tidak pernah bersawah


Dalam perjalanan dari Kg Londah ke Pasir Besar  kami berkesempatan singgah di ladang ternak kelulut  yang menghasilkan madu … Kami berpendapat ladang ini sangat unik..Kelulut diternak di dalam sarang yang disediakan menggunakan bongkah kayu…...     

                       



Bongkah kayu dari spesis pokok tertentu yang barangkali amat diminati oleh kelulut turut boleh dibeli diladang ini.. Yang lecehnya bongkah kayu tersebut tersangatlah mahal mencecah RM1000 bergantung kepada saiz dan jenis spesis pokok .Sebotol madu lebihkurang seliter  dijual pada harga RM60 .

Seterusnya kami menuju ke Seremban melalui Pekan Rompin- Bahau- Kuala Pilah.. Tertanya-tanya juga setahu kami Rompin adalah di Pahang. Di Negeri Sembilan pun ada juga Rompin. Inilah yang dimaksudkan diatas, nama sama tapi lokasi berbeza.. Rupanya yang di Pahang adalah Kuala Rompin…

 Singgah sebentar dikawasan rekreasi popular di Ulu Bendol . 







Sesudah itu meneruskan perjalanan ke KL melalui LEKAS…laluan alternatif  dari Seremban ke Lembah Kelang.

Sebenarnya jika kita rajin meneroka, ada saja tempat menarik  boleh dilawati yang masih tidak tertulis di mana-mana direktori. Lihatlah betapa jahilnya kita mengenai daerah daerah di negara sendiri.. Jadi eloklah  sesekali kita melalui laluan bukan lazim untuk lebih menghargai keunikan yang ada di negara sendiri.


Sekian coretan Jalan-Jalan ke Gemas…

Sunday, December 21, 2014

Suzuki Cup 2014 Final Malaysia vs Thailand..Malaysia Menang tapi Kalah..

20 Disember 2014, Sabtu

Lokasi Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Kebetulan ke Serdang pagi itu, menyinggah ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan nak beli tiket bola tapi nak tengok karnival permotoran di sana yang diadakan di perkarangan Stadium Olahraga Bukit Jalil. Karnival tamat pada Ahad 21hb Disember 2014.  Tak sangka kehangatan perlawanan akhir bola AFF Suzuki Cup sudah menyelubungi persekitaran Kompleks Sukan, seawal jam 10 pagi...bahkan mungkin awal dari itu..Ramai peminat sudah berpusu-pusu ke stadium..


 Gerai-gerai jualan sementara yang kebanyakan menjual jersey , cenderahati , makanan dll begitu meriah mempromosi barang jualan


Dengan harga jersey serendah RM10 ,  rugi jika tidak membelinya untuk berkongsi kehangatan...Kualiti pun boleh tahanlah...




Tujuan utama menyinggah ke Kompleks Bukit Jalil adalah untuk melihat karnival ini...International Motor Fairs- IMF. Tiket tak dikenakan tapi disuruh beli air dikaunter masuk. Ermm serupa beli tiketlah... Air mineral 500ml RM2.50 disamping itu dapat tiket cabutan bertuah..

 Banyak kiosk-kiosk menjual merchandize berkaitan permotoran..Pastinya motor .., helmet.. jaket, boot dll

Pelbagai aktiviti dan pameran turut diadakan...
 Pameran motor berhias...

Jualan motor pelbagai jenama dari pengedar pelbagai syarikat...Ermm sangat berkenan dengan motor yang tengah tu Yamaha Super Tenere...Berat ok..Ketinggian ok.. Ingat minggu hadapan nak test ride.


Juga perlumbaan motor cross




Hah ...Walaupun tak tengok bola  di stadium ..Kira berbaloilah membeli dan menyarong jersi negara.. Malaysia menang 3-2  tapi tak dapat jadi juara ...Apa nak buat pusingan pertama  kalah 2-0 di tempat lawan... Kejuaraan yang seolah dalam genggaman  setelah mendahulu 3-0  dirobek dihujung perlawanan. 2 jaringan lawan  di 15 minit terakhir memusnahkan impian untuk merangkul kejuaraan..Kecundang juga dengan agregat 4-3...

No problem cuba lagi di lain temasya...

Wednesday, December 17, 2014

Gemas..? Apa ada dengan Gemas...

 17hb Disember 2014, Rabu
Lokasi; Gemencheh
Per; Ujian dan temuduga untuk memasuki MRSM Ulul Albab Gemencheh.

Seawal 4.30 pagi kami telah bertolak dari KL. Melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di Simpang Ampat, sebelum menuju ke Tampin dan Gemencheh..Perlu berada di sekolah tersebut selewatnya 7.30 pagi. Perancangan tepat, jam 6.30 pagi kami telah tiba disana..Bersarapan dulu di gerai berhampiran sebelum berpatah balik semula ke sekolah untuk pendaftaran.




Dimaklumkan bermula dari Isnin 15 Disember sehingga Jumaat 19 Disember 2014 sesi ujian dan temuduga diadakan untuk memilih pelajar memasuki sekolah ini. Seramai 1700 calon telah disenarai pendek.


Dengan kualiti pembelajaran yang ditawarkan ramai yang menaruh harapan untuk terpilih..Namun hanya seramai 180 orang yang akan diterima masuk..Persoalannya apa jadi dengan calun yang gagal. Sedangkan kriteria minima 6A UPSR telah diperolehi...Bukan kita menidakkan kualiti sekolah harian biasa, Di sini, para guru terpaksa menangani pelajar yang kurang cemerlang lain dan dikhuatiri pelajar cemerlang turut akan tercicir..Pelajar cemerlang perlu dibimbing dan bersaing sesama rakan cemerlang supaya boleh mengekalkan kecemerlangan diperingkat menengah pula.. Kita tiada pilihan melainkan memperbanyakkan sekolah berkualiti..


Sessi ujian dan temuduga mengambil masa selama 2-3 jam. Banyak waktu terluang . Sementara anak saudara  menjalani saringan tersebut..Kami mengambil kesempatan meronda ronda Pekan Gemas dan persekitarannya..


Mencari juga di internet untuk melawat tempat menarik.. Tapi tak banyak yang tersenarai. Bila terpandang papan tanda Tugu Peringatan Sungai Kelamah sedang elok kami singgah sementelah pula lokasi dalam perjalanan ke Pekan Gemas


Ternyata tempat ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi..Tugu memperingati peristiwa perang dunia ke 2. Persekitaran perlu diindahkan untuk menggamit pengunjung bertandang... Papan tanda yang dipacak dikedua-dua hala sebelum tiba disini sudah cukup elok, tapi kawasan persekitaran disebelah luar seolah tidak terbela...Seeloknya lanskap menghampiri kawasan ini diindahkan untuk menarik minat pengunjung singgah.




Dihalaman tugu, ok keadaan  terbela...



 Cuma landskap dipersekitaran perlu dipertingkatkan...Sayang.. tinggalan bersejarah  tidak diketengahkan kepada orang ramai untuk sama-sama berkongsi sejarah negara...Aku yakin ramai yang tidak perasan dengan tugu ini walaupun saban kali melalui kawasan ini.

                           
 Berdasarkan nota di papan tanda, kayu ini adalah kesan tinggalan tiang jambatan yang diletupkan oleh tentera Australia untuk mengekang kehadiran tentera Jepun yang menuju ke Tampin.

Apa lagi yang menarik di Gemas..? Gemas satu satunya pekan yang boleh dihubungi dari utara , timur maupun selatan menggunakan pengangkutan keretapi...


 Pekan Gemas...
Jadi rugi jika bertandang ke Gemas jika tidak mengabadikan kenangan di stesen keretapi  hehe..


Stesen keretapi kini dengan penampilan baru yang moden.. Cuma pemerhatian aku mendapati kebesihan stesen perlu mendapat perhatian pihak pengurusan.. Kita percaya duit yang banyak dilaborkan untuk menyediakan prasarana bertaraf dunia, namun aspek penyelengaraan berkala perlu dimasukkan dalam bajet . Disamping itu orangramai perlu perihatin untuk turut sama menjaga kebersihan persekitaran.

Lagi yang kita sering dengar adalah keenakan Nasi Ayam Gemas...Sebagaimana Mee bandong yang sering dikaitkan dengan Muar, Nasi ayam, peniaga suka mengaitkannya pula dengan Gemas. Dan yang masyhur di Gemas adalah Nasi Ayam Gemas Mustafah..


Nak tau sedap atau tak cuba lah sendiri..hehe Lokasi gerai berada di tapak stesen Bas dan Teksi Gemas...

 Kami dah lapar..Apa yang ada didepan mata mestilah menyelerakan...Tak sempat nak tangkap gambar dah habis..hehe..

Ikuti coretan kami pulang ke KL melalui Rompin  Bahau dan Kuala Pilah...Apa yang menarik disana...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK