Thursday, December 25, 2014

Lagi coretan Jalan-Jalan di Gemas...


Sejujurnya banyak tempat  yang kita tidak pernah sampai di negara sendiri. Bila melalui sesuatu kawasan baru, akan kita temui nama yang sangat asing.., atau nama  yang tidak disangka mempunyai nama yang sama tapi di lokasi berbeza.. 

Dalam mencari tempat tempat menarik untuk dikunjungi di Gemas kami terpandang papantanda Kg Londah. Nama yang agak unik. Berdasarkan papan tanda di sepanjang jalan di Pekan Gemas,  kampong tersebut antara kampong –kampong  yang menawarkan pogram homestay…Ingin tahu juga apa yang menariknya di kampong tersebut.  Sayangnya setibanya kami disana kami hilang punca.. Kami tak tau ke mana harus dituju untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dua minggu sebelum itu kami pernah juga  ke Kg Pachitan di Port Dickson ..,Perkara sama terjadi . Walhal pogram homestay di kampong ini telah beberapa kali memenangi anugerah pogram homestay peringkat nasional dan pernah dibawa liputan secara langsung melalui radio aktiviti yang dijalankan di kampong tersebut.. 

Sepatutnya terdapat pusat sehenti untuk pengunjung bertanya  mengenai pogram itu.. Pusat sehenti itu seharusnya mempunyai data  peserta yang turut serta menjayakan rancangan  dan aktiviti  menarik ditawarkan didalam pogram homestay tersebut..Jika meletakkan pegawai sepenuh masa tidak ekonomikal, pampangkan saja maklumat dipapan kenyataan yang mudah diakses oleh pengunjung.  Atau memang ada tapi kami  tidak menjumpainya…Jika begitu penambahbaikan perlu dilakukan dengan memperbanyakkan  papan tanda supaya pengunjung  mudah menuju ke pusat sehenti tersebut.
  


 Dalam ralit mencari homestay kami masuk dalam kawasan sawah...Ok juga pemandangan yang menarik..Barangkali ini kot salah satu produk yang ditawarkan kepada pengunjung homestay, Merasai pengalaman bersawah..





Air untuk pengairan disedut dari sungai berhampiran menggunakan pam dan air disalirkan melalui terusan konkrit...Pengalaman dan pengetahuan baru kami yang tidak pernah bersawah


Dalam perjalanan dari Kg Londah ke Pasir Besar  kami berkesempatan singgah di ladang ternak kelulut  yang menghasilkan madu … Kami berpendapat ladang ini sangat unik..Kelulut diternak di dalam sarang yang disediakan menggunakan bongkah kayu…...     

                       



Bongkah kayu dari spesis pokok tertentu yang barangkali amat diminati oleh kelulut turut boleh dibeli diladang ini.. Yang lecehnya bongkah kayu tersebut tersangatlah mahal mencecah RM1000 bergantung kepada saiz dan jenis spesis pokok .Sebotol madu lebihkurang seliter  dijual pada harga RM60 .

Seterusnya kami menuju ke Seremban melalui Pekan Rompin- Bahau- Kuala Pilah.. Tertanya-tanya juga setahu kami Rompin adalah di Pahang. Di Negeri Sembilan pun ada juga Rompin. Inilah yang dimaksudkan diatas, nama sama tapi lokasi berbeza.. Rupanya yang di Pahang adalah Kuala Rompin…

 Singgah sebentar dikawasan rekreasi popular di Ulu Bendol . 







Sesudah itu meneruskan perjalanan ke KL melalui LEKAS…laluan alternatif  dari Seremban ke Lembah Kelang.

Sebenarnya jika kita rajin meneroka, ada saja tempat menarik  boleh dilawati yang masih tidak tertulis di mana-mana direktori. Lihatlah betapa jahilnya kita mengenai daerah daerah di negara sendiri.. Jadi eloklah  sesekali kita melalui laluan bukan lazim untuk lebih menghargai keunikan yang ada di negara sendiri.


Sekian coretan Jalan-Jalan ke Gemas…

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK