Thursday, June 16, 2011

Lawatan di candi Muara Takus...


Kami singgah di Candi Muara Takus di Kampar...laa di Sumatera pun ada Kampar jugak. Candi dibina dalam kurun ke 11 bermakna penempatan disini lagi lewat berbanding penempatan di Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai yang dipercayai dibina pada kurun ke 4 ..entah-entah orang Kampar Malaysia yang berhijrah dan membuka penempatan di Kampar Sumatera... ha ha..kena tanya dengan ahli sejarah la ni..





Candi ni wujud sebelum kedatangan Islam di sini...sekarang boleh dikatakan kesemua penduduk adalah beragama islam... Penganut buddha luar dari Thailand, Taiwan, Singapura dll masih menziarahi  ke sini untuk menjalankan upacara keagamaan mereka..Aku semakin berminat membaca kesah-kesah sejarah orang melayu sebelum kedatangan islam.. Apakah anutan agama nenek moyang kita dulu sebelum kehadiran islam... Dicandi ini terdapat platform untuk penganut berpusing mengelilingi candi...sebagaimana orang islam mengelilingi kaabah...mungkin juga agama ini dulu sedikit sebanyak mempunyai susur galur agama Nabi Ibrahim..tetapi semakin lama sudah ditokok tambah sehingga menyimpang jauh dari ajaran sebenar.. Bukankah manusia dulu sudah lama bertebaran dimukabumi....Islam dipercayai tiba di Sumatera hanya pada  kurun ke 10..ini andaian aku saja..
Gerai minuman yang diusahakan penduduk tempatan melayu Riau...pertama kali kami makan kacang goreng berperisa bawang putih..boleh tahan sedap juga rasanya...
Motor Ar Mastor pancit lagi, 1km dari bengkel ini.sesudah keluar dari lawatan candi di Muara Takus, tayar terpaksa dibuka ditepi jalan dengan bantuan mekanik kereta dan dibawa ke bengkel ini untuk ditukar dengan tiub dan tayar baru...bunga tayar beliau memang dah takda berbanding motor aku sebab tu motor dia 2 kali bocor. Aku mengambil kesempatan itu untuk menukar sproket dan rantai. caj dalam Rp100 ribu..

Menghampiri Pekan Baru...  di Sumatera pun ada bandar Kuantan...klik gambar untuk zooom dan lihat papan tanda dengan lebih jelas...banyaknya persamaan nama tempat....


Perhentian terakhir sebelum tiba di Bandar Duri...Solat dan pekena kopi panas di gerai bersebelahan masjid ini..
Ramai sungguh berbaris untuk mengisi minyak

Antara Pekan Baru dan Duri tak banyak gambar yang kami rakamkan..kiri kanan jalan banyak tanaman getah dan kelapa sawit...yang membezakannya adalah terdapat banyak kompleks carigali dan penapisan minyak daratan usahasama Pertamina dan Chevron.
Tiba di Duri dalam jam 7.30 mlm. Kami menginap di Hotel Susuka..di Bandar Duri...bandar paling hampir dengan Dumai...

2 comments:

  1. Kacang goreng berperisa bawang putih? Tentu jenama "Supernut" tu :D

    ReplyDelete
  2. ha ha..ntah x ingat jenama dia..main bedal saja..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK