Friday, July 27, 2012

Sesak...oh sesak...!

Kebiasaannya laluan antara Sg Buloh-Jln Duta atau Sg Buloh - Subang sentiasa sesak dengan kenderaan. Tapi pagi Jumaat 27hb Julai 2012 baru ni rasa macam pelik pulak perjalanan Rawang - Tol Sg Besi adalah lancar.  Mungkin disebabkan pengguna lebuhraya telah meninggalkan rumah awal sempena bulan Ramadhan ini...Kalau beginilah keadaannya elok saja tiap-tiap bulan adalah ramadhan...atau mungkin boleh diperkenalkan insentif dalam bentuk rebat tol untuk pengguna yang menggunakan lebuhraya sebelum 6 pagi. , jadi  pengguna dapat mengelakkan waktu puncak seterusnya mengurangkan kesesakan.

Kalau anda sekian perasaan, pokok-pokok di tepi lebuhraya sepanjang  laluan ini telah mula ditebang untuk memberi laluan kepada pelebaran jalan.  Lebuhraya  akan dinaik taraf dari 6 lorong kepada 8 lorong ..!. Aku setuju dengan pelebaran jalan ini, tapi aku yakin apabila siap kelak, keselesaan pengguna hanya dapat bertahan sementara saja .. Percayalah 1-2 tahun pertama sesudah siap mungkin terdapat sedikit kelegaan, selepas dari itu jalan akan kembali sesak. Sebelum ini antara langkah lain untuk mengurangkan kesesakan, kenderaan berat dihalang dari menggunakan lebuhraya  antara pukul 7-10 pagi...mula-mula diperkenalkan memang berkesan, lama-kelamaan keadaan jalan kembali seperti asal. Gunalah kaedah apa saja seperti memperkenalkan aliran kontra...keberkesanan hanya  bersifat sementara ...


Faktor utama adalah  kenderaan bertambah saban tahun. Kenderaan baru didaftarkan setahun  melebihi 500000 unit, sekiranya 10 peratus saja menokok kepada bilangan kenderaan yang berada dijalanraya sudah pastilah , jalanraya sediada tidak dapat menampung pertambahan bilangan kenderaan ini. Dalam keadaan harga kenderaan mahal, banyak kenderaan baru didaftarkan,  bayangkan kalau harga kenderaan murah...


Pihak penguasa kena bertegas. Disamping  pengangkutan awam dicekapkan, kaedah pencegahan mesti dilaksanakan. Dulu ura-ura hendak diperkenalkan 'car pool' atau mengenakan caj tambahan bila memasuki bandar utama, tapi entah kenapa tidak dilaksanakan. Memang jika diperhatikan lebih 90 peratus pengguna kenderaan adalah bersendirian. Sekarang ni wanita pun semakin ramai memandu sendirian dan tidak lagi jadi penumpang kepada para suami..Aku berpendapat elok saja dikenakan  penalti sekiranya memandu bersendirian, pandailah nanti mereka mengatur perjalanan masing-masing...


Penguasa kena berani dan pekakkan telinga dalam  melaksanakan sesuatu perubahan. Jika tidak...lebarkan dan buatlah sebanyak mana lebuhraya..hasilnya tak kemana..sesak tetap sesak...! 



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK