click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, May 1, 2011

1 pergi,1balik...

Hari minggu aje jalan mesti sibuk apatah lagi kalau bersambung dengan cuti umum...1 Mei jatuh pada hari Ahad, cuti dibawa kehadapan pada hari Isnin, jadi 3 hari cuti panjang ramai yang mengambil kesempatan membuat pelbagai aktiviti...buat kenduri kahwin, bawak keluarga bercuti dsb...semalam  aku ingat jalan ke semua destinasi selatan, utara dan timur mesti sesak...Pagi sabtu tu kami menghala ke selatan kerana ada jemputan kahwin di Pontian .Ada 7 bijik motor semuanya..Kami yang bawak motor pun terasa kesesakkannya ..yang  berkereta tu tak taulah bagaimana mereka rasa..

Bila banyak kenderaan di jalanraya ni pantang ada silap dan cuai  mesti berlaku kemalangan...sepanjang perjalanan semalam, memang banyak kemalangan kecil yang menyebabkan jalan semakin sesak tapi  kemalangan paling teruk semasa pergi adalah di 500m sebelum susur keluar ke Simpang Renggam arah selatan...sebiji kereta terbakar. jenis apa aku tak pasti. Manakala semasa balik pun serupa...kemalangan kecil banyaak tapi yang besar ada satu di  KM 118.5 ...Sebuah lori tangki yang menghala utara boleh hentam guardrail tengah lebuhraya hingga terbabas ke seberang jalan arah selatan nyaris masuk ke gaung diseberang sana . nasib baik ekor lori berada dilorong perlahan . Aku pun tak pasti melibatkan kehilangan nyawa ke tak...kalau aku berhenti pun mesti kena halau oleh polis trafik/petugas lebuhraya.

Yang aku risau bila kenderaan banyak di lebuhaya ni ialah sebahagian mereka sesuka hati menukar lorong..pantang ada ruang sikit terus mencilok. dan lagi aku amat cuak kalau pemandu bawak kenderaan hampir sangat dengan garisputih jalanraya, aku susah nak baca apa yang ada dalam benak pemikiran mereka, nak berpindah lorong ke tak..? sesetengah pemandu ramai juga yang sporting .terus menepi, buka lorong beri laluan..terimakasihlah pada mereka.

Dan juga, bila hujung minggu kenderaan pendaftaran Singapura pun banyak. terutamanya di sebelah selatan Aku pun risau jugak. ada yang bawak sikit punya laju. itu yang sekejap masuk  lorong kanan..pastu masuk lorong kiri...duduk pulau mana ada jalan panjang nak test power...ibarat merpati keluar sangkar lahh...

Sebab tu walaupun berkumpulan aku lebih suka 'free ride' daripada berkonvoi bila ke mana-mana destinasi...tentukan saja tempat nak berkumpul semula dimana...ikut kemampuan masing-masing. kekadang dek kerana nak mengekalkan gerombolan semasa berkonvoi ada rider yang menunggang diluar kemampuan...kemampuan motor dan kemampuan diri...

Aku..? aku tak kesah ...orang nak kutuk bawak slow ke hapa...pedulik sama dia..ha.ha... yang penting selamat sampai ke destinasi dengan selamat Aminn..!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK