click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 8, 2018

Jom jom Krabi Dec 2018


6hb Dis 2018. 

Percutian kali ini tidak begitu dirancang. Mengambil peluang menghantar anak melapor diri di Klinik Kesihatan Kuala Kurau dan Hospital Parit Buntar terus kami lajakkan ke Siam. 



Pemanduan ke utara walaupun bukan hari cuti tidak begitu lancar, beberapakali tersangkut jem disebabkan kemalangan kenderaan. 

Bertolak 8.30 pg hampir pukul 3 ptg tiba di Changloon. Membeli sim kad siam, insuran kenderaan dan mengisi borang eksport kenderaan dan pelawat ke Siam. Nak mudah upah saja ejen yang banyak terdapat disana. Caj upah termasuk insuran rm38. 



Mulanya ingin ke Satun dan Hatyai sebab itu tidak masuk ikut Bukit Kayu Hitam.  CIQ di Padang Besar rupanya sesak teruk sebab dalam proses naik taraf. Kami ambil keputusan bermalam di Timah Tasoh 10km dari CIQ Pdg Besar.  




Sesudah subuh 7hb terus memasuki sempadan. Alhamdulillah sedikit kesesakan saja.

Ketika memasuki CIQ Siam beberapa prosedur perlu dipatuhi. 


Ini borang membawa masuk kenderaan yang diisikan oleh ejen. 


1.Park kereta. Terdapat tempat parking di CIQ

2.Pergi ke balai ketibaan untuk cop pasport . Serahkan  kad ketibaan dan borang eksport kenderaan

3. Pergi kastam bersama geran photostat. Jika geran bukan nama pemandu kena bawa surat keizinan.

4. Kastam akan beri borang keizinan membawa masuk kenderaan. Salinan borang ini perlu diserah kembali dimana mana pintu keluar semasa keluar Thai nanti.

5. Urusan imigresen dan kastam selesai. 


Dah alang alang menyeberang sempadan Siam awal pagi terus saja tukar niat  ke Krabi.

Teruja kenapa asyik-asyik orang menyebut Krabi. Ingin melihat sendiri apa istimewanya Krabi sehinggakan ramai yang ingin ke sana. 





Transit di Hatyai untuk serapan. Selepas ini akan terus ke Krabi 4 jam perjalanan ke sana. 


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK