click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 4, 2016

Kembara Lombok Bali Day 4 dan 5

 Malam tadi tidur diferi. Jam 2 pagi bertolak dari Bali. ..Boleh saja bertolak awal..tapi feri terdahulu lebih kepada feri kargo jadi kurang selesa. Malam itu tidorlah kami di kerusi panjang..Penumpang tidak begitu ramai..Ruangan tidur banyak...Boleh juga menyewa tilam untuk tidur dilantai.







Hampir subuh tiba di Pelabuhan Lombok. Pemandu telah sedia menunggu di jeti...Check in hotel di Mataram. Hari ke 4 tidak banyak aktiviti..Penat menaiki feri malam tadi. Menghabiskan masa dengan pergi ke pusat spa.  Tukang urut lelaki dan wanita di pusat spa yang berbeza.. Mencuba urutan refleksologi juga urutan satu badan selain berbekam kering..Baik untuk buang angin badan katanya...Caj untuk pria ok ..Khidmat urutan selama sejam dikenakan bayaran 100k.. Menurut isteri dan anak-anak pula,  caj di spa  wanita boleh tahan mahal ..hampir sejuta untuk 4 orang..

Hari ke 5 melawat air terjun Teo Kelep dan Sandang Giler...Air terjun di kaki Gunung Rinjani yang berada di utara Lombok. Perjalanan dari Mataram mengambil masa 2 jam..Jarak tidaklah jauh sangat. Kelewatan disebabkan jalan yang kecil..sukar untuk memintas kenderaan.

Dalam perjalanan menikmati pemandangan pantai. Laluan berbukit dan bertebing curam disamping laut kebiruan dan ombak memutih menambah keindahan panorama.





Dalam banyak-banyak hentian, hentian Vila Hantu mencuri tumpuan..Tertanya-tanya  juga apa istimewanya vila hantu ini sehingga setiap pengunjung disaran berkunjung kesitu. Rupanya vila terbengkalai milik warga Peranchis...Pergh macam ini pun ada...Namun pemandangan dari atas vila memang cantik.. Vila terbengkalai kerana tiada kelulusan binaan oleh penguasa tempatan Lombok. Sebagaimana di Bali ramai Mat Salleh yang bermastautin di sini,, Rumah-rumah di puncak bukit kebanyakannya dimiliki oleh warga luar.terutamanya Buley / Mat salleh. Walaupun tanah tidak boleh dijual kepada warga asing ini tidak menghalang pembelian tanah rakyat tempatan...Mereka menggunakan nama warga tempatan...Sebagai imbuhan jika tanah diusahakan untuk perniagaan 20 peratus dari pendapatan  akan diberi kepada penama tersebut. Selain itu ada juga yang terus berkahwin dengan warga tempatan.

Tiba di air terjun..Untuk ke kawasan air terjun mengambil masa 30-45 minit, ..berjalan kaki melalui tebing-tebing curam juga denai- denai...Perlu berhati-hati.







Di kaki Gunung Rinjani terdapat 3 air terjun utama...Namun hanya 2 sentiasa dikunjungi. Air terjun Sandang Gile dan Air terjun Teo Kalep. Macam pelik saja namanya. Satu lagi berkedudukan sangat jauh dan menempuh laluan  sukar..



Menurut cerita rakyat..Sendang gile dulu dikenali sebagai sengang gile yang membawa maksud singa gila...Diburu setelah seringkali membuat kacau dikampung dan kemudiannya ditemui di air terjun ini...Takjubnya disini walaupun air terjun dari ketinggian lebih 30m tetapi tiada kesan kawah terbentuk di dasar sebagaimana biasanya air terjun.



Air terjun kedua Teo Kalep yang berjarak 30 minit perjalanan dari Sandeng Giler ..Teo Kalep bermaksud kolam terbang menurut  bahasa tempatan..Sedikit mudah difahami berdasarkan sausana sebenar..Air terjun dari ketinggian 60m...!



Air sejuk giler beb...Ramai pengunjung. Kebetulan bersama kami rombongan dari Malaysia seramai lebih 30 orang yang baru saju menuruni puncak Gunung Rinjani,,,Rasanya peminat tegar JDT ...Mandi manda sambil bersorakan  menyanyikan lagu JDT...

Dalam perjalanan balik melalui terowong saliran air yang dibina sejak zaman Belanda...Air dari gunung digunakan untuk kegunaan harian dan pengairan tanaman sawah padi dan lain-lain..





Sekembali dari sini akan terus ke Gili Trawangan..Gili bermaksud pulau. Akan bermalam di sana...Ikuti coretan selanjutnya.







.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK