Saturday, October 1, 2011

Ergh.. Mana kereta aku ni...?! ha.. ha..

 Petunjuk  pakir Mid Valley..


Siapa pernah terlupa letak kereta di mana.., angkat tangan...! ha ha..jangan tak mengaku pulak...banyak kes 'kehilangan' kenderaan dilapurkan ke pihak pengendali parkir awam besar seperti di KLIA atau pusat membeli belah KLCC, Mid Valley  dll.  Aku pun pernah berjam mencari kereta aku di Alamanda Putrajaya. Puas keliling, tingkat bawah hingga atas namun tak berjumpa...ish..ish Fenin..! Bila ingat -ingat balik rupanya kereta berada di parkir sayap selatan bukannya sayap utara... hah patut pun berpeluh cari tak jumpa...ini baru sesat di negara sendiri..bayangkan kalau di negara orang...macam jemaah haji yang nak ke Mekah tu...

Untuk mengatasi masalah sindrom lupa terutama bila nak bawa anak-anak berjalan dihujung minggu ni..apakata cuba kaedah ini...

1. Jangan tunjuk handal menghafal rujukan lokasi, nanti bila dah ralit berbeli belah atau menyelesaikan urusan kerja, takut-takut terlupa . Nak senang tulis saja no rujukan yang tercatat pada tiang-tiang. Jangan lupa tulis blok mana...! Macam aku kena dulu tu no rujukan di tiang sama tapi rupanya blok berbeza...!

2. Kekadang pen pulak tak bawak jadi senang snap saja gambar rujukan lokasi menggunakan phone/kamera anda...untuk lebih  senang diingati ambil saja gambar sepanjang laluan anda...ha ha.. kalau terlupa juga tayangkan lah semula foto-foto anda kepada pengendali parkir tersebut...Takkan diorang lupa juga kot..

3. Nak lagi canggih gunakan GPRS.

Hah kalau sesat cari tak jumpa  juga, balik naik teksi sajalah..ha ha..




2 comments:

  1. masa telefon tak dak kamera, mmg tulis catit save dalam draft

    kemudian skrg ni ambil je gambar...

    suami pernah 1 jam cari kereta kt KLIA, flight dari Kuantan tak sampai sejam, tp cari kereta pula berejam...

    ReplyDelete
  2. ha ha kak kujie, cakap dah.., mesti ada yang terkena juga...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK