click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, October 7, 2011

Awas...! anda pun boleh terperangkap...

Entry harini adalah lanjutan kepada entry aku bertajuk Keldai Dadah dahulu. Kalau anda belum membacanya sila klik link dibawah.

http://rempitansuperbike.blogspot.com/2011/09/keldai-dadah.html

Kita semua perlu risau dan waspada. Kalau benar apa yang dicerita oleh kenalan aku ini bermakna kita semua terdedah kepada risiko itu. Malam tadi aku bersembang panjang dengan dia. Dia yang dibebaskan setelah direman 14 hari dengan ikat jamin sebanyak RM80 ribu berserta 5 orang penjamin waris terdekat menceritakan detik bagaimana dia terkena. Bukan setakat wang jaminan dan penjamin, bahkan setiap hari dia perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dengan tempat kediaman, rumah disita, pasport ditahan dan akaun bank dibekukan sehingga kes ini selesai.

Sebenarnya kenalan aku itu ditahan bukan kerana dadah tetapi senjata api , bukan satu tapi 5 pucok berserta 15 peluru hidup dan wang tunai USD60ribu. Aku lupa pulak tanya .. pistol ke, senapang ke atau rifel...tapi aku rasa pistol sebab senjata tersebut tersorok dalam beg pakaian. Dia dituduh terlibat dengan penyeludupan senjata api..! Dia yang balik menaiki feri setelah urusan kerja di Langkawi telah berkenalan dengan pasangan berumur suami isteri. Aku rasa normal kita bersembang dan berkenalan dengan penumpang lain ..kebetulan jika tempat duduk penumpang itu berdekatan dengan kita..Diceritakan pasangan ini dari negara jiran yang ingin ke KL. Kebetulan satu haluan dengan kenalan aku, maka dipelawa menaiki kereta bersama..adalah juga teman bersembang nanti..lagipun  apa salahnya berbaik sesama manusia, lebih-lebih lagi dengan pakcik/makcik berusia.yang sangat baik penampilannya

Adat orang berkelana, selalunya siap dengan beg. pakcik/makcik diceritakan membawa dua buah beg. .dan setelah tiba di tanah besar, kenalan aku ini yang menolong membawa dan memunggah beg ke dalam kereta . Sewaktu tiba di  Pendang, Kedah kereta beliau telah dipintas oleh dua biji kenderan  polis berpakaian preman dan disini bermulanya episod duka. , ditahan reman dan menjadi kes berat polis . Pendakwaan akan dibuat pada 28hb Oktober ini.

Siapa betul siapa salah biarlah pihak bertanggong jawab menjalankan tugas mereka. Kenalan aku pun telah melantik 3 orang peguam untuk mewakilinya. Ditakdirkanlah nanti dia didapati tak bersalah, apakah episod duka ini boleh berlalu begitu saja..reputasi diri dengan jiran tetangga (apatah lagi rumah dia telah disita dan ditampal notis sebagai barang kes oleh pihak polis).,  kawan-kawan dan orang ramai pastinya terjejas, rekod peribadi tercalar..bukan jenayah kecik anak.ni..pergh berat dugaan yang ditanggong...walaupun kalau menang kes sekali pun berserta pampasan..episod duka ini pasti menghantui dirinya.

Aku pun tak maulah berspekulasi. Biarlah pihak berwajib menyiasat perkara ini. Mungkin beg itu pun bukan pakcik/makcik tu punya. Barangkali ada orang mengirim melaluinya yang dia sendiri tak tau apa kandungannya.. Ataupun mungkin kenalan aku tersalah angkut beg yang disangka pakcik/makcik tu punya..dan pakcik/makcik tu menyangka beg tu kenalan aku punya..Wallahualam. Yang pastinya ini adalah sendiket. Dalang- dalang di sebalik sendiket ni yang selalu terlepas., kerana mereka sangat licik. Yang jadi mangsa dan kambing hitam mungkin kita semua...!

Berwaspadalah...!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK