Sunday, October 2, 2011

Hidup Ibarat Roda...Ingat boleh terlepas gitu saja..?!

Peringatan ini aku tujukan untuk diri sendiri juga kepada sesiapa yang membaca coretan ini. Kita manusia biasa yang sering terlupa  disarankan supaya saling ingat mengingati...

Kepada anak-anak muda  anda selalu menganggap kekangan orang dewasa sebagai mengongkong. Padahal anda tidak sedar bahwa orang dewasa telah melalui pengalaman tersebut dan mereka inginkan yang terbaik untuk anda. Selalu terjadi kerana merasakan diri betul., anda akan membelakangkan nasihat orang dewasa. Ketahuilah suatu masa nanti anda juga akan dewasa..perkara sama akan berulang kepada anda dan barangkali nasihat anda juga akan dibakulsampahkan. Hidup ibarat roda. Barangkali tetekala dewasa  giliran ujian anda pula, merasai apa yang anda lakukan terhadap orang lebih dewasa dari anda dulu..

Skop yang lebih luas, sesuai dengan kitaran roda, sikap kita terhadap orang lain mungkin akan berbalik kepada kita suatu hari nanti..Kalau baik, baiklah.., kalau jahat, jahatlah...Kalau pun mungkin bukan orang yang kita aniaya memulangkan buah keras, ujian  didatangkan melalui orang lain pula...

Jom sama-sama kita fikirkan betul tak apa yang aku tulis ini...Sekarang ni banyak kes remaja lari dari rumah kerana tidak sebulu dangan orang tua...Pantang berselisih pendapat, packing baju terus belaah keluar rumah.. Hujung minggu baru ni pun aku terlibat membantu meleraikan masalah ini terhadap orang yang sangat rapat dengan aku. Adakah remaja ini bila dewasa kelak akan terlepas dari  diuji perkara yang sama terhadap anak-anak dia pula...? atau kalau tak diuji melalui jalan cerita yang serupa mungkin diuji melalui cara yang ada sedikit berbeza...selalunya kena tetap kena..Mungkinkah juga ujian yang menimpa si dewasa sekarang berpunca dari sikap si dewasa sewaktu muda dulu dan kini giliran telah tiba untuk dia di uji pula...? Wallahualam..

Aku ada terbaca posting dalam facebook,  walaupun tujuannya suka-suka tapi boleh diambil iktibar..posting tu lebih kurang begini

Anak: Ibu, kenapa rambut ibu mula beruban...?
Ibu : oowh tiap kesalahan anak terhadap ibu akan menyebabkan sehelai rambut ibu memutih..
Anak.: Kalau begitu mesti banyak kesalahan ibu lakukan terhadap nenek...!


Putaran hukum alam ini barangkali untuk mengingatkan kita supaya hormat-menghormati sesama insan. Kalau sebaliknya perkara sama akan terkena batang hidung sendiri kelak. Pengajarannya ..ingat sebelum buat...Wallahualam.




4 comments:

  1. Orang muda ni kebanyakkannya tak mahu berfikiran jauh. Bukan tak boleh, mungkin sudah diasuh sebegitu.

    Jadi bila ada masalah tentunya akan ambil tindakan yang tidak tepat.. selalunya tindakan tersebut akan mengusutkan lagi keadaan..

    ReplyDelete
  2. sungguh anif... bukan saja mengusutkan kepala otak bahkan menyesakkan dada...

    ReplyDelete
  3. Terlalu mengikut perasaan sebenarnya, tak berfikiran panjang dan langsung tak respek orang tua. Ikutkan perasaan marah, lantas tak menghargai perasaan orang lain..Yang kesian dan jadi mangsa merendam perasaan..orang tua..

    ReplyDelete
  4. hu hu..abn.semoga anak remaja insaf...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK