Dalam aku melayari blog-blog diinternet aku tertarik akan kesah ini, seorang pemuda melayu membeli sebuah Ferrari. Dikesahkan penyerahan kereta tersebut dibuat di sebuah warong sewaktu beliau bertemu bersama rakan-rakan. Pada aku ini menunjukkan orang kaya yang mampu beli kereta mencecah jutaan ringgit kini dah tak kesah berketerampilan sempoi berbanding dulu yang mana jika kaya sikit saja mulalah menyombong dan tak hingin menjejakkan kaki di warong-warong konon-konon menjaga imej orang kaya...ha ha..dunia telah berubah. Kekadang orang yang duit tak seberapa yang berlebih-lebih dalam menjaga imej. Tak caya cuba korang perhati...kekadang kerani cabok lebih bergaya berbanding ketua jabatan..drebar kekadang jauh lebih segak berbanding tuan yang dibawak..Anak orang yang duduk setinggan kekadang jauh bergaya dengan smartphone canggih dsb berbanding anak orang yang jauh berkemampuan yang tinggal di taman-taman..
Aku tumpang bangga...semakin ramai anak muda melayu mampu memiliki kereta jutaan ringgit. Lamborghini yang terbakar di Damansara baru ni pun adalah milik pemuda melayu, sahabat dia menceritakan pada kami semasa majlis kenduri sahabat motor aku yang nak ke Mekah baru ni..dan dikhabarkan orangnya juga amat sempoi...
Jiran kampong aku yang kini menetap di KL juga sangat berduit tapi perawakan sangat sederhana., walaupun bergelar datuk pada usia yang sangat muda tapi orang kampung sangat selesa dengan dia. Minggu lepas aku terserempak dia menaiki Bentley sport harga jutaan ringgit.
Majikan sementara aku walaupun seusia dengan aku tapi sangat kaya. dikhabarkan bayaran zakat syarikat beliau tahun lepas saja mencecah 2.5 juta . namun demikian diceritakan beliau antara orang terawal datang solat suboh berjemaah di surau di tamannya. Rumah dia..? aku nak klasifikasikan rumah apa pun aku tak tau...besar yang amat...aku rasa masjid taman aku yang boleh menempatkan 1500 jemaah pun nampak tak sebesar rumah dia..pergh..
Bila aku perhati-perhati orang yang benar-benar kaya yang pernah aku jumpa takda pulak yang menyombong. itu yang aku heran bila dengar cerita, asal kaya je mesti sombong. asal berduit je mesti berfoya-foya..Entah-entah mereka belum betul-betul kaya kot,,,? Atau mungkin orang kaya generasi baru tak serupa macam orang kaya dulu-dulu...? Wallahualam..
No comments:
Post a Comment