click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, October 25, 2011

Periksa tayar kenderaan anda...!


Nampak tak kereta terbabas diseberang longkang tu..?


Sekarang ni boleh dikatakan sebelah petang je hujan...jadi waspadalah semasa di jalanraya. Kita berhati-hati orang lain pulak cuai, bila berlaku kemalangan sama-sama rasa. Pemandangan kenderaan terbabas seperti diatas mungkin pemandangan biasa dimusim hujan begini. Selagi boleh, harap-harap bukan disebabkan kecuaian kita. Kalau dah terbaik kita lakukan tapi masih berlaku juga perkara tak diingini, pasrah sajalah, adalah hikmah disebalik kejadian yang menimpa.

Pasal tayar kita mesti tak berkompromi . Lebih-lebih lagi musim hujan sekarang..Kalau duit di poket belum mengizinkan simpan saja kenderaan itu daripada mengambil risiko membawanya..Aku dah kena wei. Bila tayar menipis mudah saja pecah bila terkena objek dijalanan..batu kerikil pun cukuplah..Oleh itu bila tanda tukar tayar mula kelihatan  jangan bertangguh. Tukarlah segera..Kalau tak..Baik-baik nak jimat, lagi banyak duit melayang. Aku punya tayar motor dulu takdalah botak sangat, sebelum tu dah juga rujuk kat geng motor lain..

"Aku nak ride jauh ni, agak-agak ok tak tayar aku ni..?"

"eigh ok lagi tu...!"

Kebetulan  duit di poket agak nipis, jadi bertangguhlah..ha ha..Masa tiba pekan di Kuala Lipis ..pamm..!! tayar suda pecah beb..ride sorang-sorang nak ke Besut sekolah anak aku..Bayangkan kalau berlaku ditengah-tengah hutan antara Kuala Lipis dan Gua Musang..tak ke hiba...atau semasa bawak laju dilebuhraya..pergh serik aku...panggil lori angkut bawak KL terbang RM500...Dah tu aku terpaksa pulak naik bas . Nak tumpang lori, driver kata malam hari baru sampai.  terpaksalah  tinggal motor disana sementara tunggu lori datang mengambil...main percaya beri kunci motor kat tauke gerai untuk serah kat driver lori..

Memang tak berbaloi bertangguh...! hu hu..

2 comments:

  1. Bagi saya tayar tiada kompromi. Sebab mungkin kat situ juga nyawa kita bergantung harap. Memang ajal dan maut ditangan tuhan, tapi jangan tayar menjadi penyebab.

    ReplyDelete
  2. Tapi ada rider yang begitu berani, tayar dah nampak benang masih bawak ke hulu ke hilir lagi..ho ho..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK