Tahniah...! Zulfahmi Khairudin
Takziah...Marco Simoncelli
Semalam tengahari memang aku melekat depan TV tengok MotoGP Sepang, tarikan utama pastinnya Zulfahmi Khairudin anak muda dari Banting pelumba 125cc berusia 20 tahun , sebaya anak aku nih... Bermula di grid permulaan pada kedudukan ke 13. Yang syok tengok race, bila ada pelumba yang kita sokong..memang mendebarkan...Aku yang menengok ni kejap-kejap duduk, kejap baring, betulkan alas bantal kepala terutama bila lap 5 terakhir dimana dia seringkali berubah posisi..ke 9, naik ke 8..kena pintas lagi turun jadi ke 9 semula..aargh..! janganlah kena pintas turun ke 10 pulaak..Mata aku lebih tertumpu pada senarai kedudukan pelumba diskrin TV..mana lah nampak aksi pelumba kelompok belakang, sesekali je ditunjukkan di TV., kamera lebih menumpukan aksi kelompok 5 pelumba teratas...dan paling lega bila final lap dia berjaya meluru tempat ke 7...Tahniah..tahniah...! Target untuk menempatkan diri dalam senarai 15 kelompok teratas tercapai...
Lepas daripada ni buatlah urusan lain yang patut sambil layan mata ..ha ha.. takda pelumba harapan negara beraksi dalam MotoGP2 250cc, Tengok je keputusan akhir. Pelumba wild card negara berjaya menamatkan perlumbaan...kira hebat jugalah berbanding pelumba negara lain yang tak dapat habiskan perlumbaan langsung.
Bila sedar race MotoGP 500cc baru saja bermula, masa nilah dapat menyaksikan pelanggaran 3 biji motorsikal melibatkan Simoncelli, Collin Edwards dan Valentino Rossi . Menyaksikan kemalangan itu aku rasa kecederaan teruk dikepala sebab tengok helmet dia tercabut semasa kena rempuh Collin Edwards dan Rossi... ..Bila dengar berita jam 8 sah dia meninggal dunia...Salam takziah kepada keluarga beliau. Suratan takdir, ajal dia telah tiba pada usia 24 tahun semasa melayan lap ke 2 Litar Sepang, Malaysia...

Tahniah Pada Zulfahmi!
ReplyDeleteDisebalik cerita gembira itu, ada cerita yang menyedihkan..
Post Terbaharu Saya - Marco Simoncelli 1987 - 2011
Tahniah Zul
ReplyDeleteTakziah Marco
Sepatutnya anak lelaki pun pergi Sepang tapi kami ke Sabak Bernak, tengok Motorcross sambil balik jumpa embah dia .
ReplyDeleteSedih dan ngilu pula bila tengok youtube tu berkali2.