Tup..tup..tup..esok dah Sabtu lagi. Alhamdulillah sekarang ni aku tengok semakin ramai orang ambil berat pasal kesihatan... Pagi-pagi sekitar taman perumahan atau taman rekreasi semakin ramai orang berjogging. Seawal 5.30 pagi mereka dah mula keluar rumah. Cuma kekadang terlintas jugak dalam kepala hotak aku kalau setakat inginkan keluar peluh, sebenarnya tak perlu pergi jauh-jauh, dalam rumah atau keliling rumah pun banyak aktiviti yang boleh kita lakukan . Kita saja yang terlepas pandang...sebagai contoh mengemob lantai...kalau nak peluh menceceh-ceceh, cuba lakukan riadah ini dengan iringan irama lagu rancak, kalau tak cukup dalam rumah, boleh sambung ke kaki lima..masalahnya aktiviti berfaedah ini bukannya kita nak buat sendiri tapi diserahkan ke bibik...! bibik la yang sihat.
Berapa ramai yang lakukan aktiviti mencuci jamban dihujung minggu...kekadang mangkok tandas rumah kita dibiarkan bertepek dengan daki, dinding tandas dan lantai dibiarkan berkarat dengan kotoran., manakala kita rajin beriadah diluar rumah. Padahal banyak lemak tepu dalam badan boleh cair, kalau kita melakukan aktiviti ini..nak lagi berjurai-jurai peluh, tutup rapat pintu tandas dan mulakan menyental lantai, mangkok, dinding...pergh garenti rasa seperti di sauna..nak lagi best biar berlenggeng...
Aktiviti mencuci kereta pun boleh menyihatkan badan...jadi daripada kita bermalas-malas hantar kereta untuk mat bangla cuci lebih baik cuci sendiri..dah habis kereta, basuh motor..tak penat lagi sambung cuci basikal, berstamina lagi teruskan cuci lantai parking.. haa kan lagi bermanfat daripada berjoging diluar..
Kekadang kita sanggup berpanas beriadah diluar tetapi membiarkan laman rumah kita macam belukar..ada pokok dibiarkan tak terurus..ada laman sekakang kera, rumput tak berpotong..atau nak senang panggil mat indon potong.. padahal kalau potong sendiri bukan ke beriadah juga namaya. Badan sihat duit jimat..
Dan riadah yang ini, lagi orang terlepas pandang, padahal riadah lengkap yang penuh khasiat untuk jasmani dan rohani. Riadah yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat manusia iaitu solat. Untuk berjoging sanggup kita keluar rumah awal pagi tapi untuk riadah solat berjemaah dimasjid, amat berat kita melaksanakannya. Untuk lebih berkhasiat apakata kita lupakan kunci kereta atau motor sebaliknya capai saja basikal ke masjid... balik masjid boleh teruskan ronda taman...ha..ha khasiat tambahan jasmani dan rohani..!
Lagi best aktiviti diatas kita buat, beriadah diluar pun kita buat...
Aku tulis ni pun untuk peringatan diri aku juga..Jom sihat..!
Hmmm...btoi jugak tu. Asyik kalau cakap beriadah jer mesti berjogging. Bagus jugak tukar mindset tu, kalau nak beriadah pergi kedai sekangkang kera tu jalan kaki pun okay. nie tak, asyik bergerak jer, mesti naik motor. Bila nak berpeluh?
ReplyDeleteNaik motor pun ok gak per..bergegar satu badan macam naik kuda...dapat pecah lemak. berjaket tebal pas tu berhenti lama sangat di lampu isyarat...peluh meleleh-leleh ibarat menyah toksik ha ha..
ReplyDelete