Jumaat 17hb Julai 2020
Rutin biasa pagi hari memberi makan ikan, ayam dan membersih reban, sesudah tu memerhati gelagat ternakan..Rasa terhibur juga...
Semalam beli dedak ikan seguni...harga belian kuantiti kecil melampau sangat, sekilo 6.50 sedangkan beli seguni 20kilo cuma rm60...Jenuh 150 ikan talapia nak menghabiskan stok dedak seguni ini.
Bau reban batch kedua ini masih mengganggu. Hari ini masuk hari kedua penulis menukar menu makanan. Penulis mencampurkan halia, kunyit, lengkuas, bawang merah, bawang putih, garam, gula dalam sayuran diperam bersama adunan yakult dan beberapa ramuan lain. Nampaknya ayam2 berselera melahap hidangan. Moga bau dapat dikurangkan. Sebagaimana reban batch pertama, bau walaupun ada tapi tidak begitu menyesakkan hidung.
Seminggu lalu penulis memberi dedak pelet 100 peratus kepada anak ayam batch ke2 ini sebab masih kecil, gabungan bau dedak dan taik ayam menghasilkan aroma yang menyesakkan hidung..
Semalam khamis sejurus sebelum zuhur, seekor anak ayam menjadi korban ke2 peliharaan penulis...Sejak dibeli ayam kelihatannya tidak begitu sihat..dah cuba rawat tapi tewas jua
Beginilah saat akhir ayam sebelum menghembuskan nafas terakhir..Semasa nazak kaki meronta ronta kekejangan sebelum pergerakan semakin longlai..
Berbaki 13 ekor ayam batch kedua ini...huhu
10 peratus kematian dalam ternakan ayam perlu dimasukkan dalam kunci kira2.
ReplyDeleteBoleh tahan tinggi tu wak..huhu
ReplyDelete