click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, May 1, 2014

Jom Australia...

Alhamdulillah kembara Australia berjaya disempurnakan. Entry akan datang akan menceritakan pengalaman sepanjang kami di sana. Apa yang akan ditulis  nanti adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis..mungkin tidak sama dengan pandangan orang lain yang pernah ke sana.

Entry harini adalah catatan sebelum kami berlepas tetapi tidak sempat di pos. Akan ada sedikit perbezaan terutama dari segi jarak perjalanan dengan keadaan sebenar kembara.

Tarikh Kembara: 16hb Apr-28hb Apr 2014,  12H 10M

Mengambil kesempatan anak ke 2 yang sedang belajar di Sydney Australia, Kami termasuk anak sulong akan berkunjung ke sana dan membuat lawatan ke beberapa tempat.

Destinasi cadangan membuat satu pusingan Sydney-Canberra-Melbourne- Adelaide- Brisbane - Sydney

Perancangan asal kami memperuntukkan paling kurang 20hari untuk melengkapkan destinasi cadangan. Adelaide dan Brisbane termasuk dalam iternary kami namun dengan perubahan jadual penerbangan anak sulong juga tempoh cuti semester universiti  yang dipendekkan berkemungkinan tidak sempat ke sana memandangkan beliau akan turut menyertai namun lewat kerana masalah cuti univesiti di Mesir.

Jarak destinasi berdasarkan google map

Sydney- Melbourne= 890km
Melbourne -Adelaide=780km
Adelaide - Brisbane- 2050km
Brisbane -Sydney=923km

Jarak keseluruhan : 4643km jarak yang munasabah untuk ditempoh berdasarkan pengalaman terdahulu.

Keperluan :

Visa diperolehi melalui agent Msl travel yang berofis di Amcorp Mall Petaling Jaya.. Kos rm25 seorang  visa multiple entry untuk tempoh setahun. Visa anak di Mesir dimohon melalui talian kos rm80

Tiket  Air Asia. Untuk trip ini caj kapal terbang pergi balik ke Sydney adalah sebanyak RM5100 untuk 3 orang. Kos tidak termasuk tiket penerbangan pergi balik Mesir-Malaysia untuk  anak sulong yang menuntut di sana berjumlah RM1500.

Kelewatan mengesahkan tarikh penerbangan tambahan  RM2000 terpaksa dikeluarkan dari harga tiket asal RM 2500 pergi balik.. Tambahan RM600 terpaksa lagi ditambah kerana anak yang di Mesir terpaksa meminda tarikh penerbangan balik ke Malaysia kerana masalah cuti universiti..

Kerana penangguhan itu kami bergerak dahulu pada 16 hb April diikuti oleh anak yang akan menyusul pada 20hb April 2014..

Penginapan di Sydney : Menginap di kediaman pelajar/anak
Penginapan di Melbourne: Menyewa rumah tumpangan yang diaturkan melalui Tanamekar Travel... Caj berpatutan RM450 untuk penginapan 3 malam. Kami telah mencuba membuat tempahan melalui internet namun harga kebanyakan hotel adalah mahal tidak kurang dari 150AUD..semalaman.

Penginapan di Canberra- terpaksa bermalam dengan kadar bilik yang mahal.

Penyewaan kenderaan: Mitsubishi atau Inspira,  Caj dlm 33AUD sehari dengan tiada had batuan, juga berpatutan.  Anak di Australia menguruskan hal sewaan kenderaan. Banyak syarikat yang menawarkan khidmat sewa kenderaan yang boleh diakses melalui internet.

Peralatan seperti khemah dan peralatan memasak juga disediakan dengan meminjam peralatan pelajar-pelajar yang menuntut di sana.. Mana tau tidak berkesempatan mencari penginapan atau  terlalu lewat ke tempat penginapan yang ditempah maka akan menginap saja dikawasan perkhemahan..

Laporan lain akan menyusul. Ulasan pembaca diperlukan untuk menambahbaik mutu penulisan.. Mungkin ada maklumat diperlukan tetapi terlepas pandang dalam penulisan ini.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK