Monday, May 12, 2014

Jom Australia-Blue Mountain

20hb April 2014, Ahad

Malam semalam pelajar yang menemankan kami ke Darling Habour turut  bercerita, Blue Mauntain adalah destinasi wajib pengunjung luar. .Lokasi 120km ke  utara  Sydney. Teringin aku melihat sendiri apa istimewanya tempat itu  sehingga menjadi destinasi wajib. Pengunjung Malaysia sering menggunakan khidmat sambilan beliau untuk membawa mereka ke sana. Pakej sehari AUD400 . Untuk yang melawat Australia singkat boleh kot menggunakan khidmat beliau atau mana -mana pelajar yang mudah dihubungi melalui Malaysia Hall Sydney..

Kami keluar awal. Hari Ahad trafik lengang  Lagipun malam nanti nak mengambil anak sulong di airport yang baru tiba dari Mesir dan transit sekejap di KLIA. Malam tu baca lagi brosur  tempat-tempat menarik berdekatan yang boleh dilawati sementara menunggu anak sampai . Salah satunya adalah Bondi Beach







Singgah di Bondi Beach...Sebab awal pagi pantai tersangat lengang berbeza dengan gambar yang tertera di brosur pengunjung . Mungkin gambar pengunjung di musim panas..Pengunjung ramai berjogging  sambil membawa anjing. Tabik aku kat penguasa tempatan di Australia ni. Mereka mewajibkan pengunjung yang membawa anjing supaya mengutip najis peliharaan mereka . Karong plastik buangan najis disediakan di sepanjang pantai dan di sebahagian tempat awam lain. Aku tak nampak anjing liar berkeliaran, walaupun di kawasan perumahan. Semuanya bertuan.

Singgah di Pasar Ikan Sydney.


Udang ini telah siap dikukus..dan sedia untuk dimakan...


Pasar pun kemas dan bersih. Kena tiru kaedah  mendidik penduduk di sana. Penduduk cukup berdisplin menjaga kebersihan persekitaran.

Untuk mengetahui sikap penduduk, kami memasuki kawasan perumahan yang jauh dari pusat bandar sewaktu ke Blue Mountain.  Kalau di kota mungkin  majlis perbandaran akan sentiasa menjalankan pembersihan. Di persekitaran taman dan laman-laman rumah keadaan kemas dan tersusun.. Susah nak jumpa sampah berlonggok. Wa betul-betul jeles beb..

Hujung minggu dan cuti umum jalan menuju ke pusat percutian sesak.





.Tiba di sana terus melawat tempat sebagaimana dicadangkan di brosur percuma yang banyak terdapat di pusat-pusat imformasi. Menikmati keindahan alam semulajadi yang disulam dengan mitos setempat. Mungkin mitos-mitos diolah  sedemikian rupa sebagai gimik untuk menarik pengunjung datang. Aku nak menerang panjang lebar pun tak reti. Untuk mengetahui mitos yang dihubungkait dengan Blue Mountain boleh saja  cari di internet.







Secara peribadi aku merasakan keindahan di sini  biasa-biasa saja yang banyak terdapat di negara lain juga...Sekembali dari Blue Mountain terus ke Sydney Airport. Jam 8 malam anak tiba. Bawa terus ke rumah untuk berehat. Esok bermula perjalanan jauh... Kami akan ke Canberra  Melbourne. Jarak hampir 1000km kesian anak aku tak sempat berehat panjang...










CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK