Tuesday, May 27, 2014

Jom Australia- Handorf Bandar komuniti Jerman

Aku akur bila membaca artikel menyenaraikan Australia termasuk antara 10 negara tercantik didunia. Dan pada aku resipi utama  untuk memasuki carta itu adalah kebersihan dan kekemasan persekitaran. Kecantikan semula jadi sahaja tidak cukup untuk melayakkan negara diberi pengiktirafan sedemikian. Secara peribadi aku berpendapat kecantikan semulajadi disana adalah biasa-biasa saja tapi bila  diadunkan dengan solekan landskap buatan ditambah  dengan kebersihan dan kekemasan..pergh bertambah terserlah keindahan itu...dan lagi kecantikan tidak tertumpu di sesatu tempat bahkan di merata tempat. Bayangkan dalam kita memandu di kawasan agak terpencil tetiba memasuki satu pekan kecil...di pekan kecil ini pun sangat bersih dan kemas..landskap persekitaran terpelihara..pendek kata seolah berada di resort percutian...Jadi sangat layaklah mereka mendapat pengiktirafan itu..

Beberapa jam meninggalkan Great Ocean Road malam itu kami bermalam di Mount Gambier..Tidak berbaloi meneruskan perjalanan ke Adelaide kerana sausana telah gelap. Penginapan untuk bilik famili dengan satu katil berkembar dan dua katil single dikenakan caj 130 AUD..

                          
Sebelah pagi melawat pusat bandar. Dibandar ini terkenal dengan tasik yang terbentuk kesan ledakan gunung berapi...


Inilah yang aku maksudkan dalam entry terdahulu..Dikawasan awam disediakan karung plastik untuk mengutip najis binatang peliharaan. Lebih seminggu aku Di Australia..,langsung tidak  kelihatan anjing liar.. semuanya bertuan..


Melawat lebih kurang, kerana tidak banyak tempat menarik di sini kami menyambung perjalanan ke Adelaide. Keputusan bermalam ternyata tepat. 


Dapatlah menyaksikan keindahan pemandangan. Kiri kanan jalan dihidangkan dengan pemandangan ladang-ladang anggor . Sangat cantik..





Sesekali dihidangkan dengan pemandangan ladang ternakan. .





 Melalui pekan kecil. Kebetulan hariini adalah ANZAC Day di seluruh Australia

 

 Hari  memperingati prajurit tempatan yang gugur di medan perang di negara yang mereka turut serta seperti di Vietnam dsb. Sempat menyaksikan perbarisan sempena majlis itu. Prajurit vateran setempat diraikan.. Bunga-bunga di letakkan ditugu peringatan...

Seterusnya singgah di Tapak Warisan Dunia. Tapak penemuan rangka-rangka binatang purba di gua-gua bawah tanah yang banyak terdapat di sini. 

                            


                       
Secara zahirnya memang tiada kelihatan gua-gua di sini disebabkan keadaan tanah persekitaran yang mendatar. Lazimnya gua-gua  wujud di kawasan  yang bergunung.


                             

Di sini gua -gua terbentuk didasar tanah. Rangka-rangka binatang purba ditemui di dalamnya yang  mungkin terperangkap dizaman dahulu...







Singgah juga di Murray Bridge untuk makan dan solat..Juga tidak menarik perhatian..Jambatan besi dan lokomotif lama di jadikan ikon pelancongan. Juga terdapat river cruise. 







Segera meninggalkan Murray Bridge. Menghampiri jam 4 petang tiba di Handorf.., bandar yang disarankan untuk dikunjungi jika ke Adelaide. Satu bandar kecil yang dihuni imigran dari Jerman ratusan tahun dulu. Kebetulan minggu ini mereka merayakan kewujudan bandar ini yang ke 175 tahun..

Ok. Sausana bandar sangat cantik. Kebetulan daun-daun pokok mula bertukar warna sebelum gugur untuk menghadapi musim sejuk...




Namun melihat kepada persekitaran bandar aku seolah tidak percaya bandar ini telah wujud begitu lama.. Bukan dari segi rupabentuk bangunan tapi dari pertambahan bilangan penduduk maupun binaan bangunan -bangunan dipersekitaran...




Takkan terlalu perlahan evolusi bandar yang berlaku...sedangkan jika di negara sedang membangun jangankan ratusan tahun bahkan belasan tahun akan terdapat perubahan fizikal yang ketara disesatu tempat.

                                 
Bandar pun tak besar . Sepatutnya melawat ke ladang strawbery, memandangkan hari telah gelap, menangguhkan lawatan keesokan hari.  Jam 6 petang tiba di rumah pelajar di Adelaide berkedudukan 3km dari pusat bandar.

Esok kami akan ke bandar Adelaide...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK