click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 19, 2014

Jom Australia-Philips Island

23hb April 2014, Rabu..

Berdasarkan google map jarak Philips Island dari Melbourne sejauh 140km.,  Walaupun dekat kami keluar rumah awal juga. Lagipun kami terpaksa menempuh pusat bandar untuk memasuki lebuhraya. Hati tidak begitu gundah kerana semalam sudah memerhatikan cara pemanduan di sana.


 Namun begitu kekadang timbul kekeliruan dengan sistem lampu isyarat di sana..samada di Sydney atau Melbourne. Untuk membelok ke kanan di persimpangan  lampu berisyarat, isyarat membelok hanya akan menyala setelah beberapa saat/min. Namun demikian pengguna kenderaan boleh membelok sekiranya tiada kenderaan dari arah berlawanan dilorong sebelah sana. Jika  trafik bertaliarus  maka bolehlah menunggu sehingga isyarat membelok menyala. Disinilah timbulnya kekeliruan bagi pengguna baru. Kita teragak-agak untuk melintas...Apa lagi kena hon dengan pengguna belakanglah beb. Terkejut...!



Memandu menuruti GPS . Apa saja cadangan laluan dipatuhi. Walaupun tunjuk arah di papan tanda destinasi jelas terpampang supaya memandu terus, jika isyarat di gps memberi isyarat belok, maka dengan tanpa soal tangan memulas stereng membelok..hehe. Sebab itu aku suka peta turut berada di kereta untuk mengetahui kedudukan semasa. Owh sekarang disini...owh pekan ni sebelah sini dll.. Jika tak memang macam berjalan dalam gelap lah..Blurr

Philips Island destinasi wajib sebab terdapat pusat konservasi haiwan  seperti beruang koala , kangaroo juga penguin...Ramai yang terpengaruh untuk turut mendakap beruang koala atau memberi makan kanggaro setelah menyaksikan rakan-rakan yang telah berbuat demikian semasa  lawatan mereka...Tarikan lain, aku ingin melihat dari jarak dekat litar lumba F1 atau Motogp yang selama ni dilihat di kaca tv saja.


Berbanding dengan apa yang disaksikan di tv yang hanya menumpukan litar perlumbaan dan persekitaran dari udara  keadaan persekitaran dari jarak dekat ternyata sungguh jauh berbeza..Litar Philips Island berada sangat terpencil dikelilingi oleh ladang-ladang ternakan.  Jaringan jalan kesana menggunakan jalan-jalan ladang yang tidak begitu lebar. Dihari perlumbaan aku tertanya-tanya bagaimanakah penonton yang begitu ramai menginap kerana pekan di Philips Island bukanlah besar dan tidak begitu banyak hotel maupun motel. Mungkin penonton menginap di tapak-tapak caravan atau menginap di luar pulau..



Kami singgahlah di zoo yang mengenakan bayaran 17AUD seorang..Menyaksikan dari jarak dekat kanggaro juga binatang lain...Kanggaro di sini bergerak bebas. Namun Koala berada dikurungan.





Habis meronda di zoo berehat di pekan sambil makan tengah hari..Terdapat kedai muslim halal tapi hanya dibuka disebelah malam. Cari saja Fish dan Chip...Masa panjang lagi..Sebelah petang kami akan ke pusat konservasi penguin...Penguin hanya akan balik ke sarang setelah matahari terbenam dan keluar sarang pula di awal pagi. Kalau diikutkan sambil menunggu petang boleh saja menaiki bot bermudik dari pulau ke pulau  dengan bayaran 70 AUD seorang..ermm mahal..maka melepaklah di tepi laut sambil menantikan waktu petang. Ingin meronda pulau tiada tempat menarik lain boleh dilawati selain ladang-ladang..



Laluan berkayu ini dibina untuk mengelakkan pengunjung memijak pokok-pokok maupun rumput yang menjadi habitat burung-burung..



Anak anak penguin yang dapat dilihat bersembunyi di bawah laluan berkayu sementara menunggu ahli keluarga kembali dari mencari rezeki...

Di pusat konservasi penguin kami melawat sehingga hari gelap. Terdapat banyak kotak-kotak dipinggir bukit yang dijadikan tempat burung bersarang dan bertelur... Dikala hari menghampiri gelap, kami diarah meninggalkan kawasan kerana waktu ini penguin akan berduyun-duyun pulang ke sarang. Sekiranya ingin menyaksikan penguin juga bolehlah pergi ke tempat berbayar. ermm ingatkan tiada sebarang sekatan untuk melihat yang percuma... Tengok saja di internetlah. hehe. Bertemu dengan krew RTM yang mencari latarbelakang menarik untuk pogram tv berkenaan pemastautin Australia berpuasa di bulan ramadhan.

Dalam jam 7 malam kami meninggalkan Philips Island. Rating lawatan harini aku beri 3 bintang daripada 10 haha.


Esok kami  akan melawat lagi destinasi wajib..Great Ocean Road...dalam perjalanan ke Adelaide..






No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK