click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 2, 2014

Jom Australia- Sydney..Tungguu!

Setelah merancang sekian lama, hari ini 16hb April 2014 kami akan ke Australia. Penerbangan menaiki AirAsia menuju ke Sydney. Keperluan pakaian, makanan dsb telah disiapkan lebih awal.. Sesudah subuh terus menuju ke LCCT. Dugaan pertama datang..Isteri tertinggal Handphone.. walaupun dirasakan tidak penting, tapi disebabkan beliau yang menguruskan perjalanan dikhuatiri maklumat di handphone sangat diperlukan. Setibanya di Shah Alam berpatah balik melalui Guthrie Hiway. Handphone telah diambil. Memasuki semula hiway jam telah 7.30pagi. Penerbangan kami jam 10 pagi . Walaupun check in telah dibuat awal melalui talian, 9 pagi adalah waktu terakhir untuk memunggah baggage.

Setibanya di exit Sg Buluh trafik sudah merangkak kerana bertembung dengan trafik wargakota keluar berkerja. terpaksa keluar di Tol Sg Buluh dan berpatah balik melalui Guthrie Hiway. Aku memilih melalui Hiway Plus kerana semasa berpatah balik tadi  melalui Guthrie  keadaan trafik disana juga merangkak di Exit Bukit Jelutong. Rupanya keadaan di Hiway Plus lagi teruk.

Apa nak buat terpaksa menempuh juga alhamdulillah keadaan di exit Bukit Jelutong walaupun sesak tapi trafik bergerak. Masuk ke Elite Hiway menghala selatan jalan agak lapang... Apa lagi..membesit lah beb..Bertukar-tukar lorong..kanan, tengah, kiri sekali ..masuk kanan semula..hehe.. Fuh Tepat jam 9 sampai di LCCT..

Kereta terpaksa meminta anak saudara yang tinggal di Puchong  mengambilnya di LCCT..Ikut perancangan asal kami akan singgah rumah  dan beliau akan menghantar ke terminal. Tak sempat..!

Tak banyak gambar yang sempat ditangkap. Sesatunya gambar sebelum menaiki pesawat...berpeluh badan berkejar memasuki terminal...


Benar dengan slogan Now Every One Can Fly...Low cost pun low cost lah yang penting boleh berjalan tempat orang..Luas Perjalanan Luas Pemandangan dan bertambahlah Pengalaman..

 Walaupun susunan kerusi sedikit rapat dan agak kurang selesa.. itu tidak menghalang bajet travelers untuk memenuhi ruang kabin..lebih 90 peratus penuh...

Dugaan kedua.. Perut buat hal pulak dalam kapalterbang..Tak tau apa sebab..Jika makanan sate dan briani yang dimakan didalam pesawat menjadi asebab..isteri aku tak pulak terkena..Jadi teman setia bilik tandas hampir sebahagian  penerbangan 8 jam...Mujur jiran sebelah menghulurkan ubatan. Jam 8 malam waktu tempatan tiba di Sydney. Impresi pertama aku disaat memasuki terminal...Owh tidak secanggih KLIA.. Urusan imegeresen selesai, tiada masalah. Anak dan rakan  telah menunggu di balai ketibaan. Kami menaiki kereta menuju ke rumah anak di Sydney..Tak jauh ..dalam setengah jam perjalanan.











No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK