click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 14, 2014

Jom Australia : Sydney ke Melbourne

21  april 2014

Harini bakal menempuh jarak perjalanan hampir 1000km. mungkin lebih jika singgah banyak tempat sepanjang perjalanan Sydney- Melbourne. Berpandukan gps mudah saja keluar dari pusat bandar Sydney. Memasuki lebuhraya dan menjauhi bandaraya bermulalah perjalanan bersaksikan pemandangan ladang ternak saujana mata memandang kiri dan kanan lebuhraya.. Sesekali melalui kawasan bandar kecil..




Kamera AES banyak dipasang sepanjang lebuhraya. Peronda lebuhraya juga banyak bersembunyi disebalik semak sambil mengacukan kamera perangkap hadlaju. Sesekali menyaksikan pemandu yang disaman. Kenderaan peronda dicat  bercorak sehingga sukar dikesan dari kejauhan kerana  menyangkakan rimbunan semak dan pokok .







Kepada yang sibuk menentang AES ditanah air ataupun polis  yang merakam kelajuan kenderaan ditempat tersembunyi  eloklah berdemo juga disana. Kalau kita tak bersalah apa perlu risau dengan undang undang yang ketat...Aku rasa cara ini paling berkesan untuk mendidik pemandu..Jika semua kawasan perangkap hadlaju diumumkan kepada orangramai..hanya di kawasan tersebut pemandu berdisplin, sesudah itu  mereka akan memandu secara membuta tuli..Sebagaimana saat kematian dirahsiakan, hikmahnya supaya sepanjang masa manusia berwaspada..jika tarikh kematian telah diketahui ermm lu fikirlah sendiri..





Perbezaan ketara antara undang undang jalanraya di sana berbanding tanahair adalah tiada perbezaan had laju antara kenderaan komersial dan kenderaan biasa. Kelajuan maksima semua kenderaan ditetapkan pada 110km/jam. Cara pemanduan aku boleh ibaratkan begini.. Sekiranya anda menarik kenderaan menggunakan tali..tali tidak akan menegang atau mengendur. ketegangan kekal seragam...hehe ..Memasuki kawasan pekan kelajuan 40km/m..maka semua kenderaan memperlahankan kenderaan..Keluar pekan kelajuan berperingkat 80,100km/jam sehinggalah kelajuan maksima 110km...Majoriti patuh dengan peraturan...

 Pemandangan yang biasa di jalanraya atau lebuhraya...caravan ..selain motorbot..

 Kiri kanan ladang ternak..saujana mata memandang....sebagaimana sawit dan getah di sini...


Aku tak pasti.. adakah dahulu ladang ini adalah hutan..atau sememangnya semulajadi?  Melihat sebahagian tinggalan hutan yang ditinggal aku rasa kawasan ini dahulunya adalah hutan....Sepanjang perjalanan dikelilingi dengan tanah lapang menghijau dengan ladang ternakan dan tanaman..Entah bagaimana agaknya jika penebangan hutan sebegini luas dibuat sekarang..Sudah tentu para pencinta alam akan memberi tentangan hebat...


Kebanyakan stesen minyak berkedudukan agak jauh dari lebuhraya tidak sebagaimana di tanahair yang disediakan di R n R. Stesen sesak dengan pengunjung sempena cuti umum..

 Sebagaimana tips membeli barangan, jangan juga asyik mencongak tukaran wang setiap kali mengisi minyak...Anggap saja sama sebagaimana di tanah air. Sekali isi penuh biasanya dalam 70AUD...Kan sebutan yang sama dengan RM70...

Sebagaimana mula -mula datang mata tertumpu dengan jenis-jenis kenderaan ataupun stesen minyak , di lebuhraya ini  lori lori mencuri tumpuan aku. Besar-besar, panjang-panjang dan berkilat macam baru keluar dari pusat pameran...pergh... Teringat aku cerita A team .. cerita di era  70an mengenai lori sedemikian rupa dengan pemandu lori berkulit hitam dan  chimpanzee.. Jarang kelihatan bas-bas ekspress atau lori lori kecil 1, 2, atau 5 tan...






Setelah lebih 4 jam memandu kami melencong dari lebuhraya utama dan memandu ke Canberra..Bandar pusat pentadbiran Australia sebagaimana Putrajaya. Betul apa yang diberitahu rakan, Canberra adalah bandar kecil lagi sunyi.



 Kami berehat sambil bersarapan di pinggir tasik. Cuti umum kedapatan pengunjung berbasikal ataupun berjogging. Basikal boleh disewa.




  Bangunan Parlimen...?


Melawat bangunan parlimen dan juga muzium... Memandu juga di kawasan perumahan dan kawasan komersil. Cuma tak sangka bangunan parlimen sungguh ringkas dari luaran..Maaf cakap dari kejauhan aku ingatkan tadi bangunan kilang yang tak siap...

Menyambung semula perjalanan. Tak banyak yang boleh dicerita..Sausana hampir sama.

Memandu seorang beb..Ada peluang melelapkan mata untuk mengembalikan kesegaran mental dan fizikal...

 Kanggaro yang menjadi mangsa langgar kenderaan. Seingat aku lebih 30 kejadian dijumpai...


Hampir jam 10 malam tiba di Melbourne. Hati berdebar. Berbanding Sydney, di Melbourne tram berkongsi jalanraya dengan kenderaan lain..Cara pemanduan agak sikit berbeza., yang aku bayangkan wajib memberi laluan jika tram lalu..sebagaimana wajib memberi laluan kepada keretapi lalu hehe ..Manalah kita tau beb..Mujur homestay yang kami sewa berada di pinggiran bandar...Tak perlu menempuh  simpang siur kota. Trek tram ada dijalanraya., semasa dilampu isyarat khuatir tram lalu..maklumlah kami berada dilaluan mereka...Janganlah tram lalu waktu ni ...

Betul atau tidak andaian itu..tunggu entry akan datang...kepada yang biasa dengan keadaan ini jangan gelakkan aku ok...hehe


Pengusaha homestay( kanan) dan salah seorang pengunjung yang menginap di homestay sama dari Shah Alam..
.

Beginilah rupa homestay kami. Premis disewa oleh pemastautin Malaysia dan dijadikan homestay.. Kami sangat menghargai usaha beliau..Syabas...











No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK