click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, May 13, 2014

Jom Tut Pokok...

Harini nak tulis pasal menanam pokok pulak. Nak tulis diari kembara Australia pun macam tak berapa ada  mood.

Mengambil semangat menghargai alam sekitar sewaktu melawat Australia., aku ingin menanam pokok di sekeliling rumah.  Aku sukakan sausana kehijauan.  Menghidupkan sausana halaman dengan pepohon rendang juga pepohon berbunga wangi. Pokok-pokok di beli di nurseri berhampiran Hospital Sg Buloh. 5 pokok sederhana besar berharga RM 200.

5 batang pokok telah ditanam tapi nampaknya masih ada ruang lagi untuk pepohon lain. Tak cukup semak. hehe  Kebetulan terdapat Pokok Kenanga, Kerak Nasi yang sangat harum baunya juga  pokok hutan yang berdaun lebat lagi rendang di persekitaran rumah  . Melihatkan harga yang boleh tahan mahal di nurseri, aku ingin menambahkan koleksi pokok-pokok itu dengan kaedah TUT ...

Berbekalkan maklumat di internet aku nak cuba. Harap-harap menjadi



Bahan Bahan

Tanah lembab

Plastik lutsinar

Penggalak akar

Tali

                         
                             Buang kulit dahan yang ingin di tut. Panjang dalam 1-1 inchi setengah...

                           
                   Sapukan penggalak akar di hujung pangkal dahan yang dipotong...terlebih sapu dimana-mana                        bahagian pun ok kot..


                               Tut yang telah siap..


Cara membuat.:-.

 1.Buang kulit dahan yang nak di tut . Panjang dalam 1-1 setengah inci

2. Biarkan kering kemudian sapu dengan penggalak akar .

3. Balutkan tanah lembab tadi dan ikat dengan kemas

4. Tunggu sehingga 3-4 minggu supaya akar baru bercambah dan boleh diasingkan dari induk pokok

5. Harap-harap menjadilah yea.

Membersih kawasan rumah pun dikira riadah yang baik. Persekitaran bersih badan sihat. Jangan biarkan persekitaran rumah tak terurus dengan memberikan pelbagai alasan. Jom jadikan halaman rumah kita hijau lagi wangi...!.



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK