Friday, December 10, 2010

Basikal...Betul ke berminat...?



Hari jumaat baru ni setelah berkemas laman homestay persediaan tetamu datang, aku hantar servis basikal di Sri Hartamas. Gear basikal aku melompat-lompat, tukar tak lancar.. Macam biasalah sementara tunggu basikal siap, membelek sana , belek sini dan memang sah balik bawak barang . Ini yang aku malas pergi window shopping mesti ada yang terbeli..Angkat beg galas air dan pam tayar..Terbang RM420..

Lepas solat jumaat pergi pulak ke TTDI beli rim basikal kawan aku yang bengkok masa layan trek FRIM dulu. ,dia pun terbang RM350. Sapa kata main basikal murah…

Dari pukul 2.00 sampai pukul 5 ptg aku melepak kedai basikal tu…tapi jangan ingat aku tak kerja-aku kerja ok….handphone kan ada untuk pelbagai urusan..sambil tu aku perhati le gelagat pelanggan yang datang..Aku ingat melayan minat* ni berhantulah..sibuk betul transaksi jual beli.. dan harga barang-barang bukannya murah..! Ada seorang pelanggan tu beli frame basikal saja dekat 8ribu..! Belum masuk rim ,tayar, gear dll. Aku ingat melihat selera mamat nih dan penasihat tak rasmi bersamanya, paling kurang mesti dia akan perabih dekat 14 ribu untuk menyiapkan basikal dia nanti..

Ada dua kategori orang melayan minat berbasikal nih..1. Memang betul-betul minat dan akan melenjan basikal dan satu lagi cuma minat untuk perabih duit saja walhal basikal lebih banyak rehat dalam rumah..Mamat jenis ni akan puas kalau barang dimiliki lebih hebat dari orang lain ..Tapi kalau korang memang berduit apa salahnya perabih duit..dapat juga menjana ekonomi negara...tapi yang cukup-cukup paras hidung tu yang naya..ukur baju terlupa dibadan sendiri…selera pulak nak yang top end…akan sengkek le manjang…kena pulak beli guna kad kredit... bayar suka minimum . Korang tak sedar ke caj kad minima 18% setahun?.

Tips ini mungkin berguna. Baik dalam melayan apa saja minat elok join geng yang sekufu/setaraf dengan kita, kecuali anda mempunyai stok anti racun yang cukup kuat.. Jika tak.. lengan anda pasti lebih banyak
bersilang atas dahi berbanding tempat lain masa tidur nanti..he he..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK