Tuesday, December 7, 2010

Facebook Dan Nostalgia...


Inilah kawan kelas aku masa sekolah rendah dulu..Zamri Atan. Punyalah lama tak jumpa tup-tup tup dah bermenantu kawan nih..Dapat jumpa semula melalui FB lah. Padahal kawan tu sudah lama menetap di kampong setelah pencen dari askar..Bukan pencen 55 tau..askar kan pencen muda..

Aku rasa dia ni kawan sekolah rendah pertama yang dah bermenantu, atau mungkin ada lagi cuma aku tidak terima perkhabaran.. Anak sulung dia sebaya dengan anak sulung aku jugak 19thn, tapi dah anak dia dapat jodoh dulu..ON jelah. Anak aku pun masih belajar lagi kat U Eygpt sana. Tapi kalau dia pun nak tiru macam mak bapak dia dulu..aku tak kesah..janji tak kacau pelajaran...jimat belanja aku wei..kah.kah.kah..

Aku dengan dia dan beberapa kawan lain pernah pergi 'hitch-hike' bermalam ke Gunung Ledang masa cuti hujung tahun Darjah Enam..sekarang Tahun Enam lah..Bila kenang-kenang balik, hebat jugak kami sebab umur baru 12 tahun dah berani berkhemah tempat jauh...dari Yong Peng ke Tangkak Johor..kan ke jauh tu..Pergi sana tumpang lori dsb..Kalau sekarang buat macam tu tobat orang tak mau berhenti..atau berhenti pun untuk colek dan bawak lari..hu.. huu..Rugi bebudak sekarang...lagi pun mak bapak sekarang takut nak lepaskan anak-anak...Aku tengok sesetengah tu dah besar panjang pun masih lagi berteman untuk melintas jalan ke sekolah... Patutle makin ramai budak lembik sekarang.. Pantang ada masalah sikit dah tension..

Seingat aku, dia jugak antara kekawan yang mula pakai motor besar suzuki RGV125 pada usia belasan tahun. Masa tu kira handallah..

Rasa benar cepat masa berlalu yea...lagi-lagi dengan adanya FB sekarang ni bila dapat berhubung semula dengan kenalan lama.. Masing- masing dah mula sibuk bernostalgia..Cuma yang kita bimbang semakin sibuk kita bernostalgia semakin lupa kita, bahwa umur kita juga menghampiri garisan penamat...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK