Thursday, December 9, 2010

Empangan Batu..JOM!


Awal Muharam baru ni kami berkayuh di Empangan Batu, sepatutnya kami bertiga dari Country Homes ke sana sambil mengharapkan ada berapa lagi geng skuter dan MBC dapat join..tapi sudahnya kami berdua je yang pergi. Acong dan aku.. Shukri di saat akhir kena pergi ke Hulu Langat kerana makcik beliau meninggal dunia. manakala geng skuter dan MBC tak berkesempatan untuk join kali ni..

Agak lewat dalam pukul 9 baru gerak ke Empangan sebab ada rewang/bantu kerja kenduri kahwin di masjid taman aku..sampai je bersoal jawab lagi dengan Pak Jaga sebab beliau minta surat kebenaran dari pihak JPS Hq.. manalah kami ada..tapi akhirnya beliau benarkan dan perlu rekodkan kedatangan dalam buku log . Patutla tak nampak geng-geng basikal disini..barangkali tawar hati untuk menghadapi karenah ini..akan datang kena ride ikut jalan belakang melalui Riverstone ..




Tak sampai pun suku jalan berkayuh,tayar belakang basikal Acong dah meletup., mujur bawa peralatan dan tiub.






Fuyoo dapat seberang anak sungai lagi, terasa benar berkayuh offroad...ajak ber gambar bersama anak orang asli..walaupun mereka takut-takut..boleh tahan jugak cunn. ha ha..




Awas pacat...punya lah pantas pacat ni menghampiri kami..aku berpakaian bungkus ride kali ini sebab sebelum pergi lagi Acong ni dah bagitau kami akan merentasi bukit pacat..bengkak dan gatal kesan gigitan pacat di FRIM pun masih tak hilang lagi..kebal betul kulit orang asli sini, aku tengok selamba je diorang anak beranak tinggal dalam pondok tepi tasik...




Trek disini mungkin geng motorcross pun guna, trek tak berapa cantik..kesan alur tayar motor ditambah kesan hakisan air menyusahkan berkayuh..trek sempit,licin dan curam pulak tu..banyak sangat kayuh angin untuk dapatkan imbangan badan. mana laraat..terjelir lidah aku..aku lebih banyak tolak dari kayuh...tak berapa enjoy kayuh kali ni berbanding di FRIM...Trek disini seratus peratus single trek offroad.. sepatutnya mengasyikkan...tapi entah aku tak ghairah la berkayoh hari tu... atau mungkin aku dah boring.. Ahad sebelum tu pun pergi redah kebun getah dekat Sg Serai, Kuang..he he..asyik-asyik MTB...





Sampai jugak ke jalan besar dan pekena kopi panas. Sebelum balik dapat cuci basikal dalam sungai..elok lain kali park kereta di sini saja boleh berkubang sebelum balik..







Sebab trek teruk sangat, kami balik ke tempat kereta ikut jalan besar saja., lagipun nak kejar masa sebab ada kenduri kawin dan juga petang tu aku nak bermotor pulak ke sekolah anak aku di Kg Gajah Perak hantar barang.. dalam perjalanan balik tayar depan basikal acong pulak bocor...argh macam-macam..

Bila dah dua minggu berturut-turut melayan MTB..macam dah hilang stim pulak aku berkayuh..pergh nampaknya kena rehatlah...nak layan motor pun macam takda mood..boleh katakan hari-hari aku dah layan motor sorang-sorang ..ke selatan , ke utara... Kat Lembah Klang ni jangan cerita la.. hish..hish manalah geng golf aku ni..takde talipon aku pun..ha..ha..
..

5 comments:

  1. huhu tak dapat nak diteka mana jalan masuknya ni bro... aritu mmg nak follow tapi khamis lepas jatuh motor time ujan, x mengizinkan nak join bro... bila nak repeat lagi...? kash mbc.

    ReplyDelete
  2. jalan masuk ikut kawasan perumahan...separuh prjalanan trek biasa je lalu tepi tasik..bila lepas cross sungai tu yang seksa..tapi kalu pergi ramai-ramai mesti best..

    ReplyDelete
  3. kami akan bgtau kalau ada ride lagi nanti..Ahad ni geng tasik putri ajak ride trek Country Homes..jomlah..

    ReplyDelete
  4. ahad ni nak gi kemensah bro... kalau nk gi batu dam trail ni lagi, roger2 ok.. no sy 012-658-6825.. kash MBC.

    ReplyDelete
  5. ok.ok kash sy akan bgtau nt. sy akan simpan phone no u. tq

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK