Monday, December 13, 2010

Melabur atau Melebur...?

Sempena menanti debaran pengumuman agihan dividen ASB tak lama lagi aku nak menulis sikit pasal pelaburan nih..

Asb, hartanah, unit trust, forex, pasaran saham., mlm , insuran, skim labur dengan kawan-kawan dsb, namakanlahh...

Kebanyakkan walaupun tak banyak, aku pernah cuba, tapi kebanyakkan duit aku jadi lebur... sebab tu sekarang aku malas nak tergoda dengan janji-janji manis pulangan tinggi... Aku layan motor besar lagi bagus daripada MELEBUR tak tentu hala.., boleh juga aku ronda-ronda jauh atau makan angin dengan anak beranak bila ada kelapangan dan rezeki lebih..Sekarang ni aku ambil jalan selamat simpan je duit dalam amanah saham bawah PNB atau beli saja hartanah terpilih.., duit confirm selamat..

Ikut pengalaman aku, bermulanya kita serah duit kat orang untuk diLABUR, maka bersedialah untuk meLEBUR duit tersebut..Kalau mengharapkan yang indah-indah , alamat korang akan frust menonggeng.., sebab melabur adalah risiko...'No Risk No Gain'...tapi kalau risiko rugi je yang dapat..apa baraang..! Melabur ni ibarat beri pinjam duit kat kawan..sebelum dapat kan bermacam-macam janji manis kita dapat..bila dah dapat, semua membatukan diri bila tiba waktu pulang balik...

Jadi kepada adik-adik, ikut saja jalan selamat. Bukan tak boleh menyertai pelbagai skim, memang ramai dah meletop.., tapi ingat jugak berapa ramai yang dah lingkop... Melainkan urusan pelaburan itu korang sendiri yang pantau atau melalui ejen yang betul-betul komited.,korang boleh teruskan..tapi kalau mengharapkan seratus peratus ejen/orang tengah..ish ish.., janganlah mengada-ngada berangan nak tingkatkan nilai wang korang tuh...

Don't believe it...Believe it..! Ha.. Ha...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK