Thursday, December 16, 2010
Hentian Bas Berwajah Baru...
Korang perasan tak hentian bas sekarang ni berwajah baru..Ada papan tanda logo bendera 1Malaysia la... Ingat kan taman tempat aku je yang ada pasang papan tanda seperti ini, rupanya sepanjang aku lalu di daerah Sg Buloh dan Sepang pun serupa...Mungkin tempat lain pun macam ini juga kot..harap teman-teman lain dapatlah maklumkan diruangan komen dibawah ok..Baguslah, nampak lebih bersih dan kemas. Kepintaran sebegini yang sepatutnya kita tiru...cetusan idea mengeksploitasi slogan terkini.. 1Malaysia. Bayangkan kalau satu papan tanda berharga RM1000..ada berapa banyak hentian bas seMalaya.. congak je lahh..Pergh..bijak--bijakk..!
Cuma yang aku khuatir entah berapa lama permukaan papan tanda ni dapat bertahan. Aku harap takdalah nanti tangan-tangan gatal menampal berbagai-bagai iklan di sana..Tapi kalau ikut sejarah sebelum-sebelum ni memang macam itulahh...Kekadang tu pelik juga erk kenapa dah jelas terpampang no talifon, takkanlah pihak penguatkuasa tak dapat bertindak ke atas perosak-perosak harta awam nih..
Aku saja nak meneka apa agaknya iklan yang akan ditampal nanti...
-iklan pinjaman peribadi
-teman rumah diperlukan
-kerani akaun diperlukan segera
- Lori untuk disewa
-krim ubat kuat he he..
haa..korang tambahlah apa lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
kat Perlis dan Kedah belum ada lagi yang sebegini.
ReplyDeleteCuma perhentian bas yang biasa sahaja.
tak lama lag adalah tu..
ReplyDeletesyarikat mana yg dapat projek nih..?
ReplyDelete