Wednesday, May 17, 2017

Europe D10-Leuterbrunen Switzerland...

Meneruskan pengembaraan kami ke Switzerland...Uniknya negara yang terkenal dengan pembuatan jam tangan ini walaupun dikelilingi negara kesatuan EU ianya bukan negara anggota EU...Memiliki matawang sendiri Swiss Franc namun matawang Euro di terima. Kadar tukaran 1:1.  Tiga bahasa utama digunakan secara meluas...Jerman di  bahagian utara..Peranchis di barat dan Itali di timur/selatan






Jaringan hiway bertol di eropah memang baik. Pembayaran tol menggunakan kad kredit diterima.

Hiway tiga/dua lorong melalui tanah tinggi...Banyak melalui terowong- terowong dan viaduct dilereng -lereng gunung..Keindahan semulajadi memang menakjubkan. Agak kontras dengan pemandangan di Itali.





Perjalanan dari Pisa ke Interlaken Swiss  mengambil masa lebih 9 jam..Paling lama dalam trip ini...Beberapa kali mengalami kelewatan setiap kali memasuki terowong terutamanya jika salah satu terowong ditutup untuk di selenggara.



Selain pemandangan, penulis suka melihat perbezaan infrastruktur setiap negara yg dilawati..Jalanraya, Stesen minyak..kawasan RnR antara yang sering menarik perhatian .



Menikmati makanan tengahari di kawasan terbuka RnR.


 Kebanyakan RnR yang kami singgah adalah kecil jauh berbeza dengan RnR di tanahair.

Keindahan Switzerland memang tidak dapat dinafikan. Pemandangan tasik -tasik semulajadi dan pergunungan Alps sangat memukau.









Kalaulah Swiss ini diibaratkan sebagai seorang wanita...Digambar kelihatan cantik...bila bersemuka ternyata lebih cantik...Berbeza dengan sesetengah destinasi...di gambar kelihatan sangat cantik...bila tiba disana hanya indah khabar dari rupa...Salah satu destinasi itu adalah Florence..Venice pun sama...Namun ini hanya pandangan penulis.




Kawasan perkhemahan kami adalah dibandar kecil Leuterbrunen..Hati cair melihat keindahan persekitaran. Hilang penat duduk berjam dalam perjalanan tadi.










Rasanya penduduk disini sangat menitik beratkan kebersihan dan kekemasan...Diperhatikan hampir keseluruhan rumah tersergam kemas. Susunan bahan bakar kayu tersangat sempurna..






Di kebanyakan bandar kecil terpencil mereka masih menggunakan cara lama membakar kayu  untuk memanaskan ruang rumah...Lihatlah bagaimana susunan kayu ini...










Lama penulis melopong melihat air terjun di tebing tinggi ini...Memerhatikan aliran air yang  melintuk liuk ditiup angin ..pemikiran turut melayang mengikuti air yang meruwap sebelum sempat mencecah bumi...

Allahuakbar..Ajaib ciptaan tuhan...

Kami akan berada di sini 2 malam...Esok kami akan ke puncak gunung alps Jungfrau-The top of Europe



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK