click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 3, 2017

Europe17-D6 Insbruk Austria..


Hari ke 6..

Sesudah lawatan Heidelberg Jerman semalam, harini kami menuju Austria..
Pejalanan disajikan pemandangan salji yang memutih...










Menginap di kabin Overland Campsite Tirol. Yang lecehnya ditapak ini tiada wifi percuma. Perlu beli €5 sehari..




 Macamnilah rupa kabin yang kami duduk...Yang penting ada katil ada heater..ada tandas.  Berkongsi 4 orang satu malam,  basic €15 saja..Penjimatan yang banyak berbanding duduk di hotel...



Mengikuti trip begini kita tidak perlu risau pasal makanan halal.






 Keselesaan penginapan  masih boleh dikompromi namun makanan halal bercitarasakan makanan tanahair selalunya menjadi keutamaan.  Antara sajian kami..nasi goreng ayam..briyani ayam.tomyam..ayam masak kicap..mee goreng mamak..dll



 Daripada berhabis duit duduk hotel lebih baik simpan duit untuk mengembara ke negara lain . Lagi pun untuk tidor sekejap saja..Keesokan hari dah berkemas untuk berpindah ke tempat lain pula.

Awal pagi bergerak ke bandar Insbruck .




Bandar kecil Austria yang bersempadanan dengan Germany dan Italy...Berkedudukan diantara dua banjaran Tirolian Alps.




Austria terkenal dengan batu permata jenama Swarovski. Selain itu motor KTM...




 Cuaca memang sejuk..Rintik rintik salji masih lagi turun..Tadi di tapak perkhemahan pun salji turun dengan lebat.





 Dengan mukabumi bergunung ganang dan bersalji tebal bandar ini sangat popular untuk aktiviti berski.. Pernah menjadi host winter olympic games

Berkunjung ke tapak olimpik musim sejuk sukan ski terjun.



Dari kejauhan lagi dapat melihat venue ini di lereng gunung...



Berlatarbelakangkan Bandar Insbruck dari puncak venue sukan terjun ski



Pada pandangan penulis venue sebenar tidak sebegitu gah berbanding gambaran di siaran tv. Untuk memasuki venue dikenakan bayaran €12...Kita bergambar di luar stadium cukuplah..

Sesudah makan tengahari terus bergerak ke Itali...Esok kami akan melawat Venice..Penginapan di tapak perkhemahan yang tidak jauh dari Venice. 2 malam kami akan tinggal disana.

Tunggu laporan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK