click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, May 3, 2017

Europe17-D4&5Heidelsberg and Shwanstein

Destinasi hari ke 4 europe adalah Jerman...Disitu akan pergi ke
bandar lama Heidelsberg..




Banyak masa terbuang dalam perjalanan. Mengambil masa lebih 5 jam untuk tiba ke destinasi...Pada hari itu tayar bas kami bermasalah...Tayar kekurangan angin... Khuatir bukan hanya masalah biasa maka bergerak dari satu bengkel ke satu bengkel..Kebanyakan bengkel masih belum beroperasi kerana cuti Easter.




 Menurut kaca mata penulis..pemandangan di Jerman samada hiway atau pun pemandangan sepanjang hiway lebih kurang sama dengan di UK..Ladang tanaman carnola menyerikan pemandangan


Tandas di RnR hiway berbayar 70sen Euro. Mendapat pulangan dalam  bentuk kupon 50sen untuk ditebus dicafe. Makan tengahari di RnR.



Autobahan Jerman turut sesak. Tiba di Heidelsberg  . Tidak sempat untuk melawat castle tua kerana jalan ke puncak menaiki bas hanya dibuka sebelum 5.30 petang.



 Tidak terkilan kerana castle masih boleh dilihat dari bandar yg terletak di kaki bukit...



Jumlah penduduk di sini dalam 150 ribu orang saja. Suku daripadanya adalah pelajar..Di sini  terdapatnya universiti tertua Jerman, Heidelsberg University...






Lawatan di Bandar Hedelsberg tidak lama sekitar 2 jam..

Secara peribadi keindahan kota ini biasa biasa saja...barangkali memori indah melawat taman bunga tulip masih sukar dipadam sehingga mengatasi keindahan tempat lawatan lain.

Terus ke penginapan tidak jauh dari Heidelsberg...



Keesokan hari ke5 trip..berkunjung ke Shwanstein Castle..Tahun ini cuaca tidak seperti kebiasaan.selalunya dihujung bulan April suhu di Europe adalah nyaman dalam 18-25..tapi kali ini di sesetengah tempat  dibawah kosong darjah...



 Stesen minyak tak jauh beza dengan di tanah air bahkan disesetengah tempat tak semeriah di Malaysia..



Destinasi Jerman kami dilanda salji ketika ini. Disepanjang perjalanan salji mula kelihatan dikiri kanan hiway...

Di Shwanstein salji lebih tebal













Ternyata keputusan tepat membawa pakaian tebal sedangkan dulu dalam persimpangan samada membawa atau meninggalkan pakaian tebal.
Salji turun dengan lebat ketika lawatan istana
Sesudah puas bermain salji bergerak ke tapak perkhemahan Insbruk Austria...

Tunggu laporan berikutnya...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK