click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, April 29, 2017

Europe17-D2 Amsterdam

Sesudah Keukenhof kami  melawat Bandaraya Amsterdam...Secara umumnya Amsterdam berada dibawah aras laut, sebab itu dimana mana akan ada  terusan dan kincir air...Kincir air berfungsi mengepam air ke terusan- terusan buatan.








Disini  terusan -terusan di integrasikan dengan pengangkutan darat yang lain. Jambatan jambatan samada dibina tinggi atau dilengkapi dengan sistem hidrolik supaya mudah di buka untuk membolehkan kapal tongkang dll lalu di bawahnya..



 Di bandaraya Amsterdam selain pengangkutan awam darat dan air...Penggunaan basikal sangat meluas sehingga mendapat jolokan bandar basikal dunia..terdapat lorong lorong khas utuk para penonggang basikal...






Amsterdam terkenal sebagai kota bebas...Benarlah sebagaimana bacaan di internet disini penjualan marjuana, kanabis boleh diperolehi di Cofee Shop..Jangan tersilap menyinggah untuk membeli kopi di Coffee Shop ...memang tak akan ada kopi disitu..Kopi atau teh boleh diperolehi di Cafe cafe..





Selain Cofee Shop...rumah pelacuran juga banyak..





Pelacur- pelacur  bebas mencari pelanggan dibilik bilik kaca terbuka..Di Redlight district aktiviti pelacuran adalah sah disisi undang undang dan premis -premis rumah pelacuran dilesenkan.






Semoga kita tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ini...Tidak berbaloi dengan sengsara penyakit kelamin yang bakal dijangkiti.

Penginapan malam tidur di kabin yang dilengkapi alat pemanas. Semua peserta tidak sanggup tidur dikhemah...






Tidak sesuai ketika ini tidur dikhemah kerana cuaca tersangat sejuk. Kabin dikongsi 8 orang...Kabin ini tidak dilengkapi bilik air..Bilik air berkongsi di luar.



Kebersihan tandas memang terbaik..Walaupun tandas awam ternyata kebesihan sangat terpelihara. Malu bila mengenangkan tandas tandas kita di tanahair...Jangankan yang awam, tandas dirumah pun kekadang kita tidak begitu mengambil endah tentang kebersihan.

Esok hari 3 kami akan ke Jerman...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK