click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, April 7, 2017

Europe17- D1 Wantage Oxfordshire

Flight Turkish Arline 11mlm..transit  Istanbul 2jam...Penerbangan keseluruhan hampir 14 jam, 10 jam Kul-Istanbul diikuti 3 jam lebih Istanbul-London. Alhamdulillah selamat tiba..Melepasi imigresen Heathrow juga mudah walaupun tersangat ramai orang.







Berpandukan tunjuk arah syarikat kereta sewa kami ke Hatton Cross menaiki bas airport percuma untuk mengambil kereta.


Walaupun ada kekeliruan insuran,  urusan kereta sewa juga lancar...Sebaiknya buat pembayaran tempah kereta saja dari negara asal..bayaran tambahan selainnya selesaikan semasa mengambil kereta. Dalam kes kami insuran liputan penuh terpaksa dibayar dua kali...Bayaran online £100 terdahulu yang dibeli melalui agent tidak dibayar ke panel insuran syarikat kereta.. Sekiranya perkara tidak diingini berlaku , pihak syarikat penyewa akan mengenakan caj baikpulih kereta sehingga £1000 kemudian kita perlu  membuat tuntutan ke syarikat insuran pula...Jadi untuk ketenangan fikiran kami membayar £150 lagi ke syarikat insuran panel.

Bayaran sewa kereta keseluruhan £260 termasuk insuran...Kereta Renault Clio manual...Kami berpuas hati .

Meneruskan pengembaraan ke penginapan hari pertama di Wantage, Oxfordshire...Tempahan bilik airbnd secara online...

Melalui lebuhraya 3 lorong..keadaan lebuhraya lebihkurang di Malaysia...Kenderaan pun lebihkurang serupa..Kebanyakan model kenderaan banyak terdapat di Malaysia kecuali Vauxhall




Berhenti rehat di Services atau RnR. 
Services cantik dan kemas

Jalan menuju ke tempatan penginapan tu diaa...Sesudah exit lebuhraya melalui jalan ladang ..sempit...Tak pasti samada ini jalan utama untuk ke sana..Kami memandu berpandukan google map..mujur siang...jika malam harus hati berdebar kencang ..




Musim panas sedang bermula..bunga bungaan sedang kembang...Mengabadikan foto setiap kali berpeluang...Kita memandu santai kann...

Setelah beberapa jam memandu tiba di destinasi..Kawasan pekan kecil..impresi pertama ...walaupun  pekan agak terpencil namun bersih tersusun dengan amenities serba lengkap...




Esok hari sebenar pengembaraan...2015 dulu kami pernah datang tapi tak sempat meronda kerana winter siang pendek...Kami ingin merungkaikan persoalan terutamanya keadaan jalan jalan di UK...Pernah dulu kami berpatah balik
ke destinasi pilihan   kerana tidak yakin dengan jalan sempit untuk ke sana. Takkan dah lama maju keadaan jalan masih begitu..Jadi musim panas ini peluang untuk kami meneroka ..Kami akan meronda sehingga ke Scotland..Harap harap 10 hari di UK cukuplah..Pukul 5 pagi sudah subuh manakala jam 8 mlm belum magrib lagi..Siang panjang puas untuk meronda..Jom jom jom!

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK