click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 20, 2017

Europe17-D1 Amsterdam

Day 1 Europe

Kembara Europe ini kami tidak memandu sendiri. Kami mengikuti pakej Kelana Konvoi menaiki bas. Ikutkan hati ingin saja memandu sendiri kerana kita  bebas menguruskan masa selain juga bebas memilih  tempat- tempat lawatan. Memikirkan  tidak biasa dengan pemanduan sebelah kiri melupakan hasrat itu..







 Berkumpul di Parklane Rd. seawal 7 pagi..Bersama kami adalah warga vateran..








Memasuki tanah besar eropah menaiki feri melalui Dover dan mendarat di Callise Peranchis...Walaupun pernah ke eropah 30tahun sewaktu belajar dulu tapi tak ingat samada menggunakan feri atau terowong. Ini antara sebab kenapa kami berkunjung semula ke eropah..barangkali dulu terlalu muda  untuk menghayati erti pengembaraan.


 Sekiranya masa juga kewangan mengizinkan..merondalah ketika masih bertenaga...Ramai peserta yang sering mengadu cepat keletihan...Ramai juga  memerlukan stok ubat ubatan yang pastinya akan merencatkan keseronokan pengembaraan lebih- lebih lagi kaedah pengembaraan grup ini yang sedikit mencabar..




 Dalam perjalanan berkunjung ke kedai coklat..Berehat sebentar untuk melepaskan hajat juga mengendurkan urat urat tegang kerana trip ini  menggunakan bas yang agak sempit...Jumlah peserta 46 orang ditambah dengan luggage dan khemah khemah yang diletakkan dihadapan tempat duduk menyebabkan kita kurang selesa...Bila dapat berhenti seketika ini sangat melegakan.




 Grup kami akan menginap di tapak tapak perkhemahan....Tapak perkhemahan memang popular di eropah..Di sini prasarana asas serba lengkap. Konsep pengembaraan sebegini diperkenalkan untuk peserta bercuti dengan kos yang lebih murah..disamping itu tidak akan timbul isu makanan kerana krew akan memasak sendiri makanan di tapak perkhemahan. Kita tahu kos pengembaraan terbesar selain tiket adalah penginapan dan makanan.





 Malam pertama semua peserta perlu tidur di khemah kerana kabin tidak dapat ditempah. Keadaan sebegini yang akan mencabar mental jika fizikal tidak begitu fit.
Tidur hanya beralaskan kanvas diatas rumput.Malam itu pula hujan gerimis..Walaupun berselubung didalam beg tidur selain memakai beberapa lapis pakaian tebal kesejukan masih tetap terasa.





Di Eropah ketika ini cuti panjang. Cuti Good Friday dipercayai Nabi Isa di salib diikuti cuti  easter sunday Nabi Isa dipercayai diturunkan kembali ke dunia untuk menyelamatkan dunia..Isnin pula cuti gantian ester yang jatuh pada hari Ahad..Cuti panjang menyebabkan penginapan di tapak percutian sukar diperolehi..

Kami bermalam di Amterdamse campsite. Bersebelahan saja dengan Airport Amsterdam

Esok kami akan ker Keukenhof Holland..Melawat  taman bunga tulip terbesar dunia...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK