click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, April 16, 2017

Europe17-D8&9-Bermingham-London


Hari ke 9



Kembali ke London melalui laluan pantai timur.  Menyinggah di Newcastle sebelum tiba di Bermingham

Ketika ini berada disempadan Scotland England





Pemandangan kiri kanan lebuhraya hampir serupa di mana mana..ladang ternakan juga ladang Carnola.










Mengambil kesempatan melalui jalan-jalan biasa di pendalaman. Jemu jika hanya memandu di lebuhraya..Berpeluang melihat kawasan perkhemahan. Di sini percutian keluarga di tapak tapak caravan sangat popular. Walaupun agak terpencil tapak perkemahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.






Berdekatan penginapan kami rupanya terletak stadium Aston Villa..Pasukan ini boleh tahan hebat di dalam liga Epl.

Keesokan hari ke 10 seawal jam 6 pagi terus bergerak ke London..Tak mau berebut ruang jalanraya dengan warga tempatan yang ingin ke tempat kerja.

Cara pemanduan di sini tidak banyak beza dengan di tanah air..Sedikit perbezaan.. di sini kenderaan berat tiada hadlaju berbeza dengan kenderaan lain.  Mereka bebas memandu dimana-mana lorong. Secara amnya pemanduan pemandu di sini agak lebih berdisplin...Namun diperhatikan warga baru tidak sedisplin warga terdahulu..Apabila berhenti banyak saja sampah2 dibuang merata di kawasan parking.






Sebelum ke London melencong ke Cambridge. Tidak lama disitu sebelum meneruskan perjalanan...Dimana-mana tempat agak sukar mencari tempat parking...Cukuplah kena saman di Edinburgh...






Sekitar jam 2 petang sampai di hotel penginapan akhir lawatan di Earl Park..London.



Meletakkan luggage terus ke Heathrow untuk memulangkan kenderaan.

Pulang semula ke London menaiki tube.










Sementara hari masih cerah kami meronda di Oxford Street destinasi belibelah popular London..









Tamat sudah lawatan 10 hari di UK..Esok kami akan meneruskan kembara ke Europe pula...13 hari di sana bersama grup Kelana Konvoi pula

Ikuti coretan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK